Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Tuesday 25 June 2013

Musim: Jerebu Melanda Semenanjung Malaysia

Dulu masa PRU13 berlansung semua orang tak melepaskan peluang uplod gambar jari masing-masing yang berdakwat biru. Menandakan yang mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Facebook, twitter, instagram, Blog, semualah.. Tapi di sini bukan nak cerita tetang PRU13 lagi.

Nak kongsi cerita "jerebu" yang sedang melanda Malaysia kini.. rata-rata pengguna facebook, twitter, instagram sibuk memuat naik gambar-gambar berkenaan jerebu di tempat masing-masing. Termasuklah saya. Keadaan jerebu sudah melanda Perak. Beberapa buah sekolah di Perak juga telah di tutup kerana bacaan IPU melebihi paras tidak sihat.

Berdasarkan berita dari Sinar Harian 25/6/2013 hari ini. Sehingga jam 5 petang semalam, Tanjung Malim mencatatkan IPU 152 sementara Seri Manjung merekodkan bacaan tertinggi di Perak iaitu 171. Selain dua kawan itu, tiga lagi lokasi turut di senaraikan mengalami gangguan jerebu iaitu di Jalan Tasek dan SK Pegoh (Ipoh) serta Kampung Air Putih (Taiping).


Berita Lanjut DI SINI

Ini laporan semalam.. Tapi pagi ini Bukit Larut Taiping pun dah di telan jerebu. Petang semalam nampak kelam-kelam juga Bukit Larut tu... Saya sempat ambil beberapa keping gambar pagi tadi keadaan Jerebu di kawasan saya kamunting,Taiping. 



Ini gambar pagi tadi.. agak-agak berapalah bacaan IPU nya ya??  Tapi keadaan sekarang di Kamunting dah mula mendung. Angin pun kuat juga ni, guruh di langit pun dah mula berbunyi sayup-sanyup. Nampaknya hujan nak turun ni... Info dari kawan di Klang, dah turun hujan dengan lebat. Kawan saya di Damansara juga dah update statusnya dah hujan juga di sana.. Alhamdulillah... Hujan rahmat. Saya dah 2 hari pedih hidung, selsema, sakit tekak, rasa panas, dah minum bayak air masak, mandi lebih 5x sehari tapi masih terasa bahang haba. Malam ni bolehlah tidur dengan selesa.. 

Friday 21 June 2013

Mee Kari : Si Cantik Matahari


Suami dan anak-anak saya tak cerewet tentang menu makanan di rumah. Apa yang terlintas di fikiran saya, saya masak dan hidangkan.. Tak kita menu apa pun di tengah hari.. Petang atau malam. Asalkan menu yang mengenyangkan perut. Tak kisah walau bukan menu nasi. 

Resepinya mudah je.. main campak-campak je dalam periuk tu.. Sungguh. Asal semua bahan yang patut dan sewaktu dengan mee kari tu ada.

Cadangan Hidangan 4 ke 5 orang

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai saiz sederhana   } semua bahan-2 ini dikisar sekali
2cm halia
sedikit udang kering 

1 paket sebuk kari daging ( pack kecil tu, boleh guna pelbagai jenama.. tapi saya pilih BABAS)
sedikit air assam jawa
sedikit santan tak perlu bayak
1kg kerang  (di rebus dan diambil isinya)
3 keping fish cake
20 biji fish ball (lebih kurang laa..)
Air secukupnya
Garam dan penambah perisa secukup rasa.

Mee Kuning 500g.


Untuk hidandangan: (jika suka)
sawi dicelur
tauge di celur
daun sup dan daun bawang 
bawang goreng
telur rebus
limau kasturi

Cara Memasak:

1.Tumis bahan yang telah dikisar hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh bersama sedikit air, kacau hingga naik minyak.
3. Tambahkan air kacau sebati masukan kerang yang telah di rebus dan di buang kulitnya.
4. Masukan sedikit santan, dan tambahkan garam dan perisa.
5. Masukan sedikit air assam jawa.
6. Akhir sekali bila kuah dah mendidih rasa pun dah okey.. masukkan fishcake dan fishball yan telah di potong ikut selera masing-masing. 

 Kuah dah siap, Mee pun dah di celur... apa lagi hidangkan untuk santapan ler... Jom Makan.. 



Wednesday 19 June 2013

Puasa Ganti Masih Berbaki. Baby Breastfeed dan Tips Penyusuan Di Bulan Ramadhan

Hari ni 10 Syaaban 1434H, 20 hari lagi menjelang bulan Ramadhan.
Yang mana puasa gantinya belum habis di ganti baik lah cuba ganti cepat-cepat, masa dah semakin suntuk. Peringatan untuk diri sendiri juga ni,  puasa tahun lepas tinggalnya 8hari. Dan masih berbaki 6hari. Percubaan pertama puasa ganti pada  minggu lepas.

Mulanya tak teringat langsung tentang baby Amanda sebab dia fully breastfeed. Siangnya saya susukan dia seperti biasa, susu tetap ada.. tapi jumlahnya macam berkurangan. Sebabnya, biasanya sebelum baby menyusu mesti breast saya menegang dengan muatan penuh. Kalau baby masih lena saya akan perah susu untuk simpanan dalam 4oz sahaja. Tapi sepanjang hari pertama puasa saya tak alami ketegangan breast, tapi syukur Alhamdulillah susu saya mencukupi keperluan baby Amanda di siang hari. Selesai 1hari puasa ganti saya tidak teruskan puasa ganti esoknya, sebab saya cuba kumpul tenaga dan semangat untuk persediaan puasa berselang-selang. Sebegai persediaan.


Mak saya pun ada menegur juga, berpuasa dalam keadaan bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Pesan mak, "kalau tak larat atau bayi meragam tak puas menyusu, jangan dipaksa badan tu". Sebabnya baby masih kecil baru 2 bulan, dan untuk menghasilkan air susu yang banyak, ibu perlu minum lebih air masak.

Tapi percubaan 2 hari berpuasa berselang-selang tak ada masalah. Alhamdulillah. Jadi cadangnya nak berpuasa lagi esok. Harap-harap kuat walau keadaan cuaca panas. Dengan rutin harian menghantar anak-anak ke tabika sebelah pagi, jam 12 tengah hari jemput pulang. Jam 3.30pm hantar abang ke latihan silat untuk petingkat daedah antara tabika. Jam 5.30 jemput pulang pula.. Cuaca kat luar memang panas terik la time-time tu. Pakaian yang di jemur pun kering betul sampai keras kalau di biar lama. kannnnn

Mari Mencuba Tip Untuk Penyusuan Susu Ibu Di Bulan Ramadhan

1. Penting mengambil makanan yang cukup & seimbang sama ada pada waktu sahur ataupun berbuka.

2. Banyakkan minum soya & susu (Anmum Lacta terbaik untuk tambahkan susu. Saya dah cuba dan amalkan)

3. Bersahur pada lewat waktu

4. Lebih kerap mengepam & menyusukan bayi

5. Sediakan stock lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa

6. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur

7. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan juga)

8. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa.

9. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba

10. Sepanjang malam selepas berbuka, susukan bayi sebanyak mungkin keran ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari

11. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa

12. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan  lagi produksi susu anda

13. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dalam hati untuk kekalkan penghasilan susu

14. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (nasi & oat)

15.  Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda

16. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan

17. Yang paling penting niat untuk menyusui anak kerana Allah taala

18. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa

Dengan Tips-tips panjang lebar ini harap dapat di kongsikan dan juga di amalkan bersama pada ibu-ibu yang menyusu. Saya tak nafikan yang saya juga pernah berputus asa untuk teruskan penyusuan penuh susu badan pada baby Amanda. Bukan masaalah kekurangan susu seperti anak pertama dan kedua, di mana dalam tempoh berpantang pun saya dah mula campur susu fomular dan saya terus berhentikan penyusuan susu badan selepas habis berpantang. Inilah kali pertama saya cuba berikan baby susu badan dari awal kelahiran dia, kemudian teruskan lagi sepanjang tempoh berpantang sampai sekarang.. Insyaallah kalau boleh sampai 1 ke 2 tahun ke... (^_~). 



WORDLESS WEDNESDAY: Ayam Goreng in Progress


Sunday 16 June 2013

Selamat Hari Bapa Ayah

Selamat Hari Bapa Ayah...
Hari ini anak ayah teringatkan ayah... bila ingatkan ayah, anak ayah rasa anak ayah ni masih kecil.. masih anak-anak... sentiasa perlu dipinpin tangan kecil ini oleh ayah, sentiasa mahu di manja-manja oleh ayah, sentiasa rasa selesa dan selamat bila bersama ayah.   ~Terima Kasih Ayah~   Tapi.... kini anak ayah dah besar.

Selamat Hari Bapa Ayah...
Terkenang masa lalu ketika bersama ayah, dari hari pertama anak ayah ni bersekolah, ayahlah yang akan menghantar dan menjemput pulang anak ayah ni dari sekolah, dengan motor Honda C70 milik ayah.  ~Terima Kasih Ayah~   Ketika anak ayah ni masih anak-anak kecil, masih baru untuk mengenal dunia,  mengenal erti kehidupan, dan ketika itu jugalah ayah telah pergi menghadap Ilahi.. Maha Pencipta. Ayah.. anak ayah ini rindukan ayah.

Selamat Hari Bapa Ayah...
Anak ayah mula merasakan bergitu pantas masa berlalu... meninggalkan kenangan ayah dan anak ayah ini... walau hanya 10 tahun ayah bersama anak ke-3 ayah ini.. Ayah tetap hero bagi anak ayah ini.. Lelaki pertama yang anak ayah kenal... Lelaki pertama yang anak ayah cinta dan sayang... Ayah yang telah melindungi, menyayangi dan memberi apa saja yang anak ayah ini mahu. ~Terima Kasih ~

Selamat Hari Bapa Ayah...
Hari ini anak ayah teringatkan ayah lagi... tapi kini anak ayah sudah pun dewasa... baru anak ayah tahu erti kehidupan berkeluarga, menjaga dan mendidik anak-anak bukan perkara mudah. Anak ayah ini bangga menjadi anak ayah, kerana walau kehidupan ayah dulu serba sederhana tetapi ayah tetap tunaikan apa saja permintaan anak ayah ini. ~ Terima Kasih Ayah~

Rasa menyesal mula menebal dalam hati ini, kerana terlalu obses dengan watak-watak hantu dalam novel-novel seram yang anak ayah baca, sehingga membuatkan anak ayah takut.. takut untuk berada di sisi ayah ketika jasad ayah telah kaku. Maafkan anak ayah ini ayah.. mungkin tika itu anak ayah baru 10 tahun. Tapi ayah, anak ayah ini sentiasa mendoakan ayah di alam sana bersama Allah swt. Semoga Allah menempatkan ayah bersama orang-orang yang beriman... Kerana ayah adalah bapa yang terbaik yang anak ayah ada..
Al-Fatihah buat arwah ayah : Abd Ghani bin Dahan

Wednesday 12 June 2013

Baby Tidurnya Tak Betul-Betul Lena..

Sejak 2 3 menjak ni baby tidurnya tak berapa lena di siang hari. Susu dah bagi, perut dah di usap minyak telon, kaki, tangan dan belakang badan dah di urut-urat dgn minyak jonsons baby bedtime. Tapi tidurnya sering terjaga... baru je lelap tak sempat 5min dah jaga.. bila 2 3 kali macam tu.. dia akan mengamok la.. trus nangis, kaki kemain lagi tendang.

Mungkinkah  tak cukup susu dan perut tak kenyang?

Pertama kali ni saya bagi susu badan sepenuhnya pada Raisya. Mula la otak ni berfikir-fikir. Perlukah bagi dia susu fomula macam abang dan kakaknya dulu? Fikir punya fikir.. saya singgah kedai juga beli la Anmum 0-6bulan pack 200g. Bagi dia cuba. Habis 2oz yang saya bancuh. Lena lah sekejap. Sempat la saya masak di dapur, tak sempat nak makan dia dah bangun.. dah merengek-merengek manja dalam babycot dia. Bila saya gendong bagi susu badan pula... lagi dia isap, macam selalu... dah puas dia semacam nak lena... bila letak semula dalam babycot tu.. lenanya sekejap juga.. puas dodoi bagai.. lenanya tetap sekejap je. yang lebih merengek manja.. Kadang-kadang saya biarkan juga dia merengek gitu.. tapi kalau tak di layan terus menagis kuat. Bila angkat, gendong dia.. senyap je.... bulat je mata. Geram juga kadang-kadang tu.  Kedapur pun saya dukung dia. Anak kan.. siapa tak sayang.. nak pula dia yang bungsu. Lagi dia meragam lagi susah hati ni.



Tengoklah perangai dia menagis manja-manja.

"Alahai sayang.. lenguh dah lengan ibu ni jadi bantal kamu". Nak di peluk aje.. bila letak dia sedar. susah hati pulak bila dia macam ni, sb tak tahu punca. Biasanya bayi akan tidur 1 ke dua jam selepas menyusu kan? Malam pun susah nak lena juga.. Tapi bila dah tutup lampu semua Alhamdulillah lena, sekali je dia sedar nak menyusu dalam jam 3pagi atau 4pagi.

Sekarang pon tengah beriba dia.. ( sayang Amanda Raisya ibu ni..)


Tuesday 11 June 2013

Dapat Free Gift Diaper Untuk Baby Amanda Raisya

Semalam dapat free gift. Mula-mula ada mat despacth Abx Express datang bagi salam kat depan rumah, terfikir-fikir juga.. tak ada beli barang-barang online pun.  Lepas mat despacth berlalu abang posmen pula sampai... ada lagi sesuatu dalam sampul tu...
|
|
v
Yang ni yang mat despacth Abx Express hantar tadi.. Alhamdulillah dapat diaper Pet Pet Saiz S 12pcs. Thank You Pet Pet Team. 

Yang ni pula abang posmen hantar , sample pack Huggies Dry. Yang ni ada peluang untuk menang bekalan diaper selama 3 bulan. Apa lagi terus je la daftar sebagai ahli club je semalam. 

Bila buka bungkusan tu pula, jumpa baucher  tunai  RM5 ni.. Syukur Alhamdulillah. Valid on 31 August 2013. Hari Ahad baru je shoping di Tesco, beli bekalan diaper baby. Semalam dapat pula free gift diaper dan baucher ni pula. Tunggu stok habis nanti boleh la beli Huggies Dry BARU ni.
Terima Kasih Huggies.

Kepada yang nk juga Sample Huggies Dry baru ni bleh la daftar di facebook DI SINI

Thursday 6 June 2013

Tengah Buat Ape Je Tu?

Izz : baju purple red kolar kuning tu..

Berlatih silat....
Berlatihnya setiap hari sepanjang cuti sekolah ni. Dari jam 9.30am hingga jam 11.30am. Pertandingannya nanti 1 hari je dan...... tak sampai 15mint. Kannnnn.... (biasanya macam tu lah) Haruslah

Okey, bagi semangat sikit pada anak bujang saya yang sorang tu.. "Go Abang Go " "Go Abang Go" (^_~)

Tuesday 4 June 2013

Mum's Pure Love Top 10 Winner - Week 4


Terpampang gambar baby Amanda yang saya guna sebagai gambar profil facebook di halaman Comfort Zone Malaysia. Tersenyum tersengih la juga, sekejap. "Weekly Champions". Week - 4. hai .... rezeki lagi kamu yer baby Amanda Raisya ibu....


Pihak Comfort Malaysia Team dah pun hantarkan email kepada saya, dan semalam juga saya balas email untuk penghantaran hadiahnya. Cepat je reply nyer yer... Hadiahnya untuk mak dan baby. Jom tengok hadiah yang saya menang dan hadiah-hadiah lain yang bakal di menangi sekiranya ada rezeki lagi.....


Untung sabut timbul hahahha.. kalau ada rezeki lagi dan memang rezeki baby Amanda, dapat lah hadiah lagi..  Sakannnn mak lebih over kannnn... hadiah "Weekly Champion Week - 4" ni pun belum sampai lagi..

Kepada Mommy's di luar yang nak join contes ni masih berpeluang lagi, contes berakhir pada 9 Jun 2013. Klik sini http://bit.ly/MumsPureLove dan ikuti langkah-langkah seterusnya. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Jangan lupa invite rakan-rakan lain. Kerana setiap 10 penyertaan akan membuahkan senyuman kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Setiap 10 penyertaan Comfort Malaysia akan mendermakan RM10 kepada pertubuhan kanak-kanak yang terpilih.

Done! 44hari Berpantang

Selesai sudah 44hari pada 30 April 2013 yang lalu....  Akhirnya, YES!! huhu.. tapi entah la, apa yang nak seronok sangat. Berpantang pun kelaut. Semua ubat herba bersalin yang mulanya saya nak makan selepas 7hari melahirkan baby Amanda Raisya terpaksa saya tinggalkan. Sebab kuning dia tak turun.

Jadi memang saya tinggal terus. Bedak panas atau param yang patut di pakai di badan adalah 3 ke 4 kali saya pakai. selebihnya terlupa nak pakai dan bila musim panas memang tak la..  Stokin saya tak tinggal dari mula bersalin sampai la hari ke 30 ++ gitu la, tak berapa nak ingat dah, sebabnya bila musim panas saya tanggalkan. Mula dari situ bila dah tanggalkan pakainya pun sulam-sulam. Bengkung pun sama, walhal memang nak sangat perut kembali kempis. tapi nak buat macam mana, bila musim panas memang semuanya saya tak pakai lah. Bengkung saya mula pakai kalau tak silap hari yang ke 15. Dari situ saya mula pakai bengkung tapi sulam-sulam juga kekadang bengkung, kekadang slimmingsuit.

Tapi rasanya masih boleh teruskan pemakaian bengkung ni kan.... (^_~)

Dalam berpantang hari yang ke 18 saya dah mula drive kereta, balik kerumah mak. Bukan suami tak nak hantar, tapi saya yang sendiri yang nak balik sendiri. Sebab nak mengundi punya hal la ni. Hari PRU13 yang lepas 5 May 2013 baby baru 20hari. Jadi saya juga 20hari la berpantang. Sejak dari situ setiap hari dari Isnin-Jumaat saya hantar anak-anak ke tabika, sama seperti rutin harian biasa.. Ramai juga yang menegur, saya langgar pantang, tapi nak buat macam mana... kannn.. Bukan nak bangga saya kuat atau apa, tapi kalau saya tak buat sape lagi ? Dulu masa anak 1st 2nd boleh la santai-santai berpantang, tapi bila anak dah tiga(3) dan bersekolah (walau tabika), kena uruskan la semuanya sendiri, dan suami juga membantu walau dia sibuk mencari rezeki buat kami sekeluarga, Tapi saya tak nak manja-manjakan diri sangat jadi saya mesti berdikari.

Ape pun bila pantang dah selesai 44hari di lalui, walau pun senget-senget kelaut. Hahahahaaaa tapi saya hepi bila tengok baby sihat, semakin membesar dan juga mula boleh baca peel dia. Dah pandai senyum, menagis merajuk bila lambat bagi susu.. paling suka saat pantang 44hari tamat tak ada lagi orang yang nak tanya, "Tak pakai stokin ker?" (^_~)

Jom... Jalan-jalan.. sakan mak dah beranak tiga ni kannnn....