Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday 17 February 2014

Rindunya Kawan-Kawan Lama

Sayang Amanda Raisya ibu demam pagi ni.

~16/2/2014 Pagi : Semalam ikut ibu with Mak Lang Eyma pegi pasar minggu. Abang, kakak duduk rumah, tak ank ikut nak tengok kartun. Ibu with Mak Lang Eyma mencari tikar evamatik yang murah tu.. Konon nak borong sorang 2 lah...  Tapi boleh tak ada... seorang peniaga pun tak ada yang jual tikar tu. Masa tak mau beli.. punya la banayk nampak orang jual.  Puas pusing sekelililng.. Benda lain yang di cari.. tapi benda lain yang dah jatuh hati.. Lepas pastikan tikar tu tak jumpa.. tak ada yang jual, beli benda lain lah jawabnya.. Tapi sian sayang Amanda ibu kena panas pagi.. walau duduk dalam stroller tapi cahaya matahari kena kat muka dia.

~Petang : Dalam jam 4pm lebih kurang gitu ibu keluar lagi.. Abang, kakak pun ikut. Jumpa 2 orang  kawan lama ( dari sekolah).. Sorang namanya Eija, sorang lagi Aja.  (kawan sama2 sekolah menengah),. Aja ni dulu dia lah mengasuh abang Izz dengan Syasya kecik-kecik dulu  masa saya kerja. Tempat berjumpanya  di Tesco Food Court. Nak makan pun senang, anak nak main pun senang kat situ je. Lama tak jumpa kannn... bersembang macam2 topik keluar.. Paling touching sampai berlinang air mata ni.. (Kalah cerita Ariana Rose you.....) bila  Faezah mula ceritakan tentang arwah  anaknya yang meninggal dunia dalam usia muda 4bulan... tahun lepas, saya pun touching sama.. tapi kawan saya tu kuat... masa dia bercerita tak nmpak pun air mata dia mengalir, mungkin dia dah redho dengan keadaan.. dan dah kering air matanya katanya berbulan-bulan dia sedih...  Tapi  anak kecil itu kita dah tahu tempatnya disisi Allah sana.Dan mun gkin dialah yang akan menolong kedua ibubapanya nanti.  Tapi, dalam masa tu lampu Food Court tu boleh padam.. black out.. tinggal lampu kecemasan saja yang menyala.. Memang bertambah feel la cerita Faezah. Sebabtu yang saya  pun sedih tu.. hehehe.. Lepas habis cerita tu lampu menyala balik... Kih KIh kIh. sepontan gelak... memanag kena dengan keadaan la... ^_~

Tengok jam dah pukul 8pm.. mula la nak gerak balik.. tapi sepat la berposing2 dulu.. jenuh nak snap gambar 3 hot mummy ni.. tetap nak bergambar bertiga suruh anak2 snap.. depa ni tak dan cam tu nak ready snap depa dah gerak kata dah!.. hum.. gambar jadi blurrrr la.. kih kih kih.. At last dapat juga bergambar semua.. bila jumpa sorang staff KFC ni lalu kat situ.. haaa.. dialah mangsa, tolong snap gambar kami 3hot mummy denagn anak-anak.. TQ yer dik... huhu...
Rasanya sampai rumah semalam dalam jam 10pm.



~Malam: Sebelum tidur dah dapat rasa badan sayang ibu Amanda deda-deda.. nak demam.. Jelom sikit  kepala dia yang panas tu.. sebelum tidur.. Tapi dalam jam 2.30am dia nangis.. panas sangat badan dia.. dukung dia turun bawah buat susu 1 botol, sambil menyusu cek suhu badan dia. Panas. 37.3c. Budak demam kan.. bukan  nak kita jelum-jelum dengan air sejuk.. Sampai dekat jam 4am kat bawah dengan dia. Lepas tu naik ats balik smbung tidur.. sebab 2jam je lagi nk bangun pula..

~17/2/2014 Pagi : Tapi sebab mengantuk sangat kut... tak sedar jam bunyi, 10min lagi jam 7am baru sedar, kelam kabut kejutkan abang Izz dengan Syasya. Peel biasa susah bangun tidur.. kena jirus air baru segar. Dalam kelam kabut tu Syasya tak pakai stokin.. sudah!!.. menagis pulak.. sebab dia kata tak pakai stokin kasut longgar.. nak jalan pon tak boleh, nanti kasut tercabut. Lepas hantar abang sekolah patah balik.. alang2 nak ambil stokin Syasya, bagi Amanda mandi terus, sebab nak ke klinik, chekup 10month. Lepas mandi tu badan dia tak panas, mungkin sebab kena air sejuk. Ingatkan tak demam dah tak refer ke doktor lah. Singgah jumpa mak sekejap.. Borak-borank dengan mak, baru mula terasa badan Amanda dedor-dedor balik... Mak cakap balik la.. bagi anak tido kat rumah, dia tak sihat..

So, now!! Amanda tengah tidur..  dengan pampes sahaja... dari tadi... sambil ibu sekarang ngadap laptop jap.. kih kih kih ^_~  Tadi dah cek suhu dia 37.0 still demam. masih panas badan tu..  Doa ibu buat sayang ibu... "Semoga demam Amanda  tak berpanjangan dan akan kembali aktif sseprti selalu" ... Amin...