Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Thursday 9 May 2013

Masakan Pindang Orang Dalam Pantang

Masakan pindang ni kalau guna ikan kembung memang sedap. tak kira la orang dalam tempoh berpantang ke, atau tidak.. masakan simple macam ni kadang-kadang jadi sedap. Tapi saya guna ikan apa yang ada dalam peti sejuk tu aje.. Ikan Pelata. 

Bahan-bahan:
5 ekor ikan pelata (saiz kecil)
1 batang serai di ketuk
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 biji bawang merah* (kecil)
sedikit halia *
sedikit kunyit hidup * (jika tak ada, serbuk kunyit pon boleh, sedikit sahaja)
sedikit air assam jawa
1 biji tomato
1 helai daun kunyit.
maggi cukup rasa.

Cara masakan mudah:Bahan-bahan yang bertanda * di blender halus. Kemudian bahan kisar tadi di masukkan dalam periuk. Letakkan atas api.. masukkan serai.. biar didih. Masukkan ikan.. dan air perahan assam jawa.. tambahkan maggi cukup rasa. tak payah banyak.. secukup rasa saja.. Akhir sekali masukkan daun kunyit. dan tomato yang di belah empat.

Dah siap menu masakan orang dalam pantang ni.. hari ni hari ke-23... menghitung hari... ke-44. masih jauh nampaknya.. (^_~) wallaweh..



Thursday 2 May 2013

Tuah Baby Amanda Raisya.

Dah lama nak update entri ni, tapi sibuk dengan kuning baby Amanda, langsung terlupa hadiah GA yang saya dapat. Berpantang pun dah kelaut... Mana tidaknya, asyik ulang alik ke klinik bawa baby Amanda.


Terima Kasih sekali lagi buat NurizShar. Mulanya saja suka-suka share je.. Tapi dalam hati ada juga rasa teringin nak menang. Siapa tak nak hadiah kan... (^_~) NurizShar umumkan pemenang pada 17 April 2013. Sehari selepas kelahiran baby Amanda Raisya. Kami berdua beranak di hospital masa ni. Saya dalam susah payah lagi baru 1hari selepas caesar. Saya discaj wad 19 April 2013, Jumaat. tapi memang tak ingat la nak online facebook. Yang penting rehat, nak bergerak pun masih hati-hati.. pergerakan juga perlahan dan terbatas. 25 April 2013 baru saya boleh senang-senang online, iaitu hari ke-9 baby Amanda, banyak sangat tag & notification memang tak terperasan saya pemenang GA ni. Tiba-tiba tergerak hati ni nak tengok siapa pemenang GA NurizShar, bila lihat saja nama facebook saya yang tertera "Contes Winner" hati ni berbunga-bunga.. senyum tak kena, jantung berdebar.. tak tahu nak luahkan betapa gembiranya... sambil pandang baby Amanda di sebelah, satu ciuman lekat di pipi dia. Memang bertuah anak ibu ni..

Sebenarnya, masa mengandungkan baby Amanda Raisya memang saya teringin nak beli set NewBorn Philips Avent ni. Berkenan betul model baru ni, dan NurizShar juga bagi harga promosi. Harga kira mampu milik la. Bila saya dapat tahu NurizShar ada buat GA dan hadiahnya Set Newborn ni, saya pun cuba lah.. mudah aje.. hanya perlu share di facebook, halaman NurizShar dan kalau tak silap perlu letak komen sikit, tapi saya tak yakin boleh menang sebab ramai yang share. Tapi ternyata, pemenangnya saya.. dan memang tuah baby Amanda Raisya.


25hb bagi alamat, 27hb barang sampai.. abang dan kakak yang teruja bila pos laju sampai depan rumah. Masing-masing berebut nak tengok hadiah baby Amanda. Dan yang tersenyum lebar adalah saya.. Suami juga tumpang senyum. Ape pun terima kasih sekali lgi buat Nurizshar.



Wednesday 1 May 2013

Amanda Raisya, Kuning Dan... Jalan-jalan ke Tesco ???

Semalam, saya ke KKIA Kamunting bawa baby Amanda untuk jumpa doktor. Lanjutan susulan kuning dia. Semalam memang tak perlu ambil darah di kaki, tapi ambil sample darah di tangan pula. Kesian dia.. teriak kuat betul dalam bilik tu. Saya tak di benarkan ada dalam bilik tu. Sayu hati saya bila dengar dia menagis kuat betul. Mulanya, lama juga saya dalam bilik doktor tu, dengar apa yang doktor ceritakan tentang bahaya "jaundice" pada bayi, sebab itu lah sample darah baby Amanda perlu untuk di buat ujian. Saya redho asalkan baby Amanda sihat. Kalau tak di periksa, tak akan tahu apa punca kuning dia tak turun.


Lepas kena cucuk dan ibu pujuk-pujuk bagi susu lena dia dalam pelukan Ibu

Bila tengok tangan kecil dia macam tu, rasa sakit dia saya dapat rasa, mana taknya kalau tangan saya yg kena cucuk pun beraduh juga saya. Inikan tangan dia yang halus tu kena cucuk ambil darah. 3 botol kecil besar jari kelingking saya ni botol untuk isi darah dia, kemudian di hantar ke makmal. Seminggu baru dapat keputusan.

Melampaukan Ibu, lepas baby Amanda cucuk bawa shoping ke Tesco Taiping
Nak hilangkan resah di dada, jalan-jalan ke Tesco, dan memang ada barang yang di beli. Barang-barang baby Amanda juga barang dapur. Ada hati juga nak ke butik bayi Manjaku di Taiping. Tapi terbatal selepas dah jumpa barang tu di Tesco aje.. nak tahu apa.. ? Tengok gambar di bawah.

Baby Carrier
Yang ni la yang pertama nak cari, penting benda ni untuk baby Amanda. ( Beli yang murah je... kebetulan ada   sale diskaun ) Sebab lepas saya dah kuat, saya kenalah sambung aktiviti menjadi driver kepada abang dan kakak. Baby Amanda lah yang akan menemani Ibu ke sana sini lepas ni. Dulu masa anak-anak kecil dulu tak pernah beli pun benda ni, sebab saya tak selalu memandu sendirian dengan anak-anak. Nak pula, anak-anak kecil berturut tahun. Memanag tak lah memandu sendirian

Baby Stroller
Benda ni pulak tak dirancang pun belinya.. hahahhaha... maklumlah Tesco buat sale kan.. beli jela.. Beli yang murah je. Untuk baby Amanda seorang. Sebab  kakak dan abang ada, bila jalan-jalan ada la yang tolong tolakkan baby Amanda nanti. 


Pose dari orang dalam pantang 15 hari yang dah jalan-jalan shoping ke Tesco. Lepak di foodcourt minum milo panas segelas je, dan susukan Amanda di sini juga.. Malas nak masuk bilik menyusu dan tukar lampin bayi sebab nak pantau abang dan kakak main. Saya ke sini bersama adik ipar. Dia yang memandu kereta. Tapi dia juga sibuk melayan anaknya 10bulan.