Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday, 12 December 2012

Asyura'

Majlis rewang ni dibuat kat rumah mak saya, pada hari isnin lepas 10 Desember 2012 bersamaan dengan 26 Muharram 1434. Ha, dah dekat penghujung Muharram. Tapi takpe kan.. janji majlis ni diadakan dengan meriah. Seronok bila dapat berkumpul dengan jiran-jiran bila bersama-sama mengacau bubur asyura. Sebenarnya dari awal Muharram lagi mak ada bersuara pada saya, tapi manalah saya mampu nak kacau bubur asyura' tu.. sebab nak masaknya bukannya sekejap.. lama..

Mak hanya boleh tengok saje la.. tapi ada juga la, mak cuba-cuba membantu menyediakan keperluan yang mana perlu, sebab majlis rewang ni di buat kat depan rumah mak. Tapi mak .. tak boleh turut serta duduk-duduk di bawah. Sebab keadaan mak yang tak mengizinkan dia .. Tapi tak pe.. janji ada nampak ceria di wajahnya.

Kacau bergilir-gilirlah, (saya pun sempat lah juga merasa kacau bubur ni sekejap je.. tapi tak de sape nak snap pic.. ~kikiki ) Perlu kacau bubur ni tanpa henti,  sebab lama nak tunggu bubur asyura ni betul-betul masak, lagi satu kalau tak kacau nanti hangit pulak yang bawah tu. Macam-macam bahan yang di campur dalam bubur ni, tapi bubur asyura yang dibuat ini, yang manis. Sebab apa saya bagi tahu di sini ada yang buat pedas, saya pernah rasa yang pedas, tapi saya tak suka yang pedas tu...pelbagai-bagai bahan yang di masukkan, lengkuas,serai, jintan yang lain-lain tak pasti.. ~hehe..
Walau apa pun saya tetap suka yang manis ni.. rasanya manis-manis lemak, dengan pelbagai jenis kacang.


Inilah rupanya bubur asyura' tapi belum betul-betul masak lagi ni.. kata maklangchik (jiran sebelah rumah mak) nak tahu dah masak bila nampak permukaan atas bubur ni dah berkilat, dan akan timbul di permukaan atasnya belon-belon didih yang besar kemudian akan mengeluarkan bunyi "Bluup! Bluup! Bluup!" haa.. gi tu..


Ini sebahagian dari bubur asyura' yang telah di bahagi-bahagikan, dapat banyak juga, 3 talam bulat dan beberapa bekas yang kecil-kecil tu. Tujuh nama yang berkongsi dalam majlis mengacau bubur asyura' ni. Alhamdulillah, dapat di bahagikan pada ketujuh-tujuh nama yang berkongsi juga bersama-sama mengacau bubur asyura'. Juga di sedekahkan pada jiran-jiran terdekat yang lain.

                           
Sampai licin kuali, eh! kuali ke belanga ya ? Yang besar macam ni ? ~hehe.. mulanya saya ingat hanya saya yang suka kikis sampai habis yang mana yang ada lagi lekat-lekat tu, rupanya ada juga makcik-makcik yang join saya.. anak-anak pula dari mula buat tak sabar-sabar nak rasa, dari belum pun siap betul-betul masak lagi dah minta nak rasa. Saya usah di tanya.. memang saya lah orang yang tolong rasa, dah cukup rasa ke semua ramuannya...

Majlis selesai setelah hampir azan magrib bekumandang,.. dalam perkiraan saya, lebih 4jam juga sesi kacau-mengacau bubur asyura ni. Memang bergilir-gilirlah orang yang mengacaunya, ada yang rehat sekejaap balik solat, tukar orang lain, kemuadian yang lain pulak.. yang bestnya masa masak air panas, tunggu air masak lambat, masing-masing balik rumah masak air,.. sebabnya masa mula-mula tepung nak sebati memang perlu tambah air panas, agar tepung tak beku jadi ketul-ketul.

Bukan selalu nak berkumpul-kempul merewang ni.. macam-macam cerita lah yang akan diceritakan.. ada cerita hangat di kawasan Taiping sekarang.. Tentang makluk ghaib.. hum... taknak cerita di sini.. sebab saya takut.. takut lemah semangat..

3 comments:

Bee said...

oh tk pernah lagi aku buat bubur assyura mcm ni ema .. bestnya kalau dpt turut serta .. wuu~

Mama4hero said...

Err,x penah lg rasa bubur assyura ni..sedap ke?kalo bubur lambuk pnah le mkn..he3

Bellezza Bunga Matahari said...

ha best.. bee.. lama dah jiran2 terdekat mak aku buat bubur ni.. dulu masa aku sek dulu.. mak pon masih sihat leh kesana sini.. mmg tiap2 awal tahun bulan Muharram je.. ha kumpul la jiran2 pakat2 menagcau la bubur asyura.. kolet duit sorang sikit tu beli bahan..

Sedap kak manis.. bubur ni guna tepung beras, so dia akan beku lepas 1jam mcm tu la.. tapi ema suka makn yg lembik tu.. ada feel.. yg sejuk beku xbest.. hehhe