Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday, 7 October 2013

Sayang Kamu Ketat-ketat...

Dulu aku selalu dengkikan dia... mana taknya, apa yang dia nak bagi aku semua dia dapat. Tak dapat dari mak, dia dapat dari kakak atau pun abang. Kami tak ada ayah... Ayah kami dah lama pergi meninggalkan kami sekeluarga.. masa tu aku baru masuk darjah 5. Belumpun cukup 11 tahun. Dan dia... baru 4bulan...

Dialah adik bugsu aku.... sirius, aku memang dengki dengan dia... Dululah...  Mak marah macam mana sekali pun kat dia... tapi bila mak dah sejuk mesti dia mesti akan bodek mak.. Itulah yang aku kata dia nak apa dia akan dapat. Kehidupan dia dari sekolah aku nampak mewah sangat... Yang aku paling ingat.. masa dia tingkatan dua dia dah dapat handphone. Tak kata kat dia juga.. sebab zaman dah berubah.. tak macam zaman aku tingkatan dua.. mana ada budak pakai handphone... zaman aku tingkatan dua handphone cikgu pun macam bekas air minuman yang bentuk handphone tu la.. hik hik hik... Bab handphone yang dia pakai.. aku tengok dari tingkatan dua sampailah dia tingkatan lima.. entah berapa biji handphone dah dia guna.. hilang.. dapat baru.. rosak pun dapat baru tak pun 2nd hand.. Dari yang murah.. sampai yang mahal dan canggih ketika itu pun dia pernah dapat.. tapi entah kemana semua tak tahulah...

Tingkatan lima dia dapat notebook.. satu-satu benda yang aku nak sangat-sangat dari aku study dulu.. tak juga dapat.  Tapi dia dapat.. mak belikan untuk dia.. kata mak dia nak sekolah.. beli pun berguna untuk dia.. Eeeeeeee... jelesnya aku ketika itu.. Tapi dapat jugalah aku pinjam. main game.. heh heh heh.... dan berfacebook. Tapi sebelum dia SPM.. notebook dia dah hilang.. tak dapat di kesan.. Senangnya dia.. kannnn mudah dapat mudah juga hilang... Bab handphone usah cakap lagi lah.. memang sentiasa hilang berganti baru.. zaman aku mula-mula pakai handphone tak ada orang nak belikan pun.. beli sendiri.. topup pun sendiri.. sebab tu aku dengki dengan adik bongsu aku..  Ada lagi... Motor pun dia dapat.. lesen lagi.. mak juga yang bayarkan.. Adik bongsu kannnn. Mungkin laaa... Tapi motor dia tak jaga.. dah tersadai.. tak boleh jalan.

Dulu aku memang dengki dengan dia.. tapi dengki-dengki aku kat dia pun hubungan kami adik beradik masih baik. Okey la.. adakala aku marah.. memang aku marah dia sungguh-sungguh.. tapi ada juga kemesraan kami berdua. Boleh di bawa berbincang dan bersembang. Dan ketawa bersama..

Walau dia banyak buat salah.. tak di mata aku pun .. di mata mak, abang .. kakak .. ataupun sesiapa pun.. Tapi aku nampak juga sikap kematangan dia.. Ya.. sungguh aku dah nampak kematangan dia. Walau adakala aku was-was.. sebab dia pandai bermain kata-kata. Tapi aku nampak dia jujur.. dari perbuatan dia.. Sebab tu aku sayang dia ketat-ketat.. Dialah satu-satunya adik yang aku ada.. waktu kecil dia banyak dengan aku.... Walaupun dulu aku pernah rimas dengan dia.. Mana taknya aku nak ke sekolah ada aktiviti koko pun kena bawa dia.. tak kira petang atau pun  hari sabtu..

Tapi sekarang dia tak ada depan mata... Entah apa dia buat kat sana aku pun tak tahu... Doakan yang baik-baik aje untuk dia.. Disaat orang lain gembira... menikmati hari-hari dengan senyuman.. ketawa.. kepuasan.. entah apa lah dia buat.. aku tak tahu... .... ...

Sayang kamu ketat-ketat dik.. kuatkan semangat. Sebab kamu anak lelaki.


Saturday, 5 October 2013

Cheesekut Resepi Mudah Dan Senang

Bagaikan di landa demam CHEESEKUT... bila tengak kawan buat dan post gambar cheesekut mula la teringin.. Sape peminat tegar cheese sure tangkap leleh la......... ~termasuk lah saya.. (^_~)

Haa... Meh sini saya share resepi mudah dan paling senang .. semudah A B C.. Jom Try..

Bahan-bahan mudah untuk sediakan Cheesekut
No 1 : Cream Cheese.. saya guna Tatura sebab masa ke kedai bakery dalam peti ais dia ada jenama tu je..  Cream cheese ni guna jenama apa pon boleh.. tapi banyak blog yang dah update entri Cheesekut ni guna jenama PHILADELPHIA KRAFT.

No 2 : Cream Cracker Hup Seng cap Ping Pong resepi asalnya guna Deluxe Cracker Hup Seng.. lebih sedap guna yang tu.. sebab ada rasa lemak-lemak masin.. mix dengan cheese dapat 1 lagi rasa masam..  tapi sebab saya ke mini market berdekatan rumah ni saja.. tak dapatlah jumpa Deluxe Cracker tu...

No 3 : Susu Pekat Manis dan Susu Rendah Lemak.. Susu pekat ni pun terpulanglang nak guna jenama apa pun.. sama juga dengan Susu yang sebelah tu.. resepi asal guna Fresh Milk. tapi saya lebih suka Lo-Fat.. tapi 1st time beli jenama Magnolia ni.. (^_~) Ambil apa yang hadooo depan mata je.

Untuk topping. Boleh ubah ikut citarasa dan pilihan. Resepi asal tak ada topping pun..  
Topping tak letak pun takpe, tapi saya suka ada hiasan.. lagi pun benda memang ada stok dalam almari dapur tu... mudah je. Tak payah nak beli lagi..
No 1 : Milo hehehe semua tau yg tu milo.. kannnn
No 2 : Nestum. Hancurkan ya.. biar jadi serbuk seperti milo.. guna blander  je yang kecil tu untuk blend bahan kering
No 3 : Chocolate Chip. boleh la pilih atau tukar yang lain ikut suka.. dan selera masing-masing...


Cara-cara menyediakan Cheesekut Mudah


1. Mula-mula.. putarkan cream cheese.. 250g. Saya beli cream cheese Tatura tu 500g, jadi agak-agak separuh saya putarkan sampai kembang..
2. Lepas tu masukkan setengah tin susu pekat. Ikut selera masing-masing kalo suka manis.. lebihkan susu pekat tu.. nak mudah lepas dah mix dua-dua bahan tu cuba rasa dulu adunan tu.
3. Bila rasa dah ok,.. adunan dah sebati.. nampak warna pun dah bertukar.. tambahkan dua ke tiga sudu susu Lo-Fat tu.. putarkan lagi smapai adunan nampak tak pekat.. dan tak cair...  sedang-sedang.. Kalau ikut betul-betul resepi Insyaallah jadi...

Celupkan dulu biskut kedalam susu Lo-Fat tu..  sesaat dua.. Tak perlu lama.. nanti biskut terlalu lembik.


Mula lah menyusun biskut dalam bekas.. lapiskan dengan adunan cream cheese tadi selapis demi selapis, di selang selikan dengan biskut.. Penuhkan ruang bekas dengan biskut sebelum sapukan cream cheese. Tak ada gambar lah pulak.. terlupa nak snap. Sebab terlalu khusyuk menyusun.. melapis..

Dah siap dengan topping MILO

Yang ni pula topping nestum 
Bekas yang ni mix topping nya.. MILO dan Nestum
250g cream cheese dengan setengah tin susu pekat tu saya dapat buat 3 bekas ini sahaja. 2 bekas kecil 4'x4' dan 1 bekas 7'x4 1/2' . Mula-mula bajet punyalah banyak sediakan bekas.. kih kih kih.. alih-alih dapat 3 bekas je.. jadilah .. permulaan. Sedap nanti boleh buat lagi sebab masih berbaki cream cheese, susu pekat, susu Lo-Fat.. semua ada lagi lah..

Oh! Hampir terlupa, lepas dah siap hias.. tutup bekas tu kemudian simpan dalam peti ais. Biar semalaman.. Baru potong-potong, dan bolehlah makan.. Mudahkan.. takperlu bakar ataupun kukus.

Taraaaa.... 


Inilah hasilnya.... Sedapnya hingga menjilat jari... dan bibir.. ecey.. ceyy... hik hik hik... Tapi makan sikit-sikit ulang-ulang memang sedap lah. Rasanya masam-masam manis.. kalau sekali hadap mesti mulalah rasa muak. Tapi komen saya tentang Cheesekut ni... Sedaplah.. Kombinasi yang sangat-sangat sedap .. Biskut tu dengan cream cheese..  kena selera.. Bolehlah jadi juadah petang....

Selamat Mencuba!!

Wednesday, 25 September 2013

Isteri Norshahrul Idlan Talaha MAT YO ??? Marah Pak Guard

Mat Yo?
Sape Mat Yo ni?
Memang saya tak kenal langsung dengan Mat Yo.

Bila dah kata tak kenal, mulalah saya google cari siapa sebenarnya Mat Yo ini.... Mat Yo atau nama sebenarnya Nor Shahrul Idlan Talaha, adalah seorang pemain bola sepak negara terkenal. Dan sekarang bukan nak cerita pasal Mat Yo.. atau kehebatan dia di padang bola, gol cantik kah?.. sepakan mengancam kah?... Ini cerita isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam yang bergaduh dan memaki hamun seorang pakcik guard kerana parking. Eh! kenapa ni?

Jom Tonton Vedio di sini :





Rumusan saya di sini.. tak salah pakcik ni la.. tak kenal siapa Mat Yo.. apatah lagi isterinya Siti Aisya Adam tu.. sebab saya sendiri pun baru kenal Mat Yo setelah isu ini tersebar meluas di internet...

Tapi memeng kecoh la... seperti ada adap si Siti Aisya ni, mulut lancang kemain.. berbalas kata-kata kesat pasa golongan rendah, warga emas pula tu... Semoga Allah menyedarkan kamu dik...   dan membuka pintu hati mu.. rezeki kamu sekarang semuanya dari Allah...

Tak pasti post ini di tuju kepasa siapa.. apa pun saya sokong Mhad Amin Ahmad. "tak baik kata macamtu, kalau tau dalam pihak yang betul pun"


Susulan Kejadian Pergaduhan Isteri Mat Yo dengan pakcik Guard ini

Berhati-hati Warga Taiping, Dengan Ahli Zhulian INI...



Kejadian ini memang benar-benar berlaku.. Tak tahulah nak kata semua ahli-ahli ZHULIAN macam dia ni.. si perdaya warga emas OKU pula... post ini dari facebook abang saya.

Dalam jam 2 petang semalam.. 24/9/2013 mak saya telefon saya, beritahu yang dia sendirian di rumah.. dan rasa seperti telah di pukau.. Saya tak cakap banyak.. hanya mendiam kan diri.. mendengar apa yang mak saya cuba di sampaikan...

Sebelum mak saya hubungi saya dia telah hubungi abang saya dulu.. Saya memang tahu sebelum kejadian ini.. kira-kira 2 minggu yang lepas.. ada mak saya beri tahu kawan lamanya datang kerumah membawa, seorang kawan "Ahli Zhulian" .. dan orang itu.. memperkenalkan dirinya yang bernama Marliah seorang ahli Zhulian dan telah meninggalkan dua jenis prduk Zhuliannya di rumah mak saya.  1. ZHULIAN HOMSWEET - pemanis pengganti gula.  2. Serbuk pencuci Ultra Pekat - XTRA WASH






Barang-barang atau produk  ini tak salah ya... yang bersalah si Ahli ZULIAN yang bernama JAMALIAH yang memandu ketera HONDA ACCORD  berwarna putih AHP 8292.

Semalam, si ahli Zhulian ini datang lagi kerumah mak saya bersama seorang rakannya.. yang lain.. dan apa yang mereka bincangkan tidak dapat di ketahui..  kata emak saya.. sungguh ramah mereka melayan emak yang bersendirian di rumah, siap ke dapur lagi membuat air.. dan memberi emak minum jus buah-buahan dari produk Zhulian juga, yang tak pasti produk apa.. kata emak rasanya masam-masam seperti jus Durian Belanda "Soursop". Sambil-sambil minum mereka memujuk emak saya menaggalkan rantai leher dan akhirnya mereka berjaya memujuk emak saya menaggalkan rantai leher yang di pakai emak, tujuannya untuk mengajak emak menjadi ahli, oleh kerana mak tidak mempunyai wang tunai..

Untuk pengetahuan.. mak saya seorang OKU.. kehilangan sebelah kaki kanannya akibat kemalangan.. kakinya terpaksa di potong separas paha, setelah luka memasukkan besi pada bahagian yang patah tidak sembuh, kerana emak saya mengidap Diabetis.

Emak saya
Apa yang nak saya kongsikan di sini.. silalah berhati-hati dengan wanita bernama MARLIAH ini, atau JAMALIAH info dari komen facebook  yang mengenali suspek ini mungkin melalui jenis kenderaan dan no pendaftaran. Kalau terjumpa.. jaganlah termakan pujukan dia.. cubalah alihkan pandangan atau elakkan dari dia...

Dan PERINGATAN juga buat sesiapa sahaja .. silalah berhati-hati dengan mereka-mereka yang datang  kerumah atau terjumpa di mana-mana.. mereka adalah tetamu tanpa di undang.. bukan hanya tumpuan pada ahli Zhulian.. tapi mereka-meraka yang berbisness MLM ini. Jangan termakan pujuk rayu meraka yang sentiasa memaksa itu.... tujuan mencapai target meraka.. so, meraka yang kaya.. kita yang kena tipu... berputih mata..

Monday, 16 September 2013

Akhirnya Dia Buat Pilihan


Hari ni 16 sept 2013.. ngam-ngam usia dia 5bulan.. Pelajaran untuk ibu hari ni... dia mengajar ibu erti kesabaran...  Dann ibu selalu anggap ini semua ujian mendewasakan ibu lebih matang lagi dalam ilmu keibuan..

Lepas kemas-kemas gerobok ribbon kraft yang dah lama tak kemas, tak bersusun atur, nak pegi lah mandi.. sebab tengak baby Amanda ni baik je tengah main.. mengepak-ngepak tangan tu sambil menirap kat tikar evamatik princess dia tu...

Baru masuk bilik air... sambil mesin basuh sedang di putatarkan... 2 round gak la nak basuh ni... sedang syok badan di sirami air.. sambil syampoo masih di kepala... dengar suara baby Amanda ni menagis pulak... Hahaha.. dengan itu tak pasal-pasal abang yang di salahkan.. ~ngeee... Hampir selak suara dia,.. dengan syampoo masih lagi di kepala.. berkemban dengan seksinya dan bergitu ayu sekali, ibu keluar bilik air.. cepat-cepat ambil baby.. puas di dukung di pujuk-pujuk, dia diam.. tapi bila letak, dia sambung balik.. gaya macam mengantuk sesangatlah.

Sebab syampoo masih di kepala.. otak mula berjalan memikirkan cepat nak sambung mandi, dan cepat baby boleh tidur lena, tenang dannn aman lagi....

So... see.. dia dah buat pilihan dia sendiri... port playpan dia selalu tidur di bawah tangga... dann sekarang buai dia pun ibu gantung bawah tangga juga.. Hai la tangga .... hehehehe...