Semalam, saya ke KKIA Kamunting bawa baby Amanda untuk jumpa doktor. Lanjutan susulan kuning dia. Semalam memang tak perlu ambil darah di kaki, tapi ambil sample darah di tangan pula. Kesian dia.. teriak kuat betul dalam bilik tu. Saya tak di benarkan ada dalam bilik tu. Sayu hati saya bila dengar dia menagis kuat betul. Mulanya, lama juga saya dalam bilik doktor tu, dengar apa yang doktor ceritakan tentang bahaya "jaundice" pada bayi, sebab itu lah sample darah baby Amanda perlu untuk di buat ujian. Saya redho asalkan baby Amanda sihat. Kalau tak di periksa, tak akan tahu apa punca kuning dia tak turun.
Lepas kena cucuk dan ibu pujuk-pujuk bagi susu lena dia dalam pelukan Ibu |
Bila tengok tangan kecil dia macam tu, rasa sakit dia saya dapat rasa, mana taknya kalau tangan saya yg kena cucuk pun beraduh juga saya. Inikan tangan dia yang halus tu kena cucuk ambil darah. 3 botol kecil besar jari kelingking saya ni botol untuk isi darah dia, kemudian di hantar ke makmal. Seminggu baru dapat keputusan.
Melampaukan Ibu, lepas baby Amanda cucuk bawa shoping ke Tesco Taiping |
Baby Carrier |
Yang ni la yang pertama nak cari, penting benda ni untuk baby Amanda. ( Beli yang murah je... kebetulan ada sale diskaun ) Sebab lepas saya dah kuat, saya kenalah sambung aktiviti menjadi driver kepada abang dan kakak. Baby Amanda lah yang akan menemani Ibu ke sana sini lepas ni. Dulu masa anak-anak kecil dulu tak pernah beli pun benda ni, sebab saya tak selalu memandu sendirian dengan anak-anak. Nak pula, anak-anak kecil berturut tahun. Memanag tak lah memandu sendirian
Baby Stroller |
Benda ni pulak tak dirancang pun belinya.. hahahhaha... maklumlah Tesco buat sale kan.. beli jela.. Beli yang murah je. Untuk baby Amanda seorang. Sebab kakak dan abang ada, bila jalan-jalan ada la yang tolong tolakkan baby Amanda nanti.
Pose dari orang dalam pantang 15 hari yang dah jalan-jalan shoping ke Tesco. Lepak di foodcourt minum milo panas segelas je, dan susukan Amanda di sini juga.. Malas nak masuk bilik menyusu dan tukar lampin bayi sebab nak pantau abang dan kakak main. Saya ke sini bersama adik ipar. Dia yang memandu kereta. Tapi dia juga sibuk melayan anaknya 10bulan.
No comments:
Post a Comment