Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 27 February 2013

Amnum Club : Terima Kasih

Yey.... dapat juga akhirnya. Sedang leka di depan lettop tiba-tiba ada yang picit hon. Ingatkan barang yang saya beli on9 di facebook dah sampai atau hadiah dari Method. Rupanya lain, tapi memang mula-mula blurrr juga. Sebab bila pegang bungkusan, lembut aje.. nak kata baju .. semalam dah sampai yang saya beli dari kawan lama semasa sekolah dulu di facebook.


Bila dah buka baru tahu... hadiah penebusan dari contes Anmum Club. sesiapa yang pernah baca mesti ingat entri saya tentang ini. Klik Sini

Nampaknya ada juga rezeki bayi saya yang bakal lahir tak lama je lagi.





 Inilah rupanya selimut bantal yang comel 2 in1. Memang comel sangat dan lembut. Terima Kasih Anmum Club.

Tampil Cantik dan Sihat dengan Bird Nest Plus

Satu lagi produk keluaran PERSADA, dari Nova Babylon Sdn Bhd yang saya amalkan ketika mengandung. Bird Nest Plus. Sarang burung, rasanya tawar, tapi pekat macam jelly. Keperluan untuk saya 1 sudu setiap hari. Biasa saya ambil sebelah malam. Sebab malam masa untuk rehatkan badan.

Kandungan:


  • Sarang Burung Walit
  • Serbuk Mutiara
  • Kolagen
  • Stevia
  • Madu
Mulanya saya pandang sipi-sipi saja Bird Nest Plus ni, sabab saya tak tahu lagi khasiatnya. Setelah meneliti isi kandungannya dan juga kasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan kulit , luar dan dalaman, jadi saya mencubanya.. Alhamdulillah ini sudah botol yang kedua sepanjang kehamilan saya.

Ya. Bird Nest Plus ini memang sesuai untuk wanita hamil seperti saya.

Bird Nest Plus :

Fungsinya; Mencantikan kulit daripada segala masaalah yang berkaitan kulit, seperti jerawat dan jeragat di wajah. Pengambilan untuk ibu mengandung dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggul dan rasa sengal di pinggang, dan pengambilan berterusan sehingga selepas bersalin dapat mempercepatkan penyembuhan selepas melahirkan bayi, juga dapat membentukan semula tubuh badan yang ideal serta memperbaiki tisu yang rosak ketika bersalin.

Untuk warga emas pula, pengambilan Bird Nest Plus ini secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit yang dihadapinya. Ia juga dapat memperbaiki sistem penafasan dan sangat baik bagi mereka yang ada asma dan batuk.

Testimoni ;

Atau untuk keretangan lebih lanjut lagi tentang Bird Nest Plus boleh KLIK SINI.

Secara kesimpulannya saya sangat berpuas hati dengan "Bird Nest Plus" ini. TerBaeeeeeeek . Ada rakan yang sudah mula menegur saya atas perubahan pada wajah saya yang dulunya berjerawat, tetapi sekarang sudah licin dan anjal. Kalau nak tahu masaalah jerawat wajah saya dari saya remaja lagi, hilang yang lama timbul pula yang baru, sebab kulit saya jenis berminyak, jadi mudah di tumbuhi jerawat-jerawat halus dan pernah juga timbul jerawat batu. Jerawat dalam kulit yang paling sakit. Sewaktu awal kehamilan pun bayak juga jerawat yang timbul di dagu, dan kulit wajah nampak sembab dan kusam. Tapi sekarang saya tak risau lagi. Kulit memang tengang dan anjal.

Harga Sebotol  375ml :  RM 78 West Malaysia
                                     RM 88 Sabah/Sarawak

Jika mahu keterangan lebih lanjut atau berminat dengan produk ini bolehlah temui saya di facebook page like saya ada di sebelah post ini.. 



Monday 25 February 2013

Taiping Bandar Hujan

" Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit LarutGunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandarnya merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. "

Hari ni dari mula keluar rumah jam 3.15pm, dalam perjalanan hantar abang ke kelas tuisyen.. sampai la sejam selepas tu, (sempat saya masuk Pasaraya Giant) hujan tak henti dan tak juga reda. Sampai le dah di rumah ni. 

Dalam perjalanan ke Kamunting
Lebih lebat lagi.. selepas abang dah masuk ke kelas tuisyen. On the way ke Giant pula.

Dari simpang kiri Giant, nak ke Taman Palma ambil abang. 
Lebat sungguh. Seluruh Bandar Taiping, Kamunting, hujan lebat. Suami saya yang di Bagan Serai pun katanya hujan lebat. Biasanya kalau hujan di Taiping, Kamunting tak hujan,.. Selalu sangat dah... dari rumah saya keluar ke Taiping. Tiba-tiba hujan lebat ... dalam perjalanan sampai tempat tertentu hujan baru renyai-renyai, balik rumah cerah, baru nak mendung.. lepas tu baru hujan.. Hujan dari bukit kan..

Saturday 23 February 2013

Tutti Frutti Malaysia Layanzz...

Dah lama dah makan tutti frutti ni, tapi lupa nak update entri.. hehehe..  yang bestnya makan berdua je kat Taman Tasik Taiping.

Hari tu, kebetulan cik abang cuti. Dia punya cuti tak menentu, orang cuti dia kerja, orang kerja dia cuti. Hari apa masa ni memang saya tak ingat dah, tapi dalam minggu Isnin-Khamis la.. sebabnya.. Masa ni hantar abang tuisyen. Sementara nak tunggu kelas abang 1 jam tamat,  kami ronda-ronda dulu. Adik, ~terlena kat seat belakang. 


Coklat, dan Vanila di bawah. 
Dalam hati, rasa nak makan ais krim. Tetiba pulak suami bagi cadangan Tutti Frutti.. Wah!! sedap tu. lama pulak memang tak makan. Dan... semenjak Tutti Frutti di buka di Taiping Sentral Mall sekali pun belum pernah jejak. HaHaHah.. sebab kalau bawa anak-anak Tak cukup agaknya RM50 untuk Tutti Frutti.

Beli, Bayar dan Masuk kereta.

Saya ambil dua cup, sorang satu le konon. Dan... boleh rasa bayak perisa. Sebab dah tak ingat harga 1kg berapa. Saya punya tekan, hampir penuh. HahHahHa..  sedap punya pasal. Nak pula tengah mengandung ni selera besar. ~gasak la time timbang tu.

1 cup saya mix vanila coklat.
1 cup lagi, mix apple, strawberry, dan buah delima.

Tekan punya tekan, alamak dah penuh. tambah pulak dengan taburan-taburan chip coklat, coklat kacang.. hehehe.. masa nak timbang dalam kepala ni duk fikir cukup ke duit?, cukup ke duit.?? Sebab pengang RM10 dua keping aje. Handbag dalam kereta, suami tunggu kat luar, susah nak dapat parking kalau depan TS ni.

Sampai giliran timbang.. ~hehehe sekali bil ;-


Aaa haah!! ni ha jumpa juga bil. bertarikh 18hb Dis 2012. dah dua bulan berlalu pun. Total RM34.45. Malu-malu jugalah time tu saya bagi dulu RM20 yang ada di tangan ni, minta izin keluar sekejap ambil wallet dalam kereta. Sampai di kerata suami pun terkejut. " Kenapa?? " Nak cepat, saya kata, " Jap yer.. " 

Cepat-cepat saya ambil wallet dan bayar baki. Ada orang sedang tunggu giliran nak timbang dan bayar pula. Masa tu cover-cover control cun... sebab tak bawa wallet kan.. kikiki.

Mahalkan? 

Hahaha gasak la.. sape suruh baik punya press kan...

Tapi tak pe lah nak makan, bukan selalu. tapi memang sedap la Tutti Frutti ni. Lebih sedap perisa cup kedua yang saya pilih. Mix apple, strawberry dan buah delima, terasa masam-masam yogurt.

Dah tak larat makan time ni, tu sempat lagi snap 1 pict
Terliur pula bila tengok gambar ni, alahai.. dan... sememangnya terasa teringn pun hihihi.. sebab tu boleh cari gambar ni. Makan pula berdua aje. Memang layanz  la... berdua di Taman Tasik Taiping. ~Adik tetep lena di ulit mimpi di petang hari dalam kereta di seat belakang.

Peringatan :

  • Buat yang belum pernah cuba Tutti Frutti ni janganlah anda terleka press pelbagai perisa, sehingga penuh cup, jika anda tak bersedia terkejut dengan bilnya nanti. 
Tapi kalau mampu dan bersahaja membayar bilnya, apasalahnya. SEDAP!! siyes memang terbaik " Tutti Frutti" Esok hari minggu rasanya En.Suami cuti sebab 2 hari tak balik ni. :) Jom Tutti Frutti, bagi anak-anak rasa pula.

Wednesday 20 February 2013

Kafien dan Ibu mengandung ;

Masih dalan cerita ibu mengandung..

Hari ini usia kandungan saya 30 minggu 3hari. Bekas suntikan ATT pun masih terasa sakit lagi, tapi boleh la angkat tangan perlahan-lahan .. Tapi rasanya kalau ada yang terlanggar bahu ni memang beraduh lagi la. Nak tarik pintu kereta pun tak lepas lagi, kena guna tangan kiri, pegang stering pun tak boleh lasak sangat.

Okey, nak kongsi tentang minuman berkabonat. sejak kandungan saya masuk 5bulan, lebih kurang 22 ke 24 minggu saya rasa teringin nak minum sarsi (berkabonat) . Mula-mula sekali. Lepas 2 ke 3 minggu nak lagi sarsi, kemudian selang seminggu, nak lagi sarsi. Dan akhirnya dalam seminggu sekali mesti nak beli sarsi. Anak-anak apa lagi, memang suka la minum juga. Benda ada depan mata kan.. " Air Gas " bahasa pasar yang memang semua dah tahu, dan memang perkataan itulah yang di gunakan pun.

Boleh pulak si sesumpah ni jilat tin F&N Sarsi ni kan..?
Semalam saya beli lagi sebotol F&N Sarsi 1.5liter. Ada promosi pulak RM2.80 aje. Bila dapat minum.. waaa. lega, terasa kepuasannya. Nak pula minum sejuk di tambah ais. Anak-ank pula seorang dua gelas la. ~Kemain... Dan.... tiba-tiba

Terfikir oleh otak ini bahaya tak Sarsi walau tak sekuat Coke. Asal berkabonatkan.. haruslah ada kesannya pada tubuh badan, nak pula saya mengandung. ??? TOING TOING TOING HaHaHaHaHa.. mulalah tepuk dahi tanya hati. ... dan lepas tu terus google kandungan dalam minuman berkabonat.

di beli semalam, 
Saya semacam ketagih pula nak minum Sarsi ni, sebelum ni memang saya minum minuman bergas, cuma tak kerap, dan suka bertukar-tukar perisa. Cuma kali ni rasa ketagihnya tu menjadi-jadi, pergi aje mini market nampak sarsi saya mesti ambil 1, dulu minuman wajib saya beli di mini market adalah soya, sekarang dah bertukar. Jadi saya pun google punya google rupanya minuman bergas ini tinggi kandungan kafein.

Alamak!! apa yang dah saya buat???

Saya punyalah ikut nasihat doktor dan jururawat supaya tinggalkan kopi dan teh yang punya kandungan kafein yang tinggi yang tak elok untuk kesihatan bayi dan juga saya sendiri, tetapi saya boleh pula minum minuman berkabonat yang juga punya kandungan "kafein". ???
~sekali lagi tepuk dahi tanyalah hati.. apa yang telah saya buat. ?? ~
Mengeluh tak bersudah, jadi jalan yang terbaik tinggalkan tabiat buruk ini, kandungan saya pun dah 30 minggu tak lama aje lagi tempoh matang untuk melahirkan.

Semoga semuanya selamat, saya dan bayi saya. Walaupun saya minum sarsi , tapi saya tidak lah minumnya setiap hari, tapi kalau dah beli 1 botol 1.5liter tu, memang kerap lah minum. sampai habis lah jawabnya, berkongsi bersama-sama anak-anak dan suami.

Mujur pergi klinik 3 hari lepas HB saya ok. 11.0 lega, kalau tak biasanya 10.0 dan dah 3 kali hb 9.0, memang nampak cair warna darah masa jururawat ambil sample darah untuk di uji di makmal. Susu memang saya tak tinggal, 2 gelas sehari saya akan ambil Anmum Materna. Sama juga makanan diet seimbang yang lain. Buah-buahan memang saya tak tinggal cuma.... sayur. kadang-kadang    ~aHakss.

Bahaya kafein untuk ibu mengandung ;


  • Kafein adalah deuretic yang bermaksud, ia berperanan menarik cecair dan kalsium di antara kedua-dua badan anda dan bayi anda. Kafein bukan sahaja terdapat di dalam kopi tepati kefien juga terdapat dalam sebarang teh, minuman ringan atau minuman berkabonat, juga coklat. ~ aHakss!! 
Keburukan Kafein ;
  • Tidak mengandungi zat dan sebarang makanan.
  • Boleh menjejaskan mood
  • Sukar tidur secara berjadual.
  • Menyerap zat besi dalam badan dan bayi (ibu hamil)
  • Menyebabkan ketagihan.
Nasihat doktor dan jururawat buat ibu hamil ;
  • Pengambilan kafein yang berlebihan iaitu 2 atau 3 cawan atau mungkin lebih lagi,  boleh meyebabkan keguguran atau kelahiran bayi pramatang. 
Langkah-langkah mengurangkan pengambilan kafein ;
  • Bagi penggemar teh seperti saya, haruslah berhati-hati dalam memilih teh-teh herba yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Walaupun terkandung herba dan khasiatnya untuk kesihatan dalam teh tersebut, seharusnya kita mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kata orang-orang berpengalaman, teh tadi boleh di campur dengan cengkih, kayu manis, atau jus buah-buahan. Dan yang pasti rasanya lebih sedap. Saya suka teh yang sudah siap campuaran buah-buahan seperti blueberry, strawberry atau cengkih. 
"Secara kesimpulannya, pakar kesihatan menyarankan kafein boleh di ambil ketika hamil, namun pengambilannya perlu di hadkan bagi mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang. Pemakanan diet seimbang amat baik untuk menuteralkan semula apa yang di makan atau minum. Lebihkan minum air masak adalah yang terbaik. Juga pengambilan susu ketika mengandung, untuk menambahkan kalsium, kerana kafien di katakan akan menyerap kalsium dlam badan dan bayi."

Jadi saya sendiri sudahpun menepuk dada tanya hati, apa yang terbaik umtuk saya dan bayi saya. Mujur saya ketagih sarsi berkabonat, jika coca-cola? yang lebih tinngi kafein dan bahan-bahan tanbahan makanan dan perisa yang boleh mereputkan gigi dan sebagainya..  

Selamat tinggal sarsi.... (buat sementara waktu.... boleh minum tapi tak sekerap ini, mungkin )

Tunggu entri tentang kandungan coca-cola pula ya.
Bahaya-bahaya.. semuanya tak baik untuk kesihatan.


Monday 18 February 2013

Suntikan ATT untuk Ibu Mengandung

Suntikan ATT (Anti Tetanus) atau Suntikan Kancing Gigi. Suntikan ini sememangnya akan di beri pada ibu-ibu yang mengandung. Hari ni saya ke Klinik Ibu dan Anak untuk peperiksaan kandungan saya yang dah 30 minggu. Jadi setelah di periksa, hari ini masa yang sesuai untuk saya di beri suntikan ATT. Sebenarnya saya tak ingat dah macam mana rasa sakitnya kena cucuk tu. Maklumlah anak ke-2 dah pun hampir 5tahun.

Sebelum di beri dos suntikan tersebut, memang jururawat ada memberitahu selepas suntikan ATT ini tangan akan kebas. Jadi dengan terpaksa relanya saya pun merelakan diri di suntik. Adoi!!! memang sakit. Bukan kebas, tapi sakit, nak pula masa ubat tu berlalu masuk dalam tubuh.. Mak ai... sakitnya tak terkata, serta-merta tangan rasa lengoh. Nak angkat pun tak boleh. Seharian lenguh sebelah tangan yang di suntik tadi, bekas suntikan pun masih terasa sakitnya, (rasa macam bengkak)

Hihihi.. bukan nak bagi takut pada ibu-ibu hamil yang singgah di blog saya, tapi ini yang saya rasa, sebab saya memang tak suka pada suntikan. bagi saya semua suntikan adalah sakit. Nak pula suntikan untuk ambil darah atau suntikan masukan tiub di tangan untuk memudahkan dimasukankan ubat atau air kalau masuk hospital comform kena. Hai sakit sungguh, sedang menaip ni pun betul-betul kontrol dah ni. Agar tak bayak pergerakan.

Kalau tak silap saya bagi ibu yang mengandung kali pertama, 2 dos suntikan akan di berikan. Dan kandungan seterusnya hanya 1, suntikan ATT inilah.

Pentingnya Suntikan ATT ini :-

  • Tetanus merupakan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan maut di sebabkan oleh racun yang di kenali sebagai "Clostridium Tetani". Jadi suntikan anti-tetanus ini untuk mengurangkan kebarangkalian di jangkiti kuman tersebut.
  • Kuman ini boleh memasuki tubuh melalui luka. Luka pada wanita hamil adalah selepas bersalin normal iaitu luka di bahagian faraj atau lebih di kenali luka "episiotomy".
  • Zaman dulu hospital tak banyak, jadi kebanyakan wanita hamil akan melahirkan bayi di klinik-klink dan di sambut boleh bidan tradisional dan peralatan yang di gunakan di kuatiri tidak bersih 100%. Jadi WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan suntikan Anti-Titanus pada ibu hamil bagi mencegah kematian bayi dan ibu.
  • Vaksin ini akan melindungi ibu dan bayi yang bakal lahir. Antibodi yang terbentuk dalam badan akan di hantar pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas kelahirannya, ia juga dapat mengelakkan kelahiran bayi pramatang.
  • Pada kehamilan buat pertama kali dua dos suntikan akan di berikan. Suntikan pertama di awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
  • Kehamilan kedua, jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster akan di berikan. 
  • Suntikan titanus sudah menjadi tidak releven pada masa kini, kerana sudah banyak hospital-hospital kerajaan mahupun swasta di bina, dan wajib bagi ibu hamil melahirkan bayi mereka di hospital. Peralatan yang di gunakan juga bersih dan di basmi kuman.
  • Suntikan ini juga boleh mendatangkan effec seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab itulah ramai di kalangan gynaecologist tidak memberikan suntikan ini.
  • Akan tetapi klinik-klinik dan hospital kerajaan masih mengamalkannay untuk mengurangkan risiko jika ibu itu tinggal di kawasan pendalama.
Pendapat dari seorang Doktor Sakit Puan :-

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan. "
Ini sedikit penerangan tentang suntikan ATT dari sumber blog lain yang telah saya olahkan. Dan apa yang saya rasa sekarang tangan saya memang sakit, lenguh, sengal, nak angkat pun tak boleh. Kalau terlupa, terlebih aktif.. adoi!! sakitnya.. nak tidur mengiring pun tak boleh ni. Tunggu esok macam mana pula. Harap-harap esok dah pulih seperti biasa.




Wednesday 6 February 2013

Mula Mengira Pergerakan Bayi

Biasanya Jururawat Masyarakat yang akan menentukan bila mula untuk mengira pergerakan bayi dalam kandungan ini. Sebenarnya dari awal kehamilan pun Jururawat Masyarakat lah yang menguruskan semua hal-hal kesihatan ibu mengandung. Jika perlu, baru rujuk doktor. Jadi pada usia kandungan saya ke-28 iaitu 7bulan, saya mula di terangkan perlunya mengira pergerakan bayi saya.

Anak sulung  6 tahun, anak ke-2  5 tahun. Jadi sememangnya tak ingat dah cara-cara nak kira pergerakan bayi ni, lagi pun dulu... masa mengandung anak pertama, asyik salah saja catitkan pergerakan bayi. Nak pula tak ada orang dekat untuk buat rujukan, nak tanya malu. Dan tak pula tertanya dek mulut ni bila berjumpa ibu-ibu hamil lain di klinik, dapat jururawat yang baik dan lembut dia akan tegur dengan baik, dapat yang macam tak ikhlas saja melayan, ... bercakap pun sinis-sinis sahaja.

Bila hamil anak kedua pula,.. buat-buat pandai sendiri lah.. asalkan dalam 1 hari tu ada merasa pergerakan bayi tu esoknya tanda lah.. atau pun biar aje 3 atau 4 hari lepas tu baru buka buka tanda saja. Nak pula bila mula bersembang dengan ibu-ibu yang berpengalaman, semuanya bagi tahu,   "tanda saja, asal ada bayi tu bergerak". Itu kata meraka.

Yang sebenarnya semua tu SALAH! Memang SALAH!
  • SALAH yang pertama. Tak mahu bertanya bila tak faham.
  • SALAH yang kedua. Tak ambil sirius.
  • SALAH yang ketiga. Dengar cakap orang.
Tulisan biru tu  contoh yang telah di ajarkan pada saya
Jadi bila saya dah pasti , yang anak dalam kandungan saya sekarang adalah anak bongsu, jadi inilah pengalaman terakhir saya untuk merasai nikmat ibu hamil. Peluang hamil adalah saat-saat yang paling berharga, dan ibu yang hamil juga mudah mengumpul pahala pada saat hamil.

Jadi bila saya di beritahu saya sudah boleh mula mengambil catitan pergerakan bayi saya, dengan penuh kesungguhan rasa ingin tahu saya cara-cara yang betul untuk mengira pergerakan bayi.

Mari berkogsi:
  • Pergerakan bayi di kira pada jam 9.00 hingga 9.00 malam. Tempoh di beri selama 12 jam. 
  • Pengiraan bermula apabila bayi mula membuat pergerakan, gerak, gerak,gerak dan gerak. Bermakna dia menendanglebih dari 2x dalam 1 masa. Kemudian dia berhenti. Peregerakan tadi dikira 1x.
  • Kemuadian bayi akan mula bergerak lagi, mungkin berbeza, terasa bahagian kiri atau kanan perut menjol, dalam beberapa saat dan kembali pulih. (waktu ini kita akan merasa sedikit sakit akibat pergerakan bayi tadi) Peregerakan kali ke-2 akan dikira 2x. 
  • Dan seterusnya,.. mungkin berbeza rasa, waktu, pengalaman dan pergerakan bayi. (hanya kita yang tahu rasanya bila ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak dalam perut kita.
  • Mulalah mengira sehingga cukup 10x pergerakan dalam tempoh 12 jam tadi. Sekiranya merasakan bayi memang tidak bergerak, mungkin dia bergerak tapi tak cukup 10x, sebagai contoh dari jam 9.00 pagi aktif tetapi selepas itu bayi tidak bergerak lagi sehingga jam 9.00 malam. Haruslah ke hospital dengan segera.
Dulu saya tak pandai pun nak kira, dan juga salah tafsir cara pengiraan. Apa yang saya kira bila bayi saya menendang saya mula mengira berapa kali pergerakan yang dia buat. cukup 10x adalah dalam 2 atau 3 kali pergerakan yang bergerak dan henti, saya akan tanda.

Penting sebenarnya mengira pergerakan bayi dalam kandungan ni, jadi jangan ambil ringan bab-bab mengira pergerakan bayi dalam kandungan. Perkara yang tak di ingini berlaku adalah kehamilan pra-matang pada usia 28 minggu ke 30 minggu. Atau mungkin kematian bayi dalam kandungan adalah lebih menyedihkan. nauzubillah..

"Ya Allah engkau peliharalah bayi dalam kandungan ku ini sehingga dia selamat di lahirkan. Sesungguhnya saat kelahirannya amat kami nantikan."

Pengajaran:

Malu bertanya sesat jalan.

Tuesday 5 February 2013

Minggu ke-28 atau 7 Bulan usia kandungan

28 Minggu
Semalam ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan kandungan, 3 hari sebelum tu kaki kejang, senang kata, orang-orang lama kata krem atau tarik mengkarung. Hehehe.. siapa pernah dengar dia tahu.

Pagi sabtu tu bangun saja .. Aduh!!.. sakitnya betis,.. lebih tepat perut betis. Dah cuba untuk tegangkan urat-urat kaki, tapi tetap tak menjadi.. Masih sakit, jadi di biarkan sehingga reda. Sebab bukan tak biasa kena atau merasainya, dalam fikiran "nanti hilang lah tu". Tapi tak juga hilang sengal-sengal perut betis tu, jadi di biarkan la melarat juga sampai 3hari. Hari Ahad hari ke-2, layan juga gotong-royong di tabika anak-anak sempena "My Beautiful Malaysia". Di Taman Tasik Taiping acaranya lebih besar-besaran untuk mengindahkan Taman Tasik Taping. Tapi pegi ke tabika anak-anak aje lah.. lebih baik kan.. (sempat lagi dalam sakit-sakit kaki ni). Malam pula sempat lagi keluar dinner dengan suami dan anak-anak, sakit-sakit pun gagah kan berjalan, tapi dah terhinjut-hinjut menahan sakit bila ada anak tangga.

Hari yang ke-3 hari ni la Isnin. Sampai keras la betis tu tapi di gagahkan juga memandu sebab sakitnya sebelah kanan saja. Sebelah kiri normal cuma bengkak angin (biasa). Hantar anak-anak kesekolah seperti baisa, terus ke klinik, temujanji untuk 28 minggu mengandung, dan jumpa doktor untuk scan sekali.

Bila jururawat tu tanya masalah ibu, hum.. apa lagi bagi lah tahu kaki ni krem dah 3hari menahan sakit tak hilang-hilang.Dia pun pegang-pegang juga, tapi biasalah ayatnya "mengandung memang perkara biasa". Tapi saya ni tak tahan sangat dah ni.. Jumpa doktor pun sama je jawapan,.. Tak ada juga ubat...

Balik dari klinik terus ke rumah kenalan lama ni, Kak Fiza. Bidan muda, urut wanita lepas bersalin dan urutan badan untuk wanita juga refleksologi. (siap dah tempah dari awal untuk urut lepas bersalin) Lega lah sikit, dah kurang keras kat betis tu. Tapi sengal-sengal sendi tu tetap ada. masih terasa.

Ok, nak cerita tetang kandungan pula.. bayi saya sihat, syukur Alhamdulillah.. bab aktif pergerakkan, memang aktif sangat-sangat.. kuat nendang. berat bayi saya kini di anggarkan 1.235kg. Normal. Dan... jantina bayi seperti mula-mula scan pada usia 20 minggu. Tak kisahlah kadang-kadang tak boleh meramal,nak tepat sekarang boleh scan 3d or 4d. Tapi suami saya kata tak perlulah.. tak ada kejutan bila lahir nanti. Asalkan bayi saya sihat dan aktif kan..

Apa yang saya tahu bila bayi dalam kandungan sudah 28 minggu, rambutnya sudah mula tumbuh, bergitu juga gigi susunya sudah mula tumbuh di bawah gusi. Matanya juga mula bergerak di dalam soket matanya, mata yang bergerak aktif menunjukkan mungkin bayi sedang bermimpi. Mimpi indah mungkin, kan.. dengan itu juga sel-sel otaknya juga mula berkembang.

Selalulah bacakan surah An-Nahl, Surah Maryam, Surah Yusuf, bayi kini boleh mendengar.. Semoga bayi ibu sihat, pintar, dah solehah.. Amin..

Bayi saya sewaktu 11minggu. Yang ini saje lah yang ada, scan kali ke-2 dan ke-3 semalam tak pula dapat gambar, tapi asalkan dah tengok dia sihat dan degupan jantungnya juga baik, sudah cukup lega dan gembira untuk menunggu saat kelahirannya nanti..

Saturday 2 February 2013

Bertemu dan Berkumpul


Thinking
Akhir Januari lepas saya menghadiri majlis resepsi kawan lama, kawan sekolah menengah. Marina dan Firuz.  So, bila dah ke majlis macam ni time inilah nak berjumpa kawan-kawan lama juga.. Yang jumpa semua dah berumah tangga, usung anak-anak masing-masing lah..

Sempat juga mak labu bergambar dengan pengantin yang kecil molek lagi cun.. Memang cantik, macam sepadan pula kan.. (puji sendiri..) Pengntin pun teruja nak ambil berkat, mana nak tahu rezeki menimang cahaya mata cepat. Moga-moga Allah perkenankan. Amin............

Yang ini sahaja yang dapat berjumpa.. Kaum-kaum ibu saje la.. Suami tak ada dalam gambar, kami semua sebaya, dah 29tahun untuk tahun 2013 ini. Masing-masing ada anak-anak, yang baju ungu tu Insyaallah lepas saya due bulan april ni dia pula menyusul bulan ogos nanti. Dah lama dia tunggu tu, akhirnya di beri jua rezeki oleh Allah swt. semoga dia di kurniakan cahayamata yang sihat dan comel. Amin......

Bila dapat berjumpa ni borak-borak memang tak ingat matahari terpacak, anak-anak nak apa pun ambil sendiri,.. sebab seronok sangat berbual. Berapa kali bersalaman dah konon nak beransur pulang, tapi ada saja lagi yang di tambah untuk modal bersembang.  Bukan selalu.. 

Friday 1 February 2013

Anmum Materna Loyalty Promo

Semalam 31 Januari 2013 tarikh tamat untuk mengumpul hujung pencedok Anmum Materna 650g. Saya ingat saya dah tak berkesempatan untuk menebus hadiah yang di tawarkan. Tapi apabila saya baca semuala borang penebusan tu ... haaaaaaa.. lega, masih berkesempatan nampaknya.  Rupanya ada tertulis dalam syarat penebusan yang ke 6.

Tarikh tutup penerimaan borang penebusan adalah 5 Febuari 2013.
Saya dah poskan 2 barcodes Anmum Materna 650g dan 4 scoops Anmum Materna 650g.  untuk penebusan  satu(1) Selimut Bantal. (macam mana rupanya tu tak pastilah pulak kan.. look and see) Itu pun ada tertulis selagi stok masih ada. Hahaha.. kalau stok tak ada tu tak ada rezeki la for my baby. Harap-harap sampai la sebelum 5hb Febuari 2013.

Ada cerita di sebalik semua ni.. haha. Pada awal kehamilan saya tak boleh minum sebarang jenis susu mahupun susu pekat manis tu, bila alahan dah kurang saya rasa saya perlukan susu, pilihan saya harus Anmum Materna. Kebetulan masa saya beli susu tu ada pula contes yang dah pun bermula pada 1 Oktober 2013, jadi saya pun mulakan la misi mengumpul 2 barcodes Amnum Materna 650g. Mulanya tak baca betul-betul syarat-syarat penebusan tu, nak cepat kumpul hujung pencedok tu sebenarnya.. saya beli yang 350g. sekali beli 2pek. tahan 2 minggu macam tu lah, sebulan dapat kumpul 4.

Tapi nasib baik lah mata ni melirik semula pada syarat-syarat penebusan tu, yang punya tulisan yang halus-halus jenuh di tenang, tertepuk dahi sendiri lah akhirnya.. nasib baik saya dah ada 2 barcodes dan 2 scoops 650g, apa lagi dah bulan Januari pun, hampir2 tarih tutupnya, langsung beli 2 pek 650g. Masa tu dah hampir-hampir sangat tarikh tutup penebusan tu,.. hari rabu lepas malam 31 Januari tu saya pun siap-siapkanlah barcodes dan hujung pencedok tu dengan borang penebusan, supaya tak lupa nak ke pejabat pos esok lepas hantar anak-anak ke tabika.

Masih mengharap juga adalah rezeki bayi bongsu saya yang bakal lahir penghujung bulan April 2013 nanti.