Si Cantik Matahari

Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Thursday, 13 October 2016

Selamat Hari Lahir Sepupu



Happy Birthday Dear,


Atie Shahdan 

Tambah lagi satu umur mu, pasti tambah juga kedewasaan mu, juga bertambah  waktu untuk kamu mengejar mimpi-mimpimu agar menjadi REALITY.
Keep it up "Preety"

Semalam lepas tengok drama fantasi melayu  Suri Hati Mr.Pilot ..... Oh! feeling giler ... suka sangat Lofa sebab cute. Fatah pun tetiba jerk aku nmpak kacak! Bhahahhahahahaaaaa..... biasalah menghayati watak. (ngeeee...) NORMAL
whatsapp masuk berdesup jerk from group, tetiba tgk jam dah dekat 11pm. Jadik, alang-alang tengah layan citra... Ku langsung tunggu jam 12am, untuk wish my cousin. Special cousin, BFF. Ever and Ever... 


Saya send vedio jerk... Happy Birthday song from Justin Bieber.
why Justin Bieber?
Sebab dia peminat Justin Bieber, dan sebab dia jugalah tetiba jerk daku jua terjebak minat Justin Bieber. Sebelum ni tengok Justin tu biasa saja. tapi tetiba ... Alamak!! tersuka sudaaaaaa.... walau Justin tak senonoh, "what ever" tetiba terkesima  jerk tanpa terkebil-kebil tengok dia senyum... alahai.... cute la..... 


okeh. i whish 4 u, semoga Atie cantik selalu.... look like teenage. Di beri kesihatan yang baik supaya ceria selalu untuk berbakti kepada kedua orang tua. Bertambah 1 umurmu bukan bererti tua, Ianya "matang". Okey. Pedulikan kata-kata orang, jadilah diri sendiri. Buat apa saja yang membanggakan diri sendiri dan orang tersayang.

i LovE you so much!!!
sharing is caring


Monday, 10 October 2016

Semangat Baru

Cerianya kali ni, try to blogging semula. Daripada masa terbuang macam tu jerk free-free kan? Bukan tak de kerja sangat, ade je. 

Fully House Wife, tak kan tak sibuk. Giler tak sibuk... takperlu nak terangkan apa diskripsi tugas Fully House Wife yang kerjanya tak akan pernah habis. TAK AKAN.

Tapi kengkadang tu, termenung, terkebil-kebil jerk mata ni. Macam-macam berlaku. yang dah lama tak share di blog.

Semoga blog ni hidup kembali.


Friday, 22 April 2016

Saya Nak Menang Gold Coin 0.5g Dari Blog Puanbee.com





Assalamulaikum...

Punya la lama tak update entri tiba-tiba update dengan tajuk  nak "Menang Gold Coin 0.5g Dari Blog Puanbee.com"  Menarik kann? hummmmmmm..... Hadiah pun lumayan. Di sebabkan saya teruja, jadi saya mencuba. Giveaway dari blog Puanbee kali ini tiada penaja, jadi tidaklah rumit syarat-syaratnya, Alhamdulillah saya layak menyertainya dan hadiah adalah dari Puanbee sendiri yang nampaknya sekarang berjaya menjadi usahawan Emas Online dan mengawal "Kutu-kutu Emas" beliau di laman facebook.. Tahniah!! Puanbee, semoga sukses dan murah rezeki. Aaminn... Klik SINI untuk ke contest di blog Puanbee




Baiklah, Jom mula

Nak cerita kisah saya dan emas ni ada banyak juga, bermacam-macam pengalaman dari emas sedia ada (pemberian mak ayah) hinggalah emas masa nikah dulu.. juga emas yang ada sekarang ni. Ha... tudia, macam mana tu??     KAYA sangatkah?     Jawapan : (Tidak)

Jadi saya kongsikan yang pertama dan hujung-hujungnya je lah... yer... EMAS pertama saya adalah seutas rantai gila-gila dan loket berbentuk bunga dengan huruf Z. Seingat saya sejak saya umur 5-6tahun mungkin saya dah pakai rantai tu. jadi saya tak pernah tahu berapa berat dan nilai harga emas tu. Rantai tu juga pernah hilang dan putus tapi rezeki saya jumpa balik. Tetapi, selepas kena marah dengan mak la... Kakak saya yang mula perasan tak de rantai di leher saya. Arwah mak saya terus tukarkan baru, dan loket baru yang di tempah. (Alhamdulillah sampai sekarang masih ada loket sahaja.) Dan, saya pakai sampai umur saya 18thn gitu. Kemudian ada satu insiden salah faham antara roomette saya sewaktu saya bekerja di Penang pada tahun 2002, rantai tu hampir putus dan rosak teruk jadi memanjang.. Ha... ni sebab gaduh-gaduh mungkin kawan saya tu nak tarik rambut saya "mungkin" tapi tertarik rantai tu        (ganas**)       Jadi esoknya saya pegi kedai emas saya tukarkan  rantai tu dengan bentuk  yang sama bersama tambahan sejumlah wang lebih kurang RM50 tapi beratnya saya dah tak ingat berapa..  

Sejak tu saya pakai sampailah saya berkahwin dan punya anak sulung, tetapi sebelum tu rantai tu pernah la juga beberapa kali masuk kedai pajak gadai Cina. Ini kisah reality.. bukan rekaan fantasi. Semua berlaku atas sebab masalah kewangan  kecil. Tiada jalan lain yang pantas dan mudah saat kesempitan duit, Jadi, inilah untungnya kalau ada simpanan emas. Walau kecil sangat berharga, kerana  emas sangat berharga  di pasaran dunia. Tak perlu risau walau kita bukan di Malaysia sekali pun, kita perlukan duit, jual saja emas. satu eset yang sangat berharga di dunia, dan bila dah masuk pajak gadai tu, kita akan berusaha mengumpul semula duit untuk tebus kembali. Rugilah kalau di biar saja. Yang untung tokey pajak gadai la.


Belum habis kisah rantai saya yang satu tu,.... lepas beberapa kali masuk pajak gadai, akhirnya saya tebus dan berikan pada anak kedua Nur Syasya (anak sulung lelaki) tapi saya belikan loket rantai yang baru lebih kecil dan ringan sebab loket yang lama terlalu berat dan tak sesuai untuk dia yang masih kanak-kanak. Loket lama saya simpan. Tak berakhir di situ, rantai tu putus juga, tapi masih rezeki saya lagi Alhamdulillah.... putus di dalam kereta, saya jumpa di seat belakang.

Jadi saya tukar lagi yang baru masih bentuk yang sama "gila-gila" sebab mengikut bajet yang ada pada masa tu, xperlu tambahan duit yang banyak. Jadi rantai tu saya pakai sendiri bersama loket lama dan mix je loket baru. Tapi putus lagi, saya simpan je.. agak lama simpan hujung tahun lepas saya tukarkan dengan gelang emas. Puas hati. saya mix 2 lagi barang emas rosak milik saya dapatla saya 2 utas gelang emas. Dan masih pakai sampai sekarang di kiri dan kanan tangan.


Saya juga ada  belikan rantai untuk anak ketiga saya Amanda, tapi kali ini jenis lain pula... bukan lagi "gila-gila" sebab berdasar pengalaman ... asyik putus je kann... Tapi, ujian Allah tetap ada pada hambanya, rantai anak saya di ragut pada usia dia 2thn 10bln. Pada 4 Mac baru-baru ni. (kalau nak share sini nanti terlebih panjang entri ni) Kisah dan pengalaman tu betul-betul buat saya fobia dan sedih.

Tinggal kenangan je rantai tu di leher Amanda tu... (Bukan Rezeki Kami)

Saya juga ada membeli emas use dari Puanbee sendiri, dimana harganya lebih murah berbanding emas baru, tetapi saya gadaikan atas urusan kewangan. Tak cukup duit waktu tu, tapi masih nak miliki emas tu, sebab taknak lepaskan peluang memiliki "masdora" jadi saya gadaikan selepas beli. Kali ini saya pergi ke Ar-rahnu, simpanan lebih terjamin dan selamat juga cara gadaian atau simpanan mengikut Islam.

Kalau nak share cerita tentang Gold Coin, saya belum pernah ada koleksi Gold Coin atau Bar. Cuma cadang-cadang nak beli tu ada juga la, tapi memandangkan banyak komitment lain, jadi di dulukan yang penting. Cita-cita tetap tu ada.

Kalaulah saya pemenang Gold Coin dari Blog Puanbee ni, inilah yang pertamalah. Semoga menjadi inspirasi untuk mengumpul gold coin pula lepas ni untuk masa depan anak-anak. Berbalik kes ragut anak saya kemarin saya jadi terfikir, tersangatlah rugi bila hilang macam tu je... Tapi, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin Allah nak beri rezeki yang lain yang lebih dari itu.. Siapa boleh sangka kan.. In Syaa Allah...

Saturday, 12 December 2015

Bunga Matahari Dan Aidijuma

Lama sudah blog ni terdiam membisu... Tentunya ada pelbagai cerita dan warna-warni perjalanan hidup 2015. Sekejap je dah menghampiri ending 2015 kan? humm... (sambil senyum melebar)

Nak kongsikan gambar selfie je hari ni sebagai permulaan menghidupkan kembali blog ini. #aidijuma

My Team work 

Monday, 26 January 2015

2014 Memberi Kenangan Istimewa untuk Lebih Dekat Dengan Allah swt. Dan Menghargai Orang Tersayang


Assalamualikum,.. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah... Dapat lagi menikmati udara segar pagi ni, sejuk embun pagi merintik penuh atas kereta, kes semalam tak masuk kereta bawah bumbung lepas Kak Watie sekeluarga balik malam semalam. Pagi ni ngam-ngam je sampai sekolah Izz dan Syasya. Nak lari jem "kekonon" dekat sekolah Izz.  Terus jalan ke sekolah Syasya dulu. At last sangkut dekat 5 minit kat trafik light.

Alhamdulillah... tahun ini segala pengalaman tahun lepas telah mengajarku untuk lebih berdikari, lebih matag, lebih menghargai dan menyayangi... yang penting lebih dekat pada Allah swt dan percaya padaNya... dan......            lebih dewasalah. Maklumla.. tahun lepas dah masuk 3 series. Lama sangat dah tak menyentuh blogspot ni. Bukan blog je, laptop pon jarang-jarang nak buka.Smartphone (murah) je la yang mendekat dan mengeeratkan silaturrahim antara saudara-mara dan sahabat dan kawan-kawan dari laman sosial, dan juga suami yang sentiasa ada di sisi, Alhamdulillah... paling melekat 24jam si  comel Amanda Raisya ibu la.. ( 1 tahun 9bulan).
Abang, kakak, dah pandai bawa diri, tapi tak la tinggal diaorang kat rumah sendiri, pantang ibu gerak sikit, mesti ngikut ajela. 3 orang....

Macam-macam perkara yang terjadi tahun lepas, semuanya atas ketentuan Allah swt. Aku redho atas semua perkara yang berlaku...

Nak share sikit untuk tatapan masa hadapan.

Awal tahun 2014, dalam kesibukan  menguruskan Izz  melangkah  ke tahun satu, Syasya ke Prasekolah, dengan baby Amanda lagi waktu itu baru 7 ke 8 bulan, Abangku dapat tukar sementara  ke Taiping untuk menguruskan arwah mak ke Pusat Dialisis, klinik dan hospital, itupun dalam 3 bulan sahaja. Alhamdulillah cukup memadai. Sebelum ni bergilir-gilir menguruskan arwah mak dengan abang walau dia di Pengkalan Hulu, tapi isterinya di sini Simpang,Taiping, jadi dia kerap ulang alik. Dalam bulan Febuari abang kena melaporkan diri ke Pengkalan Hulu semula,  jadi arwah mak ambil keputusan untuk tinggal di Rumah Penjagaan Warga Emas. Tujuan,         mahu berteman, dari tinggal sendirian di rumah. Bila di ajak tinggal dengan anak-anak boleh la 2-3 hari, lepas tu suruh hantar balik.. Mungkin cucu-cucu ni bising mengganggu dia berehat. Biasalah budak-budak, siapa yang ada anak-anak kecil dia faham lah kerenah budak-budak.. takpayah anak ramai 2 orang sudah cukup buatkan gamat isi rumah.

Mak tak lama di Rumah Penjagan Warga Emas tu, mungkin tak serasi, dengan kesihatan mak tak berapa mengizinkan, dia pilih untuk balik semula ke rumah. Masih ingat lagi, pertengan bulan 3 tahun lepas, cuti sekolah mak mohon balik rumah. Sehari berkali-kali dia telefon meminta ambil dia pulang,.. dalam waktu itu juga, tuan rumah yang kami sewa sejak 5tahun ni, mohon kami keluar, katanya dia mahu pindah ke rumahnya semula, setelah suaminya berpencen. Di pendekkan cerita.. Mak saya ambil pulang ke rumah hujung bulan 3, habiskan bulan 3 tutup bil. Bulan 4 tak perlulah bayar. Dalam pada ibu saya berulang alik menjaga makan, pakai mak. Hati ni tak tergerak langsung nak tinggal bersama mak, lebih selesa berulang alik,.. bila hari cuti sabtu dan ahad saya bermalam di rumah mak. Saya fikir, mak perlu masa-masa untuk dia berehat tanpan gangguan.. anak-anak ni.. Mak juga sering mengadu tak lena malam, jadi saya tak mahu ganggu dia rehat waktu siang. Bila ada masa terluang saya dan mak pergi mencari rumah sewa di kawasan berdekatan rumah mak. Namun tak juga jumpa rumah untuk di sewa. hari demi hari, kesihatan mak nampak lebih uzur, kaki mak yang satu tu tak kuat lagi nak melompat dengan bantuan tongkat kaki 4, untuk turun dari rumah masuk ke kereta. Keadaan tu meyukarkan saya membantu mak masuk ke kereta untuk menghantar dia ke Pusat Dialisis seminggu 3x. Satu hari tu mak masuk wad, bermulalah hari-hari mak di hospital pula. Mak cepat penat, sukar bernafas, kata doktor paru-paru mak bengkak air, Mak tak boleh minum banyak air, disebabkan buah pinggangnya rosak. Seingat saya 21hari mak di wad, mak boleh balik.. tapi keadaan dia uzur sekali, lemah tak kuat macam selalu. Sebab mak tak sihat kami anak-anak menghantar mak semula ke Rumah Penjagaan warga Emas. Bila malam-malam mak ada orang yang memantau kesihatan dan keperluan, Setiap pagi lepas uruskan anak-anak ke sekolah, saya akan ke melawat mak, Satu hari tu penjaga di situ beritahu, malamnya mak tak lena, sukar bernafas, tak boleh berbaring. Jadi saya telefon Ambulans untuk bawa mak ke hospital.

Tanggal 1hb Jun 2014, pagi Ahad... 6.30am, mak pergi menghadap Ilahi... tanpa kami anak-anak di sisi, saya redho... mungkin mak tak nak lihat anak-anak mak sedih. Masih ingat lagi... lembik lutut ni bila sampai di katil wad pagi tu  tempat jasad mak terbujur kaku, tapi Allahamdulillah... dapat mengawal emosi dari meratap atau meraung-raung. Pengalaman perginya arwah ayah dulu ketika usia 10tahun 6bulan, (waktu itu dalam darjah 5)... Saya redho kehilangan ibubapa, saya bersyukur masih ada suami dan anak-anak juga adik beradik.

Setelah 2 minggu mak pergi, kami kemas rumah arwah, rumah yang kami sewa juga tuan rumah sudah minta kosongkan segera, jadi kami mengambil keputuan pindah kerumah pusaka peninggalan arwah ayah dan mak. Atas persetujan adik beradik. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku... Saya menjaga rumah ini, menjadi rumah tempat kami adik beradik berkumpul. Hanya saya sekeluarga yang tinggal di Taiping, Kak Ija di Selangor, AbangMazwan di Pengkalan Hulu, Jie di Penang dan adik bongsu, Akim di Jasin,Melaka. Mungkin semuanya telah tertulis, kami puas mencari rumah sewa, tapi tak juga dapat, Allah beri peluang pada saya menjaga dan menguruskan mak, tapi hati saya tak terfikir untuk tinggal bersama mak. Mencari dan mencari rumah sewa, tak juga jumpa, rupanya rumah ini juga tersedia buat kami sekeluarga.

Raya Aidilfitri 2014 pertama kami adik beradik beraya bersama, tanpa mak. Alhamdulillah kami berkumpul pagi raya di pusara mak. Walau hanya kami bertiga, Jie dan Akim tak dapat bersama tapi dah cukup buatkan aku berasa dekat bersama kakak dan abang. Malamnya, berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan doa buat arwah mak di Surau Taman Damai, Simpang.
Malam Aidiladha pula, berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa buat kedua arwah mak dan ayah di kediaman kami sekarang, rumah pusaka arwah ayah dan mak..
Membesarlah anak-anak ibu dan babah di rumah yang pernah membesarkan ibu dulu, dan mendewasakan ibu juga adik beradik ibu.. Dan tinggallah kami kenangan bersama arwah untuk masa depan kami.. Walau tak boleh berpatah balik ke masa silam, tetapi cukup memberi pengalaman dan pengajaran untuk masa akan datang.. walau dalam hati ni rasa tak puas bersama-sama mereka yang tersayang tapi saya redho Allah lebih menyayangi mereka. Tak ada gambar terakhrir pengubat rindu tapi ada pengalaman dan kenganan bersama yang segar dalam hati...

Al-fatihah buat kedua orang tuaku ...

Arwahyarham Abd Ghani bin Dahan (tarikh meninggal 8 Febuari 1995) dan Arwahyarhamah Hajjah Zainab binti Jiman (tarikh meninggal 1 Jun 2014)





Monday, 17 February 2014

Rindunya Kawan-Kawan Lama

Sayang Amanda Raisya ibu demam pagi ni.

~16/2/2014 Pagi : Semalam ikut ibu with Mak Lang Eyma pegi pasar minggu. Abang, kakak duduk rumah, tak ank ikut nak tengok kartun. Ibu with Mak Lang Eyma mencari tikar evamatik yang murah tu.. Konon nak borong sorang 2 lah...  Tapi boleh tak ada... seorang peniaga pun tak ada yang jual tikar tu. Masa tak mau beli.. punya la banayk nampak orang jual.  Puas pusing sekelililng.. Benda lain yang di cari.. tapi benda lain yang dah jatuh hati.. Lepas pastikan tikar tu tak jumpa.. tak ada yang jual, beli benda lain lah jawabnya.. Tapi sian sayang Amanda ibu kena panas pagi.. walau duduk dalam stroller tapi cahaya matahari kena kat muka dia.

~Petang : Dalam jam 4pm lebih kurang gitu ibu keluar lagi.. Abang, kakak pun ikut. Jumpa 2 orang  kawan lama ( dari sekolah).. Sorang namanya Eija, sorang lagi Aja.  (kawan sama2 sekolah menengah),. Aja ni dulu dia lah mengasuh abang Izz dengan Syasya kecik-kecik dulu  masa saya kerja. Tempat berjumpanya  di Tesco Food Court. Nak makan pun senang, anak nak main pun senang kat situ je. Lama tak jumpa kannn... bersembang macam2 topik keluar.. Paling touching sampai berlinang air mata ni.. (Kalah cerita Ariana Rose you.....) bila  Faezah mula ceritakan tentang arwah  anaknya yang meninggal dunia dalam usia muda 4bulan... tahun lepas, saya pun touching sama.. tapi kawan saya tu kuat... masa dia bercerita tak nmpak pun air mata dia mengalir, mungkin dia dah redho dengan keadaan.. dan dah kering air matanya katanya berbulan-bulan dia sedih...  Tapi  anak kecil itu kita dah tahu tempatnya disisi Allah sana.Dan mun gkin dialah yang akan menolong kedua ibubapanya nanti.  Tapi, dalam masa tu lampu Food Court tu boleh padam.. black out.. tinggal lampu kecemasan saja yang menyala.. Memang bertambah feel la cerita Faezah. Sebabtu yang saya  pun sedih tu.. hehehe.. Lepas habis cerita tu lampu menyala balik... Kih KIh kIh. sepontan gelak... memanag kena dengan keadaan la... ^_~

Tengok jam dah pukul 8pm.. mula la nak gerak balik.. tapi sepat la berposing2 dulu.. jenuh nak snap gambar 3 hot mummy ni.. tetap nak bergambar bertiga suruh anak2 snap.. depa ni tak dan cam tu nak ready snap depa dah gerak kata dah!.. hum.. gambar jadi blurrrr la.. kih kih kih.. At last dapat juga bergambar semua.. bila jumpa sorang staff KFC ni lalu kat situ.. haaa.. dialah mangsa, tolong snap gambar kami 3hot mummy denagn anak-anak.. TQ yer dik... huhu...
Rasanya sampai rumah semalam dalam jam 10pm.



~Malam: Sebelum tidur dah dapat rasa badan sayang ibu Amanda deda-deda.. nak demam.. Jelom sikit  kepala dia yang panas tu.. sebelum tidur.. Tapi dalam jam 2.30am dia nangis.. panas sangat badan dia.. dukung dia turun bawah buat susu 1 botol, sambil menyusu cek suhu badan dia. Panas. 37.3c. Budak demam kan.. bukan  nak kita jelum-jelum dengan air sejuk.. Sampai dekat jam 4am kat bawah dengan dia. Lepas tu naik ats balik smbung tidur.. sebab 2jam je lagi nk bangun pula..

~17/2/2014 Pagi : Tapi sebab mengantuk sangat kut... tak sedar jam bunyi, 10min lagi jam 7am baru sedar, kelam kabut kejutkan abang Izz dengan Syasya. Peel biasa susah bangun tidur.. kena jirus air baru segar. Dalam kelam kabut tu Syasya tak pakai stokin.. sudah!!.. menagis pulak.. sebab dia kata tak pakai stokin kasut longgar.. nak jalan pon tak boleh, nanti kasut tercabut. Lepas hantar abang sekolah patah balik.. alang2 nak ambil stokin Syasya, bagi Amanda mandi terus, sebab nak ke klinik, chekup 10month. Lepas mandi tu badan dia tak panas, mungkin sebab kena air sejuk. Ingatkan tak demam dah tak refer ke doktor lah. Singgah jumpa mak sekejap.. Borak-borank dengan mak, baru mula terasa badan Amanda dedor-dedor balik... Mak cakap balik la.. bagi anak tido kat rumah, dia tak sihat..

So, now!! Amanda tengah tidur..  dengan pampes sahaja... dari tadi... sambil ibu sekarang ngadap laptop jap.. kih kih kih ^_~  Tadi dah cek suhu dia 37.0 still demam. masih panas badan tu..  Doa ibu buat sayang ibu... "Semoga demam Amanda  tak berpanjangan dan akan kembali aktif sseprti selalu" ... Amin...





Sunday, 3 November 2013

Slot Akasia TV3 Playboy Itu Suami Aku?!

Satu lagi drama tv adaptasi novel bakal di siarkan di Slot Akasia tv3.. buat kawan-kawanku yang gila drama... macam << aku >> hehehehe.. inilah drama tv3 pengganti "Love You Mr.Arrogant" yang akan tamat tak lama lagi.. Tinggal 4 episod je lagi ...  So, rasanya minggu depan di jangka akan bermulalah episod baru ini .. "Playboy Itu Suami Aku?!"


Jom-Jom tengak pelakon-pelakon drama tv3 favorite kita nieh...
-Antara pelakon-pelakon utama : Chacha Maembong, Fattah Hero Remaja, Nur Risteena, Wan Sharmila. Drama ini terbitanTemenggng Pictures dan di arahkan oleh Azmi Hatta, (tunang Elly Mazlien)

Macam best aje...  
Fatah Hero Remaja sebagai King Adrian
Nur Ristina sebagai Afrina Aulia

Sedikit sinopsis dari novel:

"Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje"

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali plyby itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja adrian Benjamin atau nama 'manja' yang diberi Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri zahida, ibu kepada King adrian semasa menlong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontar gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad ubtuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya Afisya adalah salah seorang teman wanita King Adrian.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai pengidap amnesia. Lebih malang lagi dia ridak langsung mengenali Adrian yang kini suaminya.

Terkejut besar Afina, apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu.. Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina kini telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk di buli.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, disaat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu danpergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa Afina meninggakkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah di tinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

"Playboy itu suami aku?! Biar betul!"

Nantikan drama adaptasi novel ini , setelah tamat "Love you Mr.Arrogant" nanti yer... Jom layan gambar semasa shoting sumber Instagram janejovi79, risteena dan fattah.