Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat.Selamat menjalankan ibadah puasa dan ibadah di bulan yang mulia ini..
Semalam 1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 Julai 2013, macam biasa saya hantar anak ke sekolah, ..( tapi semalam lebih awal dari biasa ) ~ehehe... Sebab bangun awal sahur tunggu subuh, terus sampai cerah.. Lepas hantar anak balik ke rumah semula,siap-siapkan si baby. Niat hati nak ke Taiping, cari apa yang patut untuk berbuka 1st day puasa katakannnn.. Tapi perjalanan terhenti di tepi jalan... Sedikit gelabah, tapi muka belum
"cuak" hahahahaaa. Control ayu lagi,....
Di sini bermulanya....
Tengah syok-syok memandu layan
"mak jemah" (JOHARA PAGI ERA), turun naik flyover, stop trafik light, bla...bla...bla... masuk gear 1 jalan, masuk gear 2..
tetiba ~ rasa enjin mati.
HAH!! berkali-kali cuma tekan minyak tak ada respon.
HAH!! Tapi wajah masih dalam keadaan selumber...
~selumber ya ya ~ Pusing stering ke kiri biarkan kereta meluncur dan berhenti perlahan-lahan.. Air-cond on... radio duk melalak baik punya. Tapi enjen STOP! Pandang baby di sebelah sedap lena lagi.. tapi bila air-cond stop dia pon dah mula la aksi mengeliat-liat...
Masih belum panic, cuba berkali-kali start enjin. Tak juga berhasil. Cuba turunkan cermin bagi udara masuk, dalam kepala macam-macam yang di fikirkan. Capai handphone, dan...tiba-tiba berbunyi, suami saya yang call ( macam tahu-tahu je wife dia dalam masalah, Macam boleh bau je kann .. ) Tapi rupa-rupanya dia tanya kunci lori... saya tak pasti pula kunci lori ada dalam kereta. Panggilan terputus, saya cuba cari-cari kunci lori kalau-kalau ada dalam kereta. Tiba-tiba.....
HAH!! Ya Allah... dugaan apakah ini di pagi hari, kereta stop tepi jalan,nak minta bantuan suami, kunci lori milik dia pula ada pada saya... Langsung mengucap juga lah.. sambil pandang baby yang dah mula merengek.. matahari semakin naik bahang haba kian terasa sebab dah beberapahari tak hujan.
...................................................................................................................................................................
Belum habis lagi....
Kredit telefon pulak tak cukup nak buat panggilan, hand phone satu lagi saya tinggal cas dirumah, maklumlah guna internet di hand phone memang cepat habis bateri. Mujur hand phone di tangan ni masih boleh send sms untuk suami minta dia hubungi semula. Lega bila katanya,dia ada kunci spare.
HUH!!... Peluh mula mercik keluar, tiba-tiba adalah 3 orang hamba Allah datang, hulurkan bantuan. Mereka bekerja di Use Car berdekatan kereta saya rosak. Cubaan pertama : tolak kereta. Mujur tempat saja berhenti tu ada lorong kecil sebelah kiri... jadi cubaan menolak kereta di lorong itu lah.. ( Kalau nak tolak tengah jalan raya bahaya juga tu..) Bila dah tolak, nampaknya tak berhasil juga, masih sama memang tak mahu hidup langsung. Cara kedua : tunggu bantuan suami datang je lah jawabnya.... Hamba Allah yang baik hati tadi pelawa tunggu di pejabat use car tu... lega, ada kipas pun jadilah.. Baby pun baaru baik demam ( ketika itu la... )
Tak lama tunggu...
Suami saya datang, saya pun pergi mendapatkan dia, tiba-tiba entah kuasa ajaib mana ada pada suami saya tu, enjen tu boleh lak hidup dengan mudah. ~Hampehhh ... kannnnn?
Bila dah okey saya masuk dalam kereta semula, konon nak sambung perjalanan. Suami saya kehaluan lain,sebab dia punya urusan untuk sediakan alatan niaga di bazar ramadhan Batu Kurau belum selesai. Saya pun memandu macam biasa, seperti biasa, dan terfikir-fikir jugalah kenapa la sayang saya ni boleh tetiba mati enjin,... sedang berfikiran macam tu, lepas trafik light, sama macam tadi, tiba-tiba enjin mati buat kali yang ke dua kalinya... Tapi kali ini lebih bernasib baik.. sebab, lokasinya redup-redup, banyak pokok-pokok besar. Ambil posisi persis tadi perlahan-lahan berhentikan kereta tepi jalan , bawah pokok. Sms suami , sekali lagi kereta berhenti tiba-tiba.. Mood menunggu kali li nyaman sikit la.. ada angin sepoi-sepoi.. layan baby menyusu pun selesa...
Belum Ending lagi....
Suami saya terus hibungi mekanik, orang Taiping kata
"pomen". Suami saya sampai dulu sebelum pomen sampai, nak kata apalagi.. senyum jelah.... memang sakit lah kereta ni.. perlu dirawat. ( Kereta lama..tapi rasa belum uzur la... hahahahah.. Iswara 1.3 tahun keluaran 1995. Saya dahjah 5 tahun tu. Sekarang 2013, baru 18 tahun .. masih remaja kui kui kui....
Dalam hati tobat dah tak akan drive kereta ni kalau tiba-tiba dia boleh start balik.. dan mungkin akan terjadi sekali lagi dia akan mati enjin tiba-tiba lagi....
Ending cerita ni... untung suami saya ada lori, kerja menarik kereta lebih mudah bila di tarik dengan lori sahaja ke bengkel. Yang kesian saya... kempunan nak membeli belah bagai... angan-angan nak ke Pasar Ramadhan Kamunting sebelah petangnya tergendala.... dan baby tak semena-mena suhu badan naik semula.. panas, dan selsema... berjanjkit dari saya sendiri. Dapat pakej baru, selsema dua beranak, tapi saya berair hidung , tak boleh kawal cecair jernih yang keluar dari hidung ni, baby pula.. bila lena memang nampak lena.. tapi bila bangun ,hidungnya ada cecair yang dia belum pandai nak keluarkan...
p/s: Terima Kasih sebab sudi baca sampai habis... doakan saya dan baby sembuh ya..... sok... sek... sok.... sek.....
Kereta juga dah siap, tadi pomen telefon dah boleh ambil.. masaalahnya tak ada sesiapa pula nak ambik kereta, tunggu suami balik la.....