Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Friday, 2 August 2013

Pantun : Salam Aidilfitri Dari Kami Sekeluarga


Balik Kampung berAidilfitri
Pandu berhati-hati ingat yang tersayang
Jangan lupa Blog & Entri
Update cepat sebelum idea melayang

Ketupat nasi ketupat palas
Masakan timur dan juga barat
Maaf di hati mohonnya ikhlas
Salah di tegur maaf beradat

Lemah gemalai lenggok tuan puteri
Berkain cindai cantik sekali
Salam di ucap pohon kemaafan Aidilfitri
Semoga ukhwah kekal abadi

Tangan di hulur maaf di pinta
Eratkan hubungan sesama kita
Semoga gembira di hari yang mulia
Kunjung mengunjung sanak saudara

Cahaya ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri
Ampun maaf segala peri
Semoga ikatan kekal abadi

  Beraya tahun ini kami berlima  
Nantikan entri hari raya
Bergambar mesra satu keluarga
Salam Aidilfitri buat pembaca semua

Maaf Zahir & Batin
Dari kami sekeluarga



5 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Selamat hari raya ema..
Eh, gambar baby takde masuk ke?? kot ler nk letak asing sbb tahun lepas takde lagi, kan..hihi

Bellezza Bunga Matahari said...

selamat hari raya juga.. gambar baby xdan nak selit.. hehehe.. mmg gambar thn lepas ni.. gambar baby tunggu raya 6t lah buat entri raya pulak kalo ada masa.

Puan Bee said...

salam aidilfitri berisaran dari taman yayasan hik2

Bahrain Ramlan said...

Pandai berpantun si cantik matahari berpantun...Selamat Hari raya aidilfitri.

Puan Bee said...

singgah :)