Salam Ramadhan..
Salam Jumaat terakhir Ramadhan 1434H juga, hari ini.. Dalam sibuk-sibuk kemas rumah. Buang sawang bagai.. mop lantai, teringat nak update entri. Stop sekejap semua kerja. Tinggal nak lipat kain baju, pilih yang mana nak pack siap-siap untuk raya. Dan nak cuci pakaian baru.. rendam dengan softener.
Selamat.... selamat..... hari raya...
Hari ni anak-anak kemain semangat bagun awal pagi nak kesekolah. Sebabnya cikgu dah janji nak bagi duit raya. Sampaikan si abang bagun sahur bersama-sama konon nak cuba puasa lagi. Lepas tu tak sudah-sudah tanya bila nak siang, nak siap ke sekolah. ( tak percaya 100% si abang nak puasa, sebab kat tadika tak de sorang pon kawan-kawan yang puasa... jadi pembantu masak seperti biasa untuk kanak-kanak tadika )
Dapat duit raya dari cikgu.. Abang dapat 2 sampul, dari cikgu tadika dan cikgu tuisyen. Adik baru dapat satu la.. Baby.. belum lagi. Nanti kumpul banyak-banyak. |
Si Abang ngelap habuk |
Kakak pulak bersihkan kerusi |
2 comments:
Bagus laa latih dorang kemas2 umah tolong ibu, kan..
ha ah.. ajak sekali.. dr diarang duk melangut je.. baisa2 kan buat kerja bantu ibu.. kannn
Post a Comment