Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday 26 August 2013

Amanda Raisya Demam Part-2


Ruam dan bintik-bintik merah dah menguasai seluruh badan Amanda.. Siangnya dia dah mula meragam.. merengek serba tak kena. Bila di rumah menjaga anak sendirian.. Google lah tempat rujukan. juga bersembang dengan kenalan di handphone.. whatsapp, Line, Kakao Talk, wee chat dan facebook la yang utama.

Rujukan pertama dari kenalan blogger : Blog Supermak

Kebetulan baby Irfan juga baru kebah dari demam campak jenis ruam juga. Tak cukup dengan baca di entri kak Yan, kami bersembang di whatsapp pula..  Terima Kasih kak Yan sudi melayan ... Terima Kasih juga pada bff Latifah Bee dan juga Zuniza yang memberi petua berdasarkan pengalaman..  juga kawan-kawan facebook Terima Kasih.


Possing dekat luar rumah.. baru lepas memujuk dia .. sebab menangis tak kena gaya.. duduk tak mahu.. apatah lagi baring .. lagi lah tak mahu


Gambar .. macam biasa tak berapa nak cantik.. Tapi masih boleh nampakkan ruam campak memenuhi seluruh badan Amanda.. Tengah harinya mula nampak ruam di kaki. Selesai kerja rumah dan makan tengah hari saya keluar, niat di hati nak bawa dia ke klinik, dapatkan calamine lotion, dan juga cari air kelapa. Tapi malangnya klinik tutup, Rehat.. lama betul rehatnya sampai jam 7.30pm baru buka.. itu pun sampai jam 9.30pm sahaja. Ahad cuti. Anak-anak saya serasi dengan ubat di klinik tu.. bila klinik tu tutup tenggelam punca nak ke klinik mana pula.. Farmasi pun tutup, tak pula tahu sebab, biasanya Ahad yang tutup.


Singgah di sini beli air kelapa. Tempat biasa beli, tak nampak stok buah kelapanya.. dah habis agaknya atau mungkin hari tu memang dia tak ada stok buah kelapa muda, yang tinggal air tebu dan laksa buyung saja.. Mujur jumpa kedai uncle ni tepi jalan juga.. tak jauh dari tempat biasa beli air kelapa tu. Isi air kelapa original 60ml dalam botol Amanda, selebihnya bungkus ikat tepi... untuk abang dan kakak.

Jenuh juga nak habiskan 60ml tu... dia tak nak minum.. mungkin rasa lain.. yerlah biasanya minum susu je.. tiba-tiba rasa air pelik kannn.. 

Nampak juga berubahan pada Amanda pagi Ahad semalam.. Muka dia dah bersih dari ruam-ruam tebal.. Belakang badan yang merah-merah bertompk pon dah semakin berkurangan.. tak pasti lah mungkin sebab air kelapa atau bedak sejuk yang saya lumurkan satu badan dia.. sebab tak dapat  cari calamine lotion.. Apa pun syukur Alhamdulilalh... ruam semakin berkurangan di muka , leher dan badan dah sembuh.. tinggal ruam di kaki dan 1 luka besar di tepi lutut kanan dia.. tak tahu nak kata luka apa.. Asalnya saya perasan dari hari Rabu.. kecil saja tapi semakin hari semakin besar... semakin merebak dan berair.. mujur semalam dah kering sebab dah lumur satu badan dengan bedak sejuk.

Bila tengok dengan mata nampak besar sangat luka ni.. dah macam melecur. Abangnya dulu pun pernah kena.. tak tahu punca dari mana... tapi lepas dapat ubat dari klinik yang selalu bawa anak-anak bila sakit, 2 3 hari.. dah kering dan terus baik tanpa tinggalkan parut.. 

Doakan Amana sembuh sepenuhnya ya.. Sampai sudah tak dapat daun mambu.. sebab seharian hari minggu di rumah... tak dapat juga celamine lotion... atas alasan yang sama seperti di atas.. pakai bedak sejuk aje lah.. tapi kena pegi klinik juga kalau luka di lutut dia tak sembuh..


Amanda Raisya Demam Part-1

Balik dari riadah di Taman Tasik Taiping badan Amanda mula rasa panas. Mulanya jelum-jelumkan saja dengan air sejuk. Ingatkan panas biasa sahaja. Sebabnya bahagian belakang kepala Amanda yang tak di tumbuhi rambut tu memang sering panas.  Tapi biasanya panas-panas biasa.. Bila di jelumkan dengan air sejuk panasnya akan berkurangan.. Dan di sebabkan itu juga mungkin rambut Amanda lambat tumbuh di kawasan itu.. Mungkin... Kata orang kan "makan dek bantal"



Malamnya Amanda tidur seperti biasa sedar 2 - 3 kali untuk menyusu.. macam biasa juga tanpa gangguan lain... tapi paginya masih terasa panas lagi kepala dan badan dia.. Siangnya Amanda sukar untuk lena dengan nyenyak. Hari rabu pulak tu hari abang dan kakaknya sekolah.. Rutin harian saya menghantar dan menjemput abang dan kakak ke sekolah. Amanda kena bawa juga lah.. Petangnya abang ada kelas silat ( latihan tadika ) Saya terus ke rumah kawan lama di Perumahan Awam Kamunting, kira beraya juga lah... tak sempat beraya lagi dengan dia.... Sampai 5.30pm ambil abang dan terus pulang..

Bermulanya dia demam malam....


Petang ke malam je mula rasa badan dia panas, kepala pun panas. Lepas jelum-jelumkan dengan air ramasan daun lidah buaya ( aloe vera) kurang sikit panasnya. Hari Jumaat paginya saya mula perasan perubahan pada Amanda. Nampak tompok merah-merah di pipi, dahi.. belakang kepala ke leher. Mulanya ingatkan ruam biasa. Mungkin sebab cuaca. Lepas mandi saya sapukan bedak seperti biasa. Mulanya ruam memenuhi badan dia dan.. dia merengek serba tak kena. Tapi petang Jumaat tu saya sempat lagi ke rumah mak, bawa mak membeli belah di Tesco. Dengan anak-anak, Ya.. anak-anak saya 3 orang. Gambar tiada. sebab saya tak menang tangan. Amanda saya gendong di depan, sambil tolak wild chair mak. Troli anak sulung Izz yang tolak bersama Syasya. Kecoh juga lah nak handle keadaan tu. Mujur Amanda tak meragam.  Owh.. ya di rumah mak saya sapukan dia tepung ubi, sebelum ke Tesco. Petua mak kalau anak ruam, sapukan tepung ubi je, jangan sapukan bedak.

Purubahan pada kulit dia.. ada satu bintik berair di tepi lutut kanan. Selain ruam mula memenuhi seluruh badan.

Continue : Part 2

Sunday 25 August 2013

Black Mountain Taiping With Love

Selasa lepas 20hb, kami ke Sg.Bakap atas urusan peribadi. Balik dari itu kami terus ke Taiping pula. Singgah makan di Taiping. ~hehehe...Pergi sampai ke Penang tapi balik  juga ke  Taiping singgah makannya. Tetiba teringat nak lepaskan mengidam "Black Mountain" . Entah ye atau tidak, kata orang-orang lama... kalau semasa mengandung mengidam sesuatu tapi sampai dah bersalin tak juga dapat makan, air liur anak meleleh.. yer kan.. atau mungkin kebetulan...

Macam mana, menarik tak?
Gambar tak berapa cantik sebab gambar dari telefon bimbit samsung android biasa-biasa je.. tapi boleh la dari tak ada. kannn... Teringin memang teringin dari mengandung. Tapi tak juga pergi sebab masa pergi tu kedai di bawah banggunan Larut Matang tu sedang di ubah suai. Terbayang-bayang jua lah oleh mata black mountain. oooh black mountain.. Paling suka kacang santhong.

Amanda gigit jari .. telan air liur 
Mula-mula bagi si kecil tu rasa.. sebab yang meleleh tu air liur dia. Sambil mulut ni berkata.. mudah-mudahan ibu bagi rasa ni.. nanti air liur Amanda tak meleleh lagi yer... Petua.

Sluuurrrppp... 
Jilat sampai kenyang. Wayang je si Syasya ni. Tak habis pun dia sorang. Bila dah cair, tuang dalam bekas minuman. Bawa bekal main di taman permainan. Idea ibu, sebab tak nak membazir. Bila dah tuang dalam bekas minuman tu dia juga yang minum, lepaskan dahaga  dan penat bermain.

Sukar sangat timang-timang dia.. lepas tu dia "bluuurweeek.." ngee

Anak Abah
Abang Izz bila dah di taman permainan tak nampak rupa. Seluruh pelusuk dia teroka, memanjat puas-puas. Berlari sakan. Sebab tu tak dan nak snap curi-curi gambar dia. Balik dari taman tu, badan Amanda da mula rasa deda-deda panas. Panas keluar dari kepala bahagian yang tak tumbuh rambut, kata orang "makan dek bantal" malamnya seluruh badan dia pula panas.

Jom sambung baca di : Amanda Demam Part 1 & 2

Friday 2 August 2013

Pantun : Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga


Balik Kampung berAidilfitri
Pandu berhati-hati ingat yang tersayang
Jangan lupa Blog & Entri
Update cepat sebelum idea melayang

Ketupat nasi ketupat palas
Masakan timur dan juga barat
Maaf di hati mohonnya ikhlas
Salah di tegur maaf beradat

Lemah gemalai lenggok tuan puteri
Berkain cindai cantik sekali
Salam di ucap pohon kemaafan Aidilfitri
Semoga ukhwah kekal abadi

Tangan di hulur maaf di pinta
Eratkan hubungan sesama kita
Semoga gembira di hari yang mulia
Kunjung mengunjung sanak saudara

Cahaya ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri
Ampun maaf segala peri
Semoga ikatan kekal abadi

  Beraya tahun ini kami berlima  
Nantikan entri hari raya
Bergambar mesra satu keluarga
Salam Aidilfitri buat pembaca semua

Maaf Zahir & Batin
Dari kami sekeluarga



Mengemas Rumah Raya Dah Dekat


Salam Ramadhan..

Salam Jumaat terakhir Ramadhan 1434H juga, hari ini.. Dalam sibuk-sibuk kemas rumah. Buang sawang bagai.. mop lantai, teringat nak update entri. Stop sekejap semua kerja. Tinggal nak lipat kain baju, pilih yang mana nak pack siap-siap untuk raya. Dan nak cuci pakaian baru.. rendam dengan softener.

Selamat.... selamat.....  hari raya...

Hari ni anak-anak kemain semangat bagun awal pagi nak kesekolah. Sebabnya cikgu dah janji nak bagi duit raya. Sampaikan si abang bagun sahur bersama-sama konon nak cuba puasa lagi.  Lepas tu tak sudah-sudah tanya bila nak siang, nak siap ke sekolah. ( tak percaya 100% si abang nak puasa, sebab kat tadika tak de sorang pon kawan-kawan yang puasa... jadi pembantu masak seperti biasa untuk kanak-kanak tadika )

Dapat duit raya dari cikgu.. Abang dapat 2 sampul, dari cikgu tadika dan cikgu tuisyen. Adik baru dapat satu la.. Baby.. belum lagi. Nanti kumpul banyak-banyak.
Bahang hari raya semakin di rasai bila hari-hari dengar lagi raya.. dia radio.. dia shopping mall. Raya kali ini masih bersederhana... Langsir pun masih tak berganti. Cuma hari tu dah buka dan cuci, gantung semula. Jadi hari ni sepetang inilah kerjanya.. Tapi ini semua gambar tadi. Sekarang saya mengadap laptop setelah dapur dah berkemas bersih, anak-anak pula terlena...

Si Abang ngelap habuk
Kakak pulak bersihkan kerusi
Saya nak masak pula, sementara si kecil pun terlena juga selepas di cuci poo poo dan tukar lampin diaper, lena kekenyangan... Nak habiskan stok dalam peti sejuk tu, esok petang nak ke rumah mak dah, nak buat tempeyek... dan kemas rumah mak pula.