Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 25 September 2013

Isteri Norshahrul Idlan Talaha MAT YO ??? Marah Pak Guard

Mat Yo?
Sape Mat Yo ni?
Memang saya tak kenal langsung dengan Mat Yo.

Bila dah kata tak kenal, mulalah saya google cari siapa sebenarnya Mat Yo ini.... Mat Yo atau nama sebenarnya Nor Shahrul Idlan Talaha, adalah seorang pemain bola sepak negara terkenal. Dan sekarang bukan nak cerita pasal Mat Yo.. atau kehebatan dia di padang bola, gol cantik kah?.. sepakan mengancam kah?... Ini cerita isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam yang bergaduh dan memaki hamun seorang pakcik guard kerana parking. Eh! kenapa ni?

Jom Tonton Vedio di sini :





Rumusan saya di sini.. tak salah pakcik ni la.. tak kenal siapa Mat Yo.. apatah lagi isterinya Siti Aisya Adam tu.. sebab saya sendiri pun baru kenal Mat Yo setelah isu ini tersebar meluas di internet...

Tapi memeng kecoh la... seperti ada adap si Siti Aisya ni, mulut lancang kemain.. berbalas kata-kata kesat pasa golongan rendah, warga emas pula tu... Semoga Allah menyedarkan kamu dik...   dan membuka pintu hati mu.. rezeki kamu sekarang semuanya dari Allah...

Tak pasti post ini di tuju kepasa siapa.. apa pun saya sokong Mhad Amin Ahmad. "tak baik kata macamtu, kalau tau dalam pihak yang betul pun"


Susulan Kejadian Pergaduhan Isteri Mat Yo dengan pakcik Guard ini

Berhati-hati Warga Taiping, Dengan Ahli Zhulian INI...



Kejadian ini memang benar-benar berlaku.. Tak tahulah nak kata semua ahli-ahli ZHULIAN macam dia ni.. si perdaya warga emas OKU pula... post ini dari facebook abang saya.

Dalam jam 2 petang semalam.. 24/9/2013 mak saya telefon saya, beritahu yang dia sendirian di rumah.. dan rasa seperti telah di pukau.. Saya tak cakap banyak.. hanya mendiam kan diri.. mendengar apa yang mak saya cuba di sampaikan...

Sebelum mak saya hubungi saya dia telah hubungi abang saya dulu.. Saya memang tahu sebelum kejadian ini.. kira-kira 2 minggu yang lepas.. ada mak saya beri tahu kawan lamanya datang kerumah membawa, seorang kawan "Ahli Zhulian" .. dan orang itu.. memperkenalkan dirinya yang bernama Marliah seorang ahli Zhulian dan telah meninggalkan dua jenis prduk Zhuliannya di rumah mak saya.  1. ZHULIAN HOMSWEET - pemanis pengganti gula.  2. Serbuk pencuci Ultra Pekat - XTRA WASH






Barang-barang atau produk  ini tak salah ya... yang bersalah si Ahli ZULIAN yang bernama JAMALIAH yang memandu ketera HONDA ACCORD  berwarna putih AHP 8292.

Semalam, si ahli Zhulian ini datang lagi kerumah mak saya bersama seorang rakannya.. yang lain.. dan apa yang mereka bincangkan tidak dapat di ketahui..  kata emak saya.. sungguh ramah mereka melayan emak yang bersendirian di rumah, siap ke dapur lagi membuat air.. dan memberi emak minum jus buah-buahan dari produk Zhulian juga, yang tak pasti produk apa.. kata emak rasanya masam-masam seperti jus Durian Belanda "Soursop". Sambil-sambil minum mereka memujuk emak saya menaggalkan rantai leher dan akhirnya mereka berjaya memujuk emak saya menaggalkan rantai leher yang di pakai emak, tujuannya untuk mengajak emak menjadi ahli, oleh kerana mak tidak mempunyai wang tunai..

Untuk pengetahuan.. mak saya seorang OKU.. kehilangan sebelah kaki kanannya akibat kemalangan.. kakinya terpaksa di potong separas paha, setelah luka memasukkan besi pada bahagian yang patah tidak sembuh, kerana emak saya mengidap Diabetis.

Emak saya
Apa yang nak saya kongsikan di sini.. silalah berhati-hati dengan wanita bernama MARLIAH ini, atau JAMALIAH info dari komen facebook  yang mengenali suspek ini mungkin melalui jenis kenderaan dan no pendaftaran. Kalau terjumpa.. jaganlah termakan pujukan dia.. cubalah alihkan pandangan atau elakkan dari dia...

Dan PERINGATAN juga buat sesiapa sahaja .. silalah berhati-hati dengan mereka-mereka yang datang  kerumah atau terjumpa di mana-mana.. mereka adalah tetamu tanpa di undang.. bukan hanya tumpuan pada ahli Zhulian.. tapi mereka-meraka yang berbisness MLM ini. Jangan termakan pujuk rayu meraka yang sentiasa memaksa itu.... tujuan mencapai target meraka.. so, meraka yang kaya.. kita yang kena tipu... berputih mata..

Monday 16 September 2013

Akhirnya Dia Buat Pilihan


Hari ni 16 sept 2013.. ngam-ngam usia dia 5bulan.. Pelajaran untuk ibu hari ni... dia mengajar ibu erti kesabaran...  Dann ibu selalu anggap ini semua ujian mendewasakan ibu lebih matang lagi dalam ilmu keibuan..

Lepas kemas-kemas gerobok ribbon kraft yang dah lama tak kemas, tak bersusun atur, nak pegi lah mandi.. sebab tengak baby Amanda ni baik je tengah main.. mengepak-ngepak tangan tu sambil menirap kat tikar evamatik princess dia tu...

Baru masuk bilik air... sambil mesin basuh sedang di putatarkan... 2 round gak la nak basuh ni... sedang syok badan di sirami air.. sambil syampoo masih di kepala... dengar suara baby Amanda ni menagis pulak... Hahaha.. dengan itu tak pasal-pasal abang yang di salahkan.. ~ngeee... Hampir selak suara dia,.. dengan syampoo masih lagi di kepala.. berkemban dengan seksinya dan bergitu ayu sekali, ibu keluar bilik air.. cepat-cepat ambil baby.. puas di dukung di pujuk-pujuk, dia diam.. tapi bila letak, dia sambung balik.. gaya macam mengantuk sesangatlah.

Sebab syampoo masih di kepala.. otak mula berjalan memikirkan cepat nak sambung mandi, dan cepat baby boleh tidur lena, tenang dannn aman lagi....

So... see.. dia dah buat pilihan dia sendiri... port playpan dia selalu tidur di bawah tangga... dann sekarang buai dia pun ibu gantung bawah tangga juga.. Hai la tangga .... hehehehe...

Sunday 8 September 2013

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Nah tu diaaa.. Kucai. Menu untuk ibu menyusu macam saya. 

Sebenarnya bukanlah dengan hanya mengambil makanan dan minuman yang di katakan dapat menambah susu badan saja yang  untuk ibu menyusu. Kadang-kadang tu sampai tak ada satu hidangan lengkap dalam diet seharian yang perlu untuk ibu menyusu. Itu yang silapnya tu. 

Saya pun tak lah pandai sangat bab-bab ibu breastfeeding ni. Inilah kali pertama saya menyusukan anak secara penuh dengan susu ibu 3 bulan pertama. Alhamdulillah, bekalan susu masih ada untuk dia. Walau sekarang saya dah topup susu fomula 1 atau 2 kali sehari dalam jadual penyusun dia. Bayi saya kini 4bulan setengah.

Kenapa saya topup susu fomula.
Alasan saya, bayi saya kuat menyusu, dalam tempoh berpantang saya gembira sangat, sebab susu banyak, dan bersyukur pada Allah rezeki anak saya kali ini. Tapi paling mencabar masa dalam bulan puasa lepas. Dan dari situ saya ajar bayi saya susu botol.. Mula-mula susah juga sebab dia tak biasa. Di akhir ramadan baru dia biasa dengan botol. Itu pun selalunya tak habis 4oz. Bagi saya, seorang suri rumah serba jawatan ni, menjaga anak kecil amat mencabar. Memang saya suri rumah sepenuh masa, tapi saya tidak berada di rumah 24jam. Kadang-kadang tengah memandu baby menagis nak susu,.. atau di tempat awam baby meragam nak susu juga.. semua saya dah lalui dalam 3 bulan pertama fully breastfeeding. Rasanya dengan botol lebih, mudah, dan cepat. 


Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu :
  • Ikan Salmon - Sarat dengan lemak yang di panggil DHA, omega-3
  • Semua produk susu rendah lemak - yoghurt, susu , keju.. sumber kalsium.
  • Daging Lembu Tanpa Lemah - Kaya dengan zat besi,dan protien meningkatkan tenaga.
  • Kekecang - tertama yang berwarna gelap, kacang merah, kacang hijau.. tinggi prtien dan zat besi juga.
  • Buah Berry - sumber vitamin, mineral juga karbohidrat
  • Beras Perang -mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan fostat, kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih. 
  • Telur - Sumber vitamin D dan protien.
  • Sayur-sayuran hijau - Kucai, sawi, bayam, brokoli ... 
  • Gandum - roti atau sediakan bubur gandum.
  • Air - Minum air masak .. sumber air adalah penting untuk banyakkan susu.
Saya menulis berdasarkan research. untuk diri sendiri dan di kongsi bersama.. Sirius,.. saya tak pernah makan ikan salmon. Kata kawan saya sedap.. tak dapat saya nak ceritakan rasanya.... 






Wednesday 4 September 2013

Roti Jala : Menjala Di Dapur Saja

Minggu lepas punya roti jala.. baru nak entri...

Al-kisahnya ada lebihan kari ayam semalam dan kuahnya, tengah hari tak masak sebab sebelah paginya, saya bawa anak-anak ke pertandingan mewarna anjuran KEMAS dan Dakna Travel&Tour Sdn Bhd. (Pakej Umrah & Ziarah) di sana lengkap sarapan pagi dan jamuan makan tengahari. Sebab itulah petangnya dah lapar, tapi tak nak tanak nasi. Teringat roti jala.. risik-risik dengan kawan, mood malas nak google. Rupanya resepinya semudah ABC saja. Tak ada acuan pun boleh buat roti jala di rumah. Mudah.. Terrrrrrsangatnya mudah lah. Jom cuba, sedap...




Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu minyak masak / mentega cair
100ml susu segar ( kalau tak ada, tak letak pun tak apa ) tujuan bagi lebih gebu dan berkrim
Sedikit air ( jika adunan nampak pekat baru di tambah air) 
secubit garam
secubit kunyit atau sedikit pewarna kuning.

Cara-cara membancuh adunan:

Cara mudah blender aje kalau tak ada mixer. Telur dan minyak blend dahulu sampai kembang. Masukkan susu, atau yang tak guna susu masukkan air.. sedikit demi sedikit dulu.. Kemudian masukkan tepung, garam dan kunyit. Kalau rasa bancuhan pekat barulah tambahkan sedikit air.

Petua:

Kalau nak tahu adunan dah boleh di jala atau belum, tuangkan  adunan kedalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus tu bermakna adunan tu dah sedia untuk di jala.

Acuan:

Bagi yang tak ada acuan, boleh gunakan cara ini. Mudah sahaja... tak perlu keluarkan modal yang banyak pun. Ambil botol mineral saiz kecil , yang kosong, bersihkan. Panaskan hujung paku. ( Guna pemetik api sahaja ) Hujung paku yang panas itu di benamkan pada penutup botol mineral. Dah siap. Adunan tu tadi bolehlah di tuangkan kedalam botol mineral tu. Kemaskan penutupnya yang dah di lubangkan. 

Cara-cara menjala:

Panaskan non-stick pan atau kuali leper.. atau yang sekarang ni.. semua suri rumah suka guna.. "Pemanggang Ajaib". Kalau tak ada, boleh dapatkan dari saya Klik saja page saya di sebelah atau KLIK SINI. Kiraikan bancuhan tadi di atas kuali dengan cara sendiri. Bila dah agak garing terbalikkan sekejap.. kemudian boleh lipat atau gulungkan.

letak gambar yang cantik aje.. eh! cantik ker?

Hum... hujannn di petang hari... teringat roti jala minggu lepas.. sedap nom nom ni.. ada tak yang teringin juga?