Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday 31 December 2012

Bengkel Kek Lapis Sarawak

Saya hadiri bengkel ini pada 24 Desember yang lepas, hari Isnin, sehari sebelum cuti Perayaan Krismas bertempat di Dewan Orang Ramai JKKK Bukit Jana, Kamunting Perak. Seramai 20 orang kaum ibu yang menghadiri bengkel ini. Di anjurkan oleh Dr.(H)Azlina Bt Abdul Latif, Adv.Diploma Homeopathy (AIMS) , Diploma art Culinary (UKAP). Dan kami semua ditaja oleh Amanah Iktiar Malaysia cawangan Larut (Bukit Jana)

Hum... siapa kata seorang doktor tidak boleh memperkembangkan ilmunya dalam bidang yang berbeza kan..? Ada sedikit cerita tentang Dr.Azlina sebelum saya memulakan cerita tentang bengkel kek lapis sarawak ini. Beliau merupakan Pengasas/Pengarah Urusan bagi produk kesihatan dan kecantikan AZZI BEAUTY SDN BHD, yang bertempat di Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang. Jadi resepi kek lapis sarawak beliau juga ada dimasukkan bahan-bahan terdiri daripada makanan dan produk kesihatan beliau sendiri. Jadi saya rasa kalau di ubah resepi asal beliau tak akan samalah rasa kek lapis yang dibuat. "........ berfikir sejenak"

Berbalik pada kek lapis sarawak, siapa yang pernah rasa, akan tahu lah kenikmatan kek lapis sarawak ini.. dan harganya untuk sebiji kek 9'x9' beleh menjangkau ke Rm150-Rm250++ lagi. Mengikut perisa, warna dan corak kek itu sendiri. Tetapi ada pembekal yang menjual dengan harga Rm30-Rm40-Rm50-Rm60 bagi sepotong (kek 9'x9' tadi dibagi 3)

Jadi dengan itu saya pun tak melepaskan peluang "percuma" depan mata, bila dia adakan bengkel kek lapis sarawak ni, hanya mengeluarkan modal RM5 sahaja untuk pendaftaran bengkel ini, itupun duit tu digunakan untuk makanan individu selepas bengkel kek lapis selesai. Kelasnya tetap percumakan... cuma tak berpeluang la nak merasa buat sendiri kek tu, boleh look and see aje lah.. tapi dapat lah rasa, dan pengetahuan motivasi berguna dari Dr.Azlina. 

Dr.Alina. ketika beliau sedang mempersiapkan bahan-bahan kek lapis sarawak. Masih cantik beliau ni, berumur 42 tahun, berdarah campuran pakistan dan mami tanjung, asal Pulau Pinang. 

Ketika demo berlangsung, satu demi satu bahan yang dimasukkan dan di adun sebati oleh pembantu Dr.Azlina sambil-sambil beliau memberi beberapa tips berguna juga diselitkan motivasi buat semua yang hadir.

Adunan yang telah siap di bahagian pada dua warna juga perisa. Yang hijau perisa pandan, dengan aroma pandan yang harum, manakala yang coco sudah tentulah coklat. Selapis demi selapis kek akak dibakar pada suhu oven 250' di set pada 8min untuk selapis kek. Untuk lapisan pertama gunakan kepanasan bawah, setelah 8min kek di keluarkan dan perlu di tekan dengan alat khas, selapis lagi akan diletakkan dan di bakar menggunakan kepanasan atas pula, Proses di ulang sehingga adunan habis. Perlu berhati, cermat dan teliti.

Kek lapis yang dah siap disejukkan selama 20min dalam suhu bilik, mula di bahagi-bahagikan untuk masing-masing merasa ke enakkan kek, ibu-ibu yang membawa anak-anak bersama dalam bengkel kek lapis sarawak ni, anak-anak lah yang tak sabar menati peluang untuk merasa kek tu.. Kek nya sebiji, yang hadir 20 orang, campur anak-anak lagi.. Gamat juga...

Inilah rupa kek lapis sarawak perisa pandan coklat. Kata Dr.Azlina ini adalah kek lapis sarawak asas. Ada pelbagai jenis lagi kek lapis sarawak. Kalau nak menuntuk ilmu dengan beliau harusla mengikuti kelas-kelas yang beliau buat. Dan bayaran diperlukan,.. mana ada percuma lagi kan.,.. (minat dah ada ni..)

Mummy preggy ni pun sempatlah berposing dengan kek tu, tapi gambar ni tak cantiklah.. huhuhu.... saya rasa wajah saya berubah sangat, mengandung kali ni, dadan pun mengembang semacam.. bukan badan saja, muka pun sama.. "pembawakan budak".. 

Yang mana dapat rasa dah selamat dalam perut, jadi lah dapat rasa sorang sikit, yang di bawa balik ini ajelah.. kalau di ikutkan seornag sepotong saja, tapi saya ambil 2. Heheheh.. ingat anak 2 orang. Kalu bawa balik 1 aje nanti berebut, dan mesti banyak tanya, masalahnya tak nak kongsi.

Yang kelakarnya, masa nak ke bengkel tu saya ni punya lah sediakan bekas  makana kedap udara, yang besar pulak tu. (sebab ingat kan dapat lah sepotong besar.. untuk bawa balik..)


Friday 28 December 2012

Sepetang Sekeluarga






Sepetang bersama en.suami dan anak-anak pusing-pusing Taman Tasik Taiping. Kali ni jalan-jalan berjalan kaki.. huhuhu.. budak-budak seronokla boleh berlari-lari. Yang semputnya ibu.. babah okey lagi tapi lepas masuk dalam kereta huhuhu.. aircond on dulu ler.. berpeluh.

Pecah peluh tu namanya sihat.. betul tak?

Saturday 15 December 2012

Cari Kotiaw Goreng Malam-Malam


Perut memang terasa lapar, hajat hati dari petang lagi nak ke pasar malam kat jalan masuk taman perumahan ni, tapi hujan pulak jam 7malam 14/12/12. (`heheh sebab sekarang dah 12:37 am 15/12/12) Lagi pun seharian tadi ayik je melayan game di facebook "Farm Ville 2".  Tiba-tiba pula Puan Bee bagi tahu dia makan kotiaw goreng malam-malam ni. Terus terbayang-bayang kotiaw kerang, kotiaw udang..Huuuwaaa.. 
Dah la memang suka makan kotiaw goreng. Tak leh jadi .. perut pun lapar, anak pula tanya bila nak keluar pegi pasar malam, katanya kalau lambat pasar malam tutup. Padahal waktu tu dah jam 10malam memang dah tutup la pasar malam tu.

Makan kotiaw goreng kat C-ma Cafe sambil latyan Maharaja Lawak Mega 2012

Agak mencabar jugalah mencari kotiaw goreng malam-malam, kalau cari dengan en.suami tak la terasa mencabar, sebab dia yang memandu kan... duduk diam-diam aje kat seat sebelah. Ini kena memandu sendiri,nak sangat kan. Pusing punya pusing, medan selera yang ada kotiaw sedap (bagi saya) habis pula bila tanya taukenya. Pegi pula dekat warung pacak Char Kotiaw, ramai pula orang kat sana, pusing lagi.. Pegi restoran siam pula tengok macam tak menarik, tv pon tak on, kalau nak makan tomyum okey la pegi situ. Lepas tu teringat roti canai sedap pula kat C-ma Cafe sebelah Pasaraya Econsave Kamunting, terus pusing lagi stering tu ke sana pula. Sampai aje, dengar suara Dato`AC Mizal pengacara program tv Maharaja Lawak Mega 2012 dah mula. Bulat mata baru teringat, rancangan lawak kegemaran. So, laju aje la melangkah kaki ke sana cari meja kosong yang megadap tv.


Adik layan kotiaw panas-panas sebelum tu tiup dulu.. Fuuhh.... Fuuhh... 1 pinggan ni kongsi dengan ibu, sebab dah memang tahu adik tak akan makan habis sepinggan. Saya pun tak akan habis, lidah aje rasa nak makan, tapi bila masuk perut, sikit aje pun dah rasa sendat cukup kenyang.

Abang makan dengan penuh selera, dia pun sama lah macam saya suka makan kotiaw. Tak pandang lain dah kalau dia jumpa kotiaw. 1 pinggan tu dia sorang aje. Tapi kalau yang pedas atau kurang rasa sedapnya tu memang tak habis la dia makan. Selera boleh tahan, jujur, kalau tak sedap memang dia bagi tahu tak sedap. Yang sedap tak payah tunggu la dia cakap, senyap aje dia makan.

Abis licin.. yang tolong melicinkan abang. Sebab dia dengar cakap saya, hehehe saya selalu pesan kalau makan tu, makan sampai habis, jagan membazir nanti menagis rezeki Allah tu..  biar sampai licin, lagi pun menghargai. Tapi yang sedap aje lah ...

Friday 14 December 2012

Cempedak dan Biji Cempedak


Isi Cempedak 
Saya suka cempedak isinya warna oren. Nampak bercahaya gitu, tapi yang kuning ni pon okey, rasanya sama lah rasa cempedak kan,.. lemak-lemak manis. Kalau di makan bergitu saja, hati-hati jangan sampai tercekik. Sebab isi cempedak ni macam berselirat (bertali macam benang kut) kita tak boleh terus nak telan aje bila kunyah dlam mulut seulas cempedak tu, kalau buat juga... alamatnya bakal tercekik la.. Kalau bagi anak-anak kecil makan perlu pantau la.. Lebih baik bagi sikit-sikit.

Menu minun petang hari ni cempedak goreng, tapi tak ada gambar, sebabnya.. makan panas-panas. Tak ingat dah nak cari kamera atau handphone. Puas makan kalau di goreng sendiri ni, makan panas-panas pula. Tak sempat habis goreng lagi yang mula-mula goreng dah pon licin. Sebiji cempedak dapat di goreng dan makan puas-puas. Berbanding kalau beli siap goreng RM4 atau RM5 dapat berapa ulas je. Memang tak sempat nak ulang. 


Biji Cempedak

Ini cerita biji cempedak pula. Siapa pernah makan biji cempedak? Angkat tangan.. ~hehehe.. Bukan lah makan mentah macam tu. Makan biji cempedak rebus. Sedap. Hum,.. tak tahu nak bagi tahu rasa macam mana. Lemak-lemak masin. (Sebab rebus tambah garam sikit) Kalau rebus air aje tak ada rasa apa pula.

Tapi biji cempedak yang nak direbus tu bukan lah biji cempedak yang dah di goreng tu ya.. Biji cempedak yang isinya tadi di makan bergitu saja. Perlu di cuci dulu sebersih-bersihnya biji cempedak tu sebelum direbus. Lepas tu masuk dalam periuk agak-agak muat dengan jumlah biji cempedak tu, air bagi lebih sebab tak nak nanti airnya kering sebelum biji empuk. Tambahkan garam secukup rasa. Agak-agak lah jangan bayak sangat nanti masin. Langsung tak boleh makan.


Hasil dari biji cempedak yang direbus. Hum.. sejukkan dulu buang baki air rebusan tadi. Makan je macam makan kacang, sebelum tu kopek kulit yang luar warna keperangan tu, makan isi yang putih tu. Layan sambil menonton telivisyen. best.. Tapi jagan makan banyak sangat, sebab angin, nanti agin tak terlepas sakit urat-urat badan. Kalau terlepas tu .. jauh-jauh yer.. (^_~)


p/s :- makan biji cempedak ni mak saya lah yang memperkenalkan. Masa kecik-kecik dulu kalau makan isi cempedak mesti bijinya mak suruh simpan. Boleh rebus, di makan pula. Sedap layan. Siapa yang belum pernah rasa, cuba lah. Dah lama saya tak makan sebenarnya, tu yang cuba sekarang ni, bukan apa kalau dah teringin tu takut kempunan pula.

Wednesday 12 December 2012

Asyura'

Majlis rewang ni dibuat kat rumah mak saya, pada hari isnin lepas 10 Desember 2012 bersamaan dengan 26 Muharram 1434. Ha, dah dekat penghujung Muharram. Tapi takpe kan.. janji majlis ni diadakan dengan meriah. Seronok bila dapat berkumpul dengan jiran-jiran bila bersama-sama mengacau bubur asyura. Sebenarnya dari awal Muharram lagi mak ada bersuara pada saya, tapi manalah saya mampu nak kacau bubur asyura' tu.. sebab nak masaknya bukannya sekejap.. lama..

Mak hanya boleh tengok saje la.. tapi ada juga la, mak cuba-cuba membantu menyediakan keperluan yang mana perlu, sebab majlis rewang ni di buat kat depan rumah mak. Tapi mak .. tak boleh turut serta duduk-duduk di bawah. Sebab keadaan mak yang tak mengizinkan dia .. Tapi tak pe.. janji ada nampak ceria di wajahnya.

Kacau bergilir-gilirlah, (saya pun sempat lah juga merasa kacau bubur ni sekejap je.. tapi tak de sape nak snap pic.. ~kikiki ) Perlu kacau bubur ni tanpa henti,  sebab lama nak tunggu bubur asyura ni betul-betul masak, lagi satu kalau tak kacau nanti hangit pulak yang bawah tu. Macam-macam bahan yang di campur dalam bubur ni, tapi bubur asyura yang dibuat ini, yang manis. Sebab apa saya bagi tahu di sini ada yang buat pedas, saya pernah rasa yang pedas, tapi saya tak suka yang pedas tu...pelbagai-bagai bahan yang di masukkan, lengkuas,serai, jintan yang lain-lain tak pasti.. ~hehe..
Walau apa pun saya tetap suka yang manis ni.. rasanya manis-manis lemak, dengan pelbagai jenis kacang.


Inilah rupanya bubur asyura' tapi belum betul-betul masak lagi ni.. kata maklangchik (jiran sebelah rumah mak) nak tahu dah masak bila nampak permukaan atas bubur ni dah berkilat, dan akan timbul di permukaan atasnya belon-belon didih yang besar kemudian akan mengeluarkan bunyi "Bluup! Bluup! Bluup!" haa.. gi tu..


Ini sebahagian dari bubur asyura' yang telah di bahagi-bahagikan, dapat banyak juga, 3 talam bulat dan beberapa bekas yang kecil-kecil tu. Tujuh nama yang berkongsi dalam majlis mengacau bubur asyura' ni. Alhamdulillah, dapat di bahagikan pada ketujuh-tujuh nama yang berkongsi juga bersama-sama mengacau bubur asyura'. Juga di sedekahkan pada jiran-jiran terdekat yang lain.

                           
Sampai licin kuali, eh! kuali ke belanga ya ? Yang besar macam ni ? ~hehe.. mulanya saya ingat hanya saya yang suka kikis sampai habis yang mana yang ada lagi lekat-lekat tu, rupanya ada juga makcik-makcik yang join saya.. anak-anak pula dari mula buat tak sabar-sabar nak rasa, dari belum pun siap betul-betul masak lagi dah minta nak rasa. Saya usah di tanya.. memang saya lah orang yang tolong rasa, dah cukup rasa ke semua ramuannya...

Majlis selesai setelah hampir azan magrib bekumandang,.. dalam perkiraan saya, lebih 4jam juga sesi kacau-mengacau bubur asyura ni. Memang bergilir-gilirlah orang yang mengacaunya, ada yang rehat sekejaap balik solat, tukar orang lain, kemuadian yang lain pulak.. yang bestnya masa masak air panas, tunggu air masak lambat, masing-masing balik rumah masak air,.. sebabnya masa mula-mula tepung nak sebati memang perlu tambah air panas, agar tepung tak beku jadi ketul-ketul.

Bukan selalu nak berkumpul-kempul merewang ni.. macam-macam cerita lah yang akan diceritakan.. ada cerita hangat di kawasan Taiping sekarang.. Tentang makluk ghaib.. hum... taknak cerita di sini.. sebab saya takut.. takut lemah semangat..

Friday 7 December 2012

Kek Birthday

Ha.. yang ni bukan kek bufday saya. tapi kalau saya dapat kek ni.. waa` semakin berseri-seri rasanya wajah saya.. secantik bunga matahari.. i love love love love love sunflower 4 ever.. huhu..

Rasa nak request kek sama macam ni,... tapi macam tak surprise aje.. yer lah akan kowt nak kek macam ni p oder sendiri kan... ~hehehe~

Kalaulah ada yang sudi tempahkan kek macam ni untuk saya.. kompom saya sayang orang tu.. kikikiki..
Sape lah agaknya ya?

Sunday 2 December 2012

Bila Durian Crepe di Bekukan

Humm... mmm.. mmm..  Durian Crepe lagi, tapi kali ni durian Crepe di bekukan.. lebih sedap rasanya, macam makan ais krim durian mix durian fresh. hum.. yummy (^_~) . Ini semua kes tak puas makan Durian Crepe lah ni.. macam dalam entri Durian Crepe yang lepas DI SINI permulaan saya oder dari sahabat saya tu 1 bekas aje.. ada 5 biji.. memang tak cukup. tapi tak pe, pek percubaan kan.. ~hehehe..

Nah ini lah buat ke dua kalinya saya oder lagi 2 bekas. Lepas ni tak lagi dah agaknyelah kan.. dah puas dah.. sangat-sangat puas. Kalau terlebih nanti muak pula.. Semalam date delivery buat kali ke-2 Durian Crepe ini, tapi kali ni tak sampai depan pintu rumah lah, sebabnya semalam saya bersama kawan  saya (Ayu) ke majlis perkahwinan seorang lagi kawan lama.. "Selamat Pengantin Baru Azren & Anizah".  Selepas majlis saya ke rumah Ayu , lama berborak di sana hand phone dalam kereta.. Hahahha.. Bila jam dah pukul 6 petang baru saya beransur dari rumah Ayu, sedang memandu teringat telefon,.. Hah! ambik kau.. 5 missedcall from Hamidah, siap ada 1 message ini..
 "Aku nak hantar durian crepe hang ni.. hang ada kat mana? aku call banyak kali tak dapat"

( Senyum,... dalam hati tertawa... leka punya hal..) So, calling punya calling saya pun tukar arah tujuan yang nak pualng kerumah tu.. patah balik masuk ke Taman Mewah, Kamunting sebab Hamidah menghantar crepe  di sana, ... Hum.. so, dapat lah lagi 2 bekas Durian Crepe saya tu.. hum.. ~Senyum~ Terus memandu pulang kerumah.. anak-anak terlena keletihan di seat belakang.

~Ini baru cerita dapat "Durian Crepe" belum lagi Durian Crepe di bekukan..

Sesampai je rumah durian crepe di utamakan, simpan dalam  peti sejuk dulu sebab ada kawan bagi tahu kalau makan durian crepe beku lagi sedap, sebab tu lah nak cuba ni.. Selesai semua, anak-anak dah mandi.. dah makan malam.. time untuk nonton TV.. 1 bekas durian crepe habis.. layan... dengan rasa yang sama saat mula-mula rasa crepe ni.. tapi belum beku, cuma cool...

Esoknya, hehehe.. lepas makan tengah hari bersama anak-anak saya pon keluar kan la 1 lagi bekas durian crepe ni.. hum.. tekan sikit dengan jari.. hum.. keras. So, Durian crepe dibelah dua nak tengok isi dalam... hum.. .mm mm.. nampak dah beku..  tak kan nak tengok aje kan.. snap 1 gambar dulu.. lepastu. Apa lagi makan la.. Si abang Dhia Izz yang paling tak sabar-sabar.. Rasanya memang lebih sedap dari makan sejuk.. bila beku isinya macam ais krim.. aiskrim isi durian.. Sesiapa peminat durian pasti terbayang-bayang rasa manis, lemak-lemak isi durian tu.. ~layanzz..

Rupa durian crepe selepas di bekukan semalaman

 jus buah laici minuman pilih adik lepas makan durian crepe



Makan sambil menikmati jus buah Laici.. hum.. sejuk-sejuk semua.. tapi kalau makan durian tetap panas dalam badan tu.. jadi kontra lah kut kan.. hehehe.. ape pon sedap.. dan memang lepas dah lah semua rasa keinginan untuk keterujaan merasa durian crepe "BEKU"

Selamat mencuba ya..



Friday 30 November 2012

Segmen Review Sesama Blogger


Salam, buat semua pembaca yang sudi membaca di blog saya.

Berbaloi juga Puan Bee adakan Segmen review Sesama Blogger ni, bolehlah saya ambil peluang ni sebaik mungkin untuk beramah mesra dengan blogger-blogger diluar sana yang lebih mengenali Puan Bee di alam blogger ini. Salam perkenalan buat semua dari saya Si Cantik Matahari. ~ hehehe~

Saya masih baru lagi dalam dunia blogger ni, rasa minat nak berblogger tu hadir kerana sahabat saya, sahabat yang seperti adik beradik saya  iaitu Puan Bee sendiri. Blog saya mula di wujudkan pada pertengahan tahun lepas, dengan bantuan dari Puan Bee sendiri yang sudi meluangkan masa beliau untuk saya. Mulanya kami berhubung melalui facebook dan bila berpeluang pulang ke kampung beliau datang kerumah saya bersama-sama membantu saya membina blog untuk saya.

 Mulanya blog saya ini di buat untuk suka-suka, jadi semua yang saya rasa nak kongsikan cerita saya akan update entri, tapi pada waktu itu saya tak pandai (belum mahir) lagi nak letak komen pada entri-entri di blog orang lain. Mungkin saya belum mahir ketika itu.. sampai satu ketika blog saya kena "hack" lalu dunia blogger saya lupakan .. dan meyepikn diri..

 Kemudian saya sangat teruja dengan contes yg dianjurkan oleh denaihati.com, bermula dari situ saya risik-risik semula dengan Puan Bee agar boleh saya wujudkan blog yang berwajah baru. Terhasil lah blog warna kuning si cantik matahari ini.. hasil dari saya bersama Puan Bee.

Blog saya adalah blog personal, saya kongsikan tentang pengalaman saya dari Kehidupan Harian, Anak-anak, Keluarga, Kecantikan, Kesihatan, Makanan, Melancung,  dan pelbagai.. apa saja yang terlintas difikiran oleh saya..

Okey, saya perkenalkan siapakah disebalik Si Cantik Matahari...
Nama : Zaini Dhalemma Abd Ghani
Lebih mesra : Ema
Umur: 28 tahun 4bulan
D.O.B: 30 Julai 1984
Status: Berkahwin, mempunyai 2 orang cahayamata yang
           Pertama: Dhia Izz 5 tahun
           Kedua : Syasya 4 tahun
           Ketiga : Comming soon ~hehehe~ sedang menempuh alam kehamilan, Insyaallah due 29 April 2013

Tentang pilihan Bunga Matahari pula.. bunga matahari ni memang bunga kesukaan saya dari kecik-kecik dulu.. sehinggakan ada seorang rakan saya gelar saya matahari. Dan sampai sekarang bunga matahari tetap pilihan pertama. Pernah cuba juga nak tanam pokok bunga matahari ni tapi.. dengan tangan saya nampaknya dia tak mahu hudup.. so, simpan bunga plastik aje..

Tentang blog Puan Bee pula, saya rasa ia adalah blog mesra pengunjung, sebab macam-macam cerita tentang Puan Bee, keletah anak-anaknya, pendidikan, pelajaran, pengalaman, info semasa, toturial, kesihatan, produk, dan perbagai lagi.. Saya rasa beliau lebih kepada "Kekeluargaan" , "Kehidupan" dan "Keperibadian" beliau sendiri.
Saya sangat-sangat kagum dengan beliau, sungguh saya tak sangka kawan dari higusan dulu yang saya kenal dah sehebat bergini dan sangat dikenali dalam dunia blogger. "Puan Bee The Best". Harap Puan Bee akan teruskan usaha dan minat beliau dalam dunia blogger dan semoga beliau sihat sejahtera juga bahagia bersama anak-anak, suami dan keluarga tercinta. Love u 4 ever Bee.. dan tak lupa semoga berjaya untuk contes iphone5 gajet impian itu ya.

Untuk Lensablogger.com pula, saya masih baru mengenali blog ini, tetapi setelah saya intai-intai seharian, bagi saya ia blog yang "The Best" juga.. segala informasi terkini terkandung didalamnya.. juga terselit tentang pengalaman-pengalaman beliau sendiri.. juga saya suka gambar-gambar yang beliau paparkan.. sangat-sangat cantik dan... ada gambar bunga matahari yang sangat besar dalam entri Pelik, Unik Dan Menarik Sepanjang Jalan Ke Cameron Highland. I Like.

Tag :



"Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com , Pondokkecil.com , Servis Tempahan Design , Anarm.net , PaPaMifz.com dan Ciklaili.com "





Maharaja Lawak Mega 2012




Tak sabar tunggu untuk menonton para peserta Mahaja Lawak Mega 2012 beraksi sekejap aje lagi di Astro Warna saluran 132. Lepak-lepak depan tv bersama anak-anak, tengok ulangan minggu lepas aje lah dulu.. itu pon dah boleh pecah perut dengan Jozan, Boboi, Jambu, R2,Shiro, The Bandung Joker, Say Who, Balas dan lain-lain..

Pastinya peserta pilihan saya yang sangat-sanagt saya nantikan kemunculannya adalah.. JOZAN. Dan harap kumpulan Balas akan seperti minggu lepas tiada lagi lawak-lawak yang akan membuat orang terfikir 18sx.. .. tak baik tu .. budak-budak bawah umur semua tongok.. anak-anak saya pon tengok tu.... aper pon Cayok!! buat kan kami ketawa .. ~hahahaha~



Thursday 29 November 2012

Durian Crepe

Durian Crepe yg kawan saya hantar, sampai depan pintu rumah.. 1 dah hilang sebab saya yang rasmi dulu..

Salam, buat semua yang sudi terjah blog saya ni.. "Durian Crepe". Musim ni.. dulu musim "Apom Polkadot" Sekarang ni mana-mana saja dalam facebook ramai pembuat Durian Crepe ni sedang hangat mempromosikan Crepe masing-masing. Jadi saya pon teringin amatlah nak mencuba.(mengandung kut.. teringin) Ada yang warna-warni lagi.. tapi setelah saya tengok punya tengok lama-lama, nak oder tu belum ada hati lagi sebab jauh-jauh lokasi yang mempromosi crepe ni. Ada juga dari kenalan-kenalan facebook yang memperkenalkan saya dengan crepe yang kawan-kawan meraka buat, tapi masih belum yakin saya nak oder crepe tu.
Akhirnya adalah seorang sahabat saya ni... dia memang pandai banking kek. (dia rajin belajar.. dan punya minat). Dia pon sama seperti pembuat Crepe mempromosikan lah Durian Crepe yang dia buat kat facebook, tanpa buang masa, apa lagi ?  Saya pon ambil la peluang nak cuba rasa Durian Crepe ni.... ~hehe~

Dapat aje.. terus buka bekas tu ambil bau durian.. (sape tak lalu bau durian takpayah lah cuba yer) ~Huumm....~ ambil bau, sedap. Apalagi ambil 1 terus ngap sorok-sorok dari anak-anak dulu.. ~hahaha~

Jemput makan.. Sambil on9 hari sabtu lepas sambil menikmati lagi 1 Durian Crepe
Sedap.. Kata kawan saya, nak buat Durian Crepe ni kena pakai 5 jenis tepung, huh! boleh dengar jelaah.. nak buat tidak kut.. lebih rela saya buka durian tu lepas tu makan aje.. isinya. Kalau rasa teringin lagi saya oder saja lah dari sahabat saya tu. dan sememangnya saya oder lagi buat ke dua kalinya. 2 bekas kali ni.. (tak cukup dengan anak-anak) 1 bekas RM10 ada 5 biji Durian Crepe. Tapi memang puas hati, dengan rasanya, gemuks-gemuks pulak tu.. hum... ~layaaaan~

Sesiapa yang minat durian jangan lepaskan peluang cuba lah rasa Durian Crepe ni. Sedap.. dah cuba sekali mesti nak lagi.. Sekarang crepe-crepe ni ada pelbagai perisa, mudah dah nak dapat Durian Crepe ni kat kedai-kedai terpilih pon dah ada jual ni.. kalau tak silap harga pek kecil RM5. Mungkin berbeza saiz, cara paking sebab lain orang buat lain lah rupanya, tapi rasa tetap sama .. (kalo resepinya sama lah.. )

gambar ni saya ambil dari facebook sahabat saya tu, sebabnya sedap sangat sampai
terlupa nak snap gambar isi dalam.. huhu


Wednesday 28 November 2012

Jatuh cinta dgn MARY KAY

set antipenuan MARY KAY yang menambat hati saya
Mula-mula kenal dengan "Mary Kay" ni belum lagi lah jatuh cinta padanya.. sb duk survey-survey sana sini, mahal jugalah harganya (bagi saya lah) pertama kali tengok produk ni. 1st saya tgk kawan saya yang menggunakan set "Mary Kay" ini. Cuak juga mula-mula tu.. ~HAHAHA~ sebabnya.. saya cuma tengok nama aje.. tiba-tiba ada "KAY".http://puanbee.com/mary-kay-sebelum-dan-selepas/ <--- klik situ ya. Itulah pertama kalinya saya kenal Mary Kay ~ahaks!~ :)

Kali kedua saya jumpa Mary Kay lagi. Tapi kali ini "live.." dan berpeluang mencuba produk Mary Kay ni "PERCUMA" (sape tak nak kan..?) Ceritanya macam ni. Kawan lama saya ni.. (kawan dari kecik-kecik dulu) ajak saya ke Hi-Tea. Waah.. Hi-Tea "PERCUMA" lagi.. Dia ajak saya temankan dia sebab dia ada buka booth untuk memperkenalkan Homemade Chocolate nya.. (sangat-sangat comel,cantik, sedap dan berkualiti) Jadi saya pon tengok-tengok jadual saya jadi time tu saya free.. so, saya pon bersiap-siap lah nk ke Hi-Tea di Hotel Rizt Garden Ipoh. Saya bawa juga barang-barang Handmade Craft saya tumpang sikit meja booth tu. Kalau nak cerita panjang sangat pengalaman sepanjang perjalanan saya dan kawan saya mencari Hotel Rizt Garden Ipoh tu. Hampir-hampir blurr.. semacam sesat. (padahal guna GPS) Jalan Ipoh bukan tak tahu sangat, cuma nama hotel tu yang tak pernah dengar..

Panjang lebar pulak ceritanya ya.. berbalik pada Mary Kay.. :)

Sesampainya tempat yg dituju kami berdua makan dulu.. hahaha lapar tu.. rasa jauh perjalanan dari Taiping ke hotel yang dituju.. sebab GPS bawa kami menggunakan jalan jauh.. tapi bagus tak sesak. Lepas tu mulalah saya meronda-ronda booth yg mana ada kat sana.. kemudian ternampaklah oleh mata ni "Mary Kay". Ha.. teruja dah dengan Mary Kay ni.. teringat 1st time tengok Mary Kay ni kat blog kawan baik saya tu. dalam duk ayik belek-belek si kakak yang jaga booth tu offer saya untuk buat facial "PERCUMA" katanya... Tapi saya rasa agak keberatan sebab masa nak datang kesitu dari rumah lagi saya dah kenakan make-up nipis pada wajah, siap dengan blusher lagik` ahaks~ so, katanya saya boleh la cuba produk Mary Kay untuk bibir.. dia kata "spa bibir" dan untuk mata pula dia perkenalkan saya eyeliner, eyeshadow dan maskara.

saat diperkenalkan dengan spa bibir, masih segar dalam ingatan 
Dah jatuh cinta dah time tu.. sungguh tak tipu best sangat-sangat. Saya lupa pulak ape ke nama untuk produk spa bibir tu. (nanti saya tanya pada yang pakar,sebab saya belum pun memilikinya lagi). tapi yang boleh dikongsikan di sini, pengalaman mencuba spa bibir tu. Fungsinya untuk mencuci bibir dari lipstik yang kita pakai, kemudian ianya akan melembutkan bibir yang bermasalah seperti kering.. melembabkan... lepas tu cuba rasa bibir dengan lidah... fuhhh!... lembut giler... sedap, selesa... hilang yang merekah-merekah kekeringan tu.... juga boleh digunakan untuk mencuci make-up di mata. (sebelum ni guna minyak aje, cth: jonsonbaby oil)  tapi bila guna "Mary Kay" lebih mudah tanggal kesan-kesan make-up pada mata.

kawan saya juga tidak melepaskan peluang mencuba produk dari  Mary Kay

Selepas pada itu.. hati saya memang dah bertaut pada Mary Kay, tapi untuk memilikinya.. ~alamaks!~ termenung seketika bila saya tahu harganya.. (rasanya saya tak mampu lagi,) jadi saya pendamkan lah hasrat di hati ini diam-diam.. biar dia duk situ  :)  kawan saya ni sempat la dia beli 1 lipstik dan lipbalm sebab katanya memang kena pada masanya kedua-dua barang tu mamang dia nak beli (dah habis yang lama).. so lepas tu saya pon kembali pada saya yang asal denagn mencuba melupakan Mary Kay. Tapi tak lupa upload pic kat facebook sebab nak bagi tahu puanbee.com yang saya jumpa,cuba dan jatuh cinta pada Mary Kay. ~hanya boleh story mory jer lah time tuh..~

Tiga minggu selepas itu sekali lagi saya jumpa "Mary Kay" . waahh peluang facial "PERCUMA" lagi sekali.. tak akan saya tolak macam tu aje.. kan.. kali ni jumpa beramai-ramai.. dikumpulkan suri-suri rumah (macam saya) kali ini saya berpeluang mencuba facial barangan "Mary Kay" yang sesuai dengan kulit saya.. "JATUH CINTA" lagiiiiiiii... :) tapi saya ambil masa untuk fikir-fikirkan untuk ikuti peluang menjadi ahli atau memiliki produk "Mary Kay". Lama saya menyepi sekali lagi.. lebih lama dari yang dulu. Kemudian hati saya terbuka untuk mencuba bidang perniagaan tetapi secara part time. Asal saya tak terlepas tanggung jawab saya pada suami, anak-anak, rumah tangga dan mak saya.

Beberapa hari yang lepas saya jumpa Sherry kenalan saya yang mengenalkan saya pada "Mary Kay" senang bagi saya dan mudah sebab dia tinggal tak jauh dari saya, jadi saya boleh la ikut dia dalam mengenali lebih lanjut lagi tentang "Mary Kay". Tq Sherry. Tak lama je lagi... i'm comming Mary Kay...

Teruja lah juga.. nak pula sejak-sejak mengandung ni ketara betul perubahan hormon pada wajah saya ni nampak kusam, jerawat pada dagu, kulit tambah berminyak.. adoi.. tension bila tengok wajah ni kat cermin, nak pula kalo snap pic.. hadei.. lagi low confiden di buatnya... produk-produk kecantiakn wajah yang saya pakai sebelun ni pon dah tak berkesan pada wajah ni....

Sekali lagi   i'm comming... Mary Kay :)

Tuesday 27 November 2012

Anak-anak dah boleh tinggal botol susu..

Saat-saat yg paling dinanti-nantikan oleh diri sendiri. Memang saya tak sangka anak-anak dah boleh tinggalkan botol susu di musim cuti sekolah ni. Semestinya cabaran yang sangat susah mulanya untuk  berhentikan sepenuhnya punyusuan botol anak-anak ni.. Manakan tidaknya.. si abang dah 5 tahun.. buka sekolah awal Januari 2013 nanti dah masuk 6 tahun.. si adik pula 4tahun.. tahun depan 5 tahun. see.. see.. dah besarkan bagi budak yang meyusu botol?

hari ke-3 anak-anak bersarapan bersama 1 gelas susu masing. (yang mug besar kanan sekali tu ibunya lah yang punya)

Mulanya susah juga saya nak aturkan minum susu diaorang berdua ni. Tapi peluang terbaik masa cuti sekolah ni  diambil untuk bersarapan bersama-sama saya.. Biasanya saya sarapan di jalanan ( dalam kereta/kedai nasi lemak kawan saya) aje.. Anak-anak pula sarapan di tadika. Walaupun pembantu tadika ada sediakan menu sarapan untuk anak-anak tadika tetapi biasanya saya akan belikan juga budak berdua ni kuih-muih atau nasi lemak atau juga roti. (Atas permintaan .. bila dah selalu beli dah jadi terbiasa) Balik saja dari tadika, sesampainya depan pintu rumah.. mulalah minta susu. Tak nak makan nak susu dulu. Kalau cuti sabtu dan ahad anak-anak taknak pula sarapan terlebih dadulu, pagi-pagi susu botol juga yang diminta.

gambar 2009 saat-saat ini paling di rindukan....

Paling susah nak tinggal botol susu si abang.. bukan adiknya. Sebab! si abang ni suka hisap botol kosong. Susu dah habis botol kosong tetap di mulut. ( buruk kan? ~hehehe~) saya dan suami puas mencuba macam-macam taktik untuk dia. tapi tak menjadi.. Selasak-lasaknya abang tu tapi hisap botol kosong tu yang tak menahan tengok gelagat dia. Tapi saya cuba dan terus cuba untuk budak berdua ni tinggalkan botol susu. Tapi taklah saya hentikan susu pula.

Betullah kata orang berpengalaman... mahu mendidik anak-anak harus dengan kata-kata dan tunjuk ajar dari kita ibubapa dengan cara yang lembut lagi halus. Saya sentiasa ingatkan kedua-duanya yang meraka dah pun besar. dan tak perlukan botol susu lagi.. ( nak pula tak lama je lagi pun saya akan melahirkan seorang lagi zuriat) yang abang akan ada 2 oranglah adik-adiknya.. si adik pula bakal menjadi kakak bukan lagi adik.
Mulanya nak biarkan si abang dulu tinggalkan botol susunya. (sebab abang tua setahun dari adik) tapi bila difikirkan nanti tak akan menjadi hasil sebab bila abang tengok adik susu botal sah-sahla... nanti dia pun minta. Jadi, dua-dua saya traning minum susu dalam cawan. Nak traning mudah saja (mujur ada idea ~hahaha~ ) minum susu bersama-sama ibu. Tapi ibunya minum Anmum Materna lah.. untuk bayi dalam kandungan ini yang sudah pun 18minggu .. (^_~) nanti saya update tentang pengalaman hamil saya kali ini dengan sebelum-sebelumnya ya.

botol yang terkini yang dibeli


Bye.. Bye.. botol susu...
Walaupun botol tu baru di beli, (sebab dulu mmg ibu la yang selalu tukar-tukar botol susu anak-anak ni.)  tapi saya tak kisah sebab saya rasa senang hati melihat anak-anak dah tak menyusu botol lagi.. Dah besar anak-anak ibu ni...  Sebenarnya bila anak-anak menyusu botol, orang yang suka membeli bermacam-macam jenis botol adalah saya juga sebanya kan banyak corak-corak menarik di pasaran kan..  ~hehehe~ aptb


Monday 26 November 2012

Menu Isnin ~mood baru balik dari rumah Mak

Hari ni masak yang mudah-mudah aje.. sebab mood nak rehat-rehat..(padahal banyak kerja nak dibuat kat rumah ni). 3 malam bermalam dirumah mak cukup-cukup banyak dah rehat berbanding dirumah sendiri. Tapi apapun "mak" yang utama. Nak pula dgn keadaan mak sekarang, yang kena pantau selalu.. jadi bila ada peluang cuti mesti la balik tidur/bermalam kat rumah mak.

Melalut suda dari topik asal.. hehehe kan....?
Sebelum ni memamg tercari2 juga bayam merah, sebab khasiatnya.. sedah tentulah tiggi zat besi.. baik untuk tambah darah, nak pula saya kalau mengandung aje.. masti ada masalah kurang warna darah.. (bahasa doktor HB) hb saya selalu turun ke 10 atau 9. Sebab saya xberapa suka makan hati ayam/lembu atau kerang jadi saya pilih "bayam merah".

Tapi bayam merah ni tak berapa nak merah lah, sebab warna sup xberubah kemerah-merahan sangat seperti selalu.. Tapi apapun sedap... Anak-anak pon memang suka makan sup.. kalau sayur saya katakan pada meraka makan sayur untuk kesihatan, bila sihat boleh belajar dan boleh cepat pandai.. (terpaksa.. kalau tak taknaknya makan. Itu pon memilih sayur.
Ini saje lah menu simple hari ini.. Ikan goreng dengan sup bayam merah.. lupa nk snap pic sambal belacan.

Selamat menjamu selera dengan menu anda juga ya.. Saya dan anak-anak dah kenyang.. Alhamdulillah rezeki hari ini..  Malam nanti belom tahu menu apa.. (^_~)

Terima Kasih

Untuk hari ini 1st nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terkira oleh jari ni.. haaa.. betapa bayaknyalah.. ..  (^_~) untuk bff saya puanbee.com kerana dia minat saya untuk mula berblogging hadir semuala.. TQ TQ my fren.. Akan usahakan semula blog yg dah ditinggal lama ini.. Insyaallah.. Sebenarnya banyak perkara lagi yang harus belajar tentang blog ni.. Tapi Alhamdulillah tak lah rasa risau sebab adanya puanbee.com. Walau kami masing-masing jauh.. tapi perhubungan kami dari sekolah rendah tak akan memisahkan persahabatan kami.. yer tak Bee? Kan..  Kan.. hehehe.. Love u Bee 4ever..


Si Cantik Matahari & PuanBee
Gambar atas ni gambar lama jugak lah.. dah hampir setahun pun.. gambar baru tak pula kami berdua berkesempatan nak snap.. Sebab!!! bila jumpa banyak sembang aje.. hahhaha adat la kan.. bukan senang nak jumpa.. Daaa......

Saturday 28 July 2012

Tentang Puasa/Mensucikan diri

Mulakan hari baru, lembaran baru, untuk blog berwajah baru.. dibualan puasa (8 Ramadhan 1433) tiba-tiba rasa hati nak berblogging semula. Lama dah rasanya  meninggalkan blogspot ni.

Seminggu dah berlalu bulan puasa, tapi  dapat puasa pada hari pertama, enam dan ketujuh.. hum... ~heheh~ yg 2nd ramadhan tu puasa, tapi alamak!.. tak dapat nak elak, biasa la kaum hawa ni kan ada keistimewaan.. kata orang Allah sayang lebih..
Itu semua benar, Allah swt memberi kelonggaran pada kaum hawa dalam menunaikan tanggung jawab padaNya. Tinggal kita kaum hawa menggunakan kelebihan dan keistimewaan yang Allah beri dengan sebaik-baiknya.
 Lepas cuti jangan tangguh-tangguh untuk membersihkan diri untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umatNya bagi melaksanakan ibadah puasa dan solat jangan lupa..
di sini saya kongsikan cara-cara mandi wajib.. memang rasanya semua dah tahu.. tapi "terkadang kita leka dan tanpa sedar mandi wajib kita tidak sah.

p/s: google yer..





Cara-cara mandi wajib yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bahasa Arab


Sunat Ketika Mandi Wajib

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.