Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Tuesday 4 June 2013

Done! 44hari Berpantang

Selesai sudah 44hari pada 30 April 2013 yang lalu....  Akhirnya, YES!! huhu.. tapi entah la, apa yang nak seronok sangat. Berpantang pun kelaut. Semua ubat herba bersalin yang mulanya saya nak makan selepas 7hari melahirkan baby Amanda Raisya terpaksa saya tinggalkan. Sebab kuning dia tak turun.

Jadi memang saya tinggal terus. Bedak panas atau param yang patut di pakai di badan adalah 3 ke 4 kali saya pakai. selebihnya terlupa nak pakai dan bila musim panas memang tak la..  Stokin saya tak tinggal dari mula bersalin sampai la hari ke 30 ++ gitu la, tak berapa nak ingat dah, sebabnya bila musim panas saya tanggalkan. Mula dari situ bila dah tanggalkan pakainya pun sulam-sulam. Bengkung pun sama, walhal memang nak sangat perut kembali kempis. tapi nak buat macam mana, bila musim panas memang semuanya saya tak pakai lah. Bengkung saya mula pakai kalau tak silap hari yang ke 15. Dari situ saya mula pakai bengkung tapi sulam-sulam juga kekadang bengkung, kekadang slimmingsuit.

Tapi rasanya masih boleh teruskan pemakaian bengkung ni kan.... (^_~)

Dalam berpantang hari yang ke 18 saya dah mula drive kereta, balik kerumah mak. Bukan suami tak nak hantar, tapi saya yang sendiri yang nak balik sendiri. Sebab nak mengundi punya hal la ni. Hari PRU13 yang lepas 5 May 2013 baby baru 20hari. Jadi saya juga 20hari la berpantang. Sejak dari situ setiap hari dari Isnin-Jumaat saya hantar anak-anak ke tabika, sama seperti rutin harian biasa.. Ramai juga yang menegur, saya langgar pantang, tapi nak buat macam mana... kannn.. Bukan nak bangga saya kuat atau apa, tapi kalau saya tak buat sape lagi ? Dulu masa anak 1st 2nd boleh la santai-santai berpantang, tapi bila anak dah tiga(3) dan bersekolah (walau tabika), kena uruskan la semuanya sendiri, dan suami juga membantu walau dia sibuk mencari rezeki buat kami sekeluarga, Tapi saya tak nak manja-manjakan diri sangat jadi saya mesti berdikari.

Ape pun bila pantang dah selesai 44hari di lalui, walau pun senget-senget kelaut. Hahahahaaaa tapi saya hepi bila tengok baby sihat, semakin membesar dan juga mula boleh baca peel dia. Dah pandai senyum, menagis merajuk bila lambat bagi susu.. paling suka saat pantang 44hari tamat tak ada lagi orang yang nak tanya, "Tak pakai stokin ker?" (^_~)

Jom... Jalan-jalan.. sakan mak dah beranak tiga ni kannnn.... 



3 comments:

Bee said...

ni gambar lepas habis pantang ke ? eheemmmm panas skrg ni tak tau la blh tk aku pakai stokin mcm hang

Bellezza Bunga Matahari said...

ha ah.. pic baru pakai baju baru wahahahha kalo ayu pasan dia tau la ni baju bari kikiki :)

Mama4hero said...

wah..dah merdeka la ni kan..