Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Monday, 16 September 2013
Akhirnya Dia Buat Pilihan
Hari ni 16 sept 2013.. ngam-ngam usia dia 5bulan.. Pelajaran untuk ibu hari ni... dia mengajar ibu erti kesabaran... Dann ibu selalu anggap ini semua ujian mendewasakan ibu lebih matang lagi dalam ilmu keibuan..
Lepas kemas-kemas gerobok ribbon kraft yang dah lama tak kemas, tak bersusun atur, nak pegi lah mandi.. sebab tengak baby Amanda ni baik je tengah main.. mengepak-ngepak tangan tu sambil menirap kat tikar evamatik princess dia tu...
Baru masuk bilik air... sambil mesin basuh sedang di putatarkan... 2 round gak la nak basuh ni... sedang syok badan di sirami air.. sambil syampoo masih di kepala... dengar suara baby Amanda ni menagis pulak... Hahaha.. dengan itu tak pasal-pasal abang yang di salahkan.. ~ngeee... Hampir selak suara dia,.. dengan syampoo masih lagi di kepala.. berkemban dengan seksinya dan bergitu ayu sekali, ibu keluar bilik air.. cepat-cepat ambil baby.. puas di dukung di pujuk-pujuk, dia diam.. tapi bila letak, dia sambung balik.. gaya macam mengantuk sesangatlah.
Sebab syampoo masih di kepala.. otak mula berjalan memikirkan cepat nak sambung mandi, dan cepat baby boleh tidur lena, tenang dannn aman lagi....
So... see.. dia dah buat pilihan dia sendiri... port playpan dia selalu tidur di bawah tangga... dann sekarang buai dia pun ibu gantung bawah tangga juga.. Hai la tangga .... hehehehe...
Labels:
Amanda Raisya,
Anak-anak
Monday, 26 August 2013
Amanda Raisya Demam Part-2
Ruam dan bintik-bintik merah dah menguasai seluruh badan Amanda.. Siangnya dia dah mula meragam.. merengek serba tak kena. Bila di rumah menjaga anak sendirian.. Google lah tempat rujukan. juga bersembang dengan kenalan di handphone.. whatsapp, Line, Kakao Talk, wee chat dan facebook la yang utama.
Rujukan pertama dari kenalan blogger : Blog Supermak
Kebetulan baby Irfan juga baru kebah dari demam campak jenis ruam juga. Tak cukup dengan baca di entri kak Yan, kami bersembang di whatsapp pula.. Terima Kasih kak Yan sudi melayan ... Terima Kasih juga pada bff Latifah Bee dan juga Zuniza yang memberi petua berdasarkan pengalaman.. juga kawan-kawan facebook Terima Kasih.
Possing dekat luar rumah.. baru lepas memujuk dia .. sebab menangis tak kena gaya.. duduk tak mahu.. apatah lagi baring .. lagi lah tak mahu
Gambar .. macam biasa tak berapa nak cantik.. Tapi masih boleh nampakkan ruam campak memenuhi seluruh badan Amanda.. Tengah harinya mula nampak ruam di kaki. Selesai kerja rumah dan makan tengah hari saya keluar, niat di hati nak bawa dia ke klinik, dapatkan calamine lotion, dan juga cari air kelapa. Tapi malangnya klinik tutup, Rehat.. lama betul rehatnya sampai jam 7.30pm baru buka.. itu pun sampai jam 9.30pm sahaja. Ahad cuti. Anak-anak saya serasi dengan ubat di klinik tu.. bila klinik tu tutup tenggelam punca nak ke klinik mana pula.. Farmasi pun tutup, tak pula tahu sebab, biasanya Ahad yang tutup.
Singgah di sini beli air kelapa. Tempat biasa beli, tak nampak stok buah kelapanya.. dah habis agaknya atau mungkin hari tu memang dia tak ada stok buah kelapa muda, yang tinggal air tebu dan laksa buyung saja.. Mujur jumpa kedai uncle ni tepi jalan juga.. tak jauh dari tempat biasa beli air kelapa tu. Isi air kelapa original 60ml dalam botol Amanda, selebihnya bungkus ikat tepi... untuk abang dan kakak.
Jenuh juga nak habiskan 60ml tu... dia tak nak minum.. mungkin rasa lain.. yerlah biasanya minum susu je.. tiba-tiba rasa air pelik kannn..
Nampak juga berubahan pada Amanda pagi Ahad semalam.. Muka dia dah bersih dari ruam-ruam tebal.. Belakang badan yang merah-merah bertompk pon dah semakin berkurangan.. tak pasti lah mungkin sebab air kelapa atau bedak sejuk yang saya lumurkan satu badan dia.. sebab tak dapat cari calamine lotion.. Apa pun syukur Alhamdulilalh... ruam semakin berkurangan di muka , leher dan badan dah sembuh.. tinggal ruam di kaki dan 1 luka besar di tepi lutut kanan dia.. tak tahu nak kata luka apa.. Asalnya saya perasan dari hari Rabu.. kecil saja tapi semakin hari semakin besar... semakin merebak dan berair.. mujur semalam dah kering sebab dah lumur satu badan dengan bedak sejuk.
Bila tengok dengan mata nampak besar sangat luka ni.. dah macam melecur. Abangnya dulu pun pernah kena.. tak tahu punca dari mana... tapi lepas dapat ubat dari klinik yang selalu bawa anak-anak bila sakit, 2 3 hari.. dah kering dan terus baik tanpa tinggalkan parut..
Doakan Amana sembuh sepenuhnya ya.. Sampai sudah tak dapat daun mambu.. sebab seharian hari minggu di rumah... tak dapat juga celamine lotion... atas alasan yang sama seperti di atas.. pakai bedak sejuk aje lah.. tapi kena pegi klinik juga kalau luka di lutut dia tak sembuh..
Amanda Raisya Demam Part-1
Balik dari riadah di Taman Tasik Taiping badan Amanda mula rasa panas. Mulanya jelum-jelumkan saja dengan air sejuk. Ingatkan panas biasa sahaja. Sebabnya bahagian belakang kepala Amanda yang tak di tumbuhi rambut tu memang sering panas. Tapi biasanya panas-panas biasa.. Bila di jelumkan dengan air sejuk panasnya akan berkurangan.. Dan di sebabkan itu juga mungkin rambut Amanda lambat tumbuh di kawasan itu.. Mungkin... Kata orang kan "makan dek bantal"
Malamnya Amanda tidur seperti biasa sedar 2 - 3 kali untuk menyusu.. macam biasa juga tanpa gangguan lain... tapi paginya masih terasa panas lagi kepala dan badan dia.. Siangnya Amanda sukar untuk lena dengan nyenyak. Hari rabu pulak tu hari abang dan kakaknya sekolah.. Rutin harian saya menghantar dan menjemput abang dan kakak ke sekolah. Amanda kena bawa juga lah.. Petangnya abang ada kelas silat ( latihan tadika ) Saya terus ke rumah kawan lama di Perumahan Awam Kamunting, kira beraya juga lah... tak sempat beraya lagi dengan dia.... Sampai 5.30pm ambil abang dan terus pulang..
Bermulanya dia demam malam....
Petang ke malam je mula rasa badan dia panas, kepala pun panas. Lepas jelum-jelumkan dengan air ramasan daun lidah buaya ( aloe vera) kurang sikit panasnya. Hari Jumaat paginya saya mula perasan perubahan pada Amanda. Nampak tompok merah-merah di pipi, dahi.. belakang kepala ke leher. Mulanya ingatkan ruam biasa. Mungkin sebab cuaca. Lepas mandi saya sapukan bedak seperti biasa. Mulanya ruam memenuhi badan dia dan.. dia merengek serba tak kena. Tapi petang Jumaat tu saya sempat lagi ke rumah mak, bawa mak membeli belah di Tesco. Dengan anak-anak, Ya.. anak-anak saya 3 orang. Gambar tiada. sebab saya tak menang tangan. Amanda saya gendong di depan, sambil tolak wild chair mak. Troli anak sulung Izz yang tolak bersama Syasya. Kecoh juga lah nak handle keadaan tu. Mujur Amanda tak meragam. Owh.. ya di rumah mak saya sapukan dia tepung ubi, sebelum ke Tesco. Petua mak kalau anak ruam, sapukan tepung ubi je, jangan sapukan bedak.
Purubahan pada kulit dia.. ada satu bintik berair di tepi lutut kanan. Selain ruam mula memenuhi seluruh badan.
Continue : Part 2

Wednesday, 12 June 2013
Baby Tidurnya Tak Betul-Betul Lena..
Sejak 2 3 menjak ni baby tidurnya tak berapa lena di siang hari. Susu dah bagi, perut dah di usap minyak telon, kaki, tangan dan belakang badan dah di urut-urat dgn minyak jonsons baby bedtime. Tapi tidurnya sering terjaga... baru je lelap tak sempat 5min dah jaga.. bila 2 3 kali macam tu.. dia akan mengamok la.. trus nangis, kaki kemain lagi tendang.
Mungkinkah tak cukup susu dan perut tak kenyang?
Pertama kali ni saya bagi susu badan sepenuhnya pada Raisya. Mula la otak ni berfikir-fikir. Perlukah bagi dia susu fomula macam abang dan kakaknya dulu? Fikir punya fikir.. saya singgah kedai juga beli la Anmum 0-6bulan pack 200g. Bagi dia cuba. Habis 2oz yang saya bancuh. Lena lah sekejap. Sempat la saya masak di dapur, tak sempat nak makan dia dah bangun.. dah merengek-merengek manja dalam babycot dia. Bila saya gendong bagi susu badan pula... lagi dia isap, macam selalu... dah puas dia semacam nak lena... bila letak semula dalam babycot tu.. lenanya sekejap juga.. puas dodoi bagai.. lenanya tetap sekejap je. yang lebih merengek manja.. Kadang-kadang saya biarkan juga dia merengek gitu.. tapi kalau tak di layan terus menagis kuat. Bila angkat, gendong dia.. senyap je.... bulat je mata. Geram juga kadang-kadang tu. Kedapur pun saya dukung dia. Anak kan.. siapa tak sayang.. nak pula dia yang bungsu. Lagi dia meragam lagi susah hati ni.
Tengoklah perangai dia menagis manja-manja.
"Alahai sayang.. lenguh dah lengan ibu ni jadi bantal kamu". Nak di peluk aje.. bila letak dia sedar. susah hati pulak bila dia macam ni, sb tak tahu punca. Biasanya bayi akan tidur 1 ke dua jam selepas menyusu kan? Malam pun susah nak lena juga.. Tapi bila dah tutup lampu semua Alhamdulillah lena, sekali je dia sedar nak menyusu dalam jam 3pagi atau 4pagi.
Sekarang pon tengah beriba dia.. ( sayang Amanda Raisya ibu ni..)

Thursday, 2 May 2013
Tuah Baby Amanda Raisya.
Dah lama nak update entri ni, tapi sibuk dengan kuning baby Amanda, langsung terlupa hadiah GA yang saya dapat. Berpantang pun dah kelaut... Mana tidaknya, asyik ulang alik ke klinik bawa baby Amanda.
Sebenarnya, masa mengandungkan baby Amanda Raisya memang saya teringin nak beli set NewBorn Philips Avent ni. Berkenan betul model baru ni, dan NurizShar juga bagi harga promosi. Harga kira mampu milik la. Bila saya dapat tahu NurizShar ada buat GA dan hadiahnya Set Newborn ni, saya pun cuba lah.. mudah aje.. hanya perlu share di facebook, halaman NurizShar dan kalau tak silap perlu letak komen sikit, tapi saya tak yakin boleh menang sebab ramai yang share. Tapi ternyata, pemenangnya saya.. dan memang tuah baby Amanda Raisya.
25hb bagi alamat, 27hb barang sampai.. abang dan kakak yang teruja bila pos laju sampai depan rumah. Masing-masing berebut nak tengok hadiah baby Amanda. Dan yang tersenyum lebar adalah saya.. Suami juga tumpang senyum. Ape pun terima kasih sekali lgi buat Nurizshar.
Terima Kasih sekali lagi buat NurizShar. Mulanya saja suka-suka share je.. Tapi dalam hati ada juga rasa teringin nak menang. Siapa tak nak hadiah kan... (^_~) NurizShar umumkan pemenang pada 17 April 2013. Sehari selepas kelahiran baby Amanda Raisya. Kami berdua beranak di hospital masa ni. Saya dalam susah payah lagi baru 1hari selepas caesar. Saya discaj wad 19 April 2013, Jumaat. tapi memang tak ingat la nak online facebook. Yang penting rehat, nak bergerak pun masih hati-hati.. pergerakan juga perlahan dan terbatas. 25 April 2013 baru saya boleh senang-senang online, iaitu hari ke-9 baby Amanda, banyak sangat tag & notification memang tak terperasan saya pemenang GA ni. Tiba-tiba tergerak hati ni nak tengok siapa pemenang GA NurizShar, bila lihat saja nama facebook saya yang tertera "Contes Winner" hati ni berbunga-bunga.. senyum tak kena, jantung berdebar.. tak tahu nak luahkan betapa gembiranya... sambil pandang baby Amanda di sebelah, satu ciuman lekat di pipi dia. Memang bertuah anak ibu ni..
Sebenarnya, masa mengandungkan baby Amanda Raisya memang saya teringin nak beli set NewBorn Philips Avent ni. Berkenan betul model baru ni, dan NurizShar juga bagi harga promosi. Harga kira mampu milik la. Bila saya dapat tahu NurizShar ada buat GA dan hadiahnya Set Newborn ni, saya pun cuba lah.. mudah aje.. hanya perlu share di facebook, halaman NurizShar dan kalau tak silap perlu letak komen sikit, tapi saya tak yakin boleh menang sebab ramai yang share. Tapi ternyata, pemenangnya saya.. dan memang tuah baby Amanda Raisya.
25hb bagi alamat, 27hb barang sampai.. abang dan kakak yang teruja bila pos laju sampai depan rumah. Masing-masing berebut nak tengok hadiah baby Amanda. Dan yang tersenyum lebar adalah saya.. Suami juga tumpang senyum. Ape pun terima kasih sekali lgi buat Nurizshar.
Wednesday, 1 May 2013
Amanda Raisya, Kuning Dan... Jalan-jalan ke Tesco ???
Semalam, saya ke KKIA Kamunting bawa baby Amanda untuk jumpa doktor. Lanjutan susulan kuning dia. Semalam memang tak perlu ambil darah di kaki, tapi ambil sample darah di tangan pula. Kesian dia.. teriak kuat betul dalam bilik tu. Saya tak di benarkan ada dalam bilik tu. Sayu hati saya bila dengar dia menagis kuat betul. Mulanya, lama juga saya dalam bilik doktor tu, dengar apa yang doktor ceritakan tentang bahaya "jaundice" pada bayi, sebab itu lah sample darah baby Amanda perlu untuk di buat ujian. Saya redho asalkan baby Amanda sihat. Kalau tak di periksa, tak akan tahu apa punca kuning dia tak turun.
![]() |
| Lepas kena cucuk dan ibu pujuk-pujuk bagi susu lena dia dalam pelukan Ibu |
Bila tengok tangan kecil dia macam tu, rasa sakit dia saya dapat rasa, mana taknya kalau tangan saya yg kena cucuk pun beraduh juga saya. Inikan tangan dia yang halus tu kena cucuk ambil darah. 3 botol kecil besar jari kelingking saya ni botol untuk isi darah dia, kemudian di hantar ke makmal. Seminggu baru dapat keputusan.
![]() |
| Melampaukan Ibu, lepas baby Amanda cucuk bawa shoping ke Tesco Taiping |
![]() |
| Baby Carrier |
Yang ni la yang pertama nak cari, penting benda ni untuk baby Amanda. ( Beli yang murah je... kebetulan ada sale diskaun ) Sebab lepas saya dah kuat, saya kenalah sambung aktiviti menjadi driver kepada abang dan kakak. Baby Amanda lah yang akan menemani Ibu ke sana sini lepas ni. Dulu masa anak-anak kecil dulu tak pernah beli pun benda ni, sebab saya tak selalu memandu sendirian dengan anak-anak. Nak pula, anak-anak kecil berturut tahun. Memanag tak lah memandu sendirian
![]() |
| Baby Stroller |
Benda ni pulak tak dirancang pun belinya.. hahahhaha... maklumlah Tesco buat sale kan.. beli jela.. Beli yang murah je. Untuk baby Amanda seorang. Sebab kakak dan abang ada, bila jalan-jalan ada la yang tolong tolakkan baby Amanda nanti.
Pose dari orang dalam pantang 15 hari yang dah jalan-jalan shoping ke Tesco. Lepak di foodcourt minum milo panas segelas je, dan susukan Amanda di sini juga.. Malas nak masuk bilik menyusu dan tukar lampin bayi sebab nak pantau abang dan kakak main. Saya ke sini bersama adik ipar. Dia yang memandu kereta. Tapi dia juga sibuk melayan anaknya 10bulan.
Monday, 29 April 2013
Bila Baby Amanda Kena Kuning, Ibu Dalam Berpantang Pun Entah Kemana..
Susah hati ini.. memang susah hati. Hari-hari keluar kena pegi klinik untuk cucuk ambil darah baby, kesian anak ibu. Hari ni dah hari yang ke-14 sayang... tapi kuning baby Amanda Raisya ibu masih dalam bacaan yang tinggi. Badan ibu pun tak terurus, tah kemana mandi daun ubatnya... segala set bersalin pun tak dapat nak guna lagi, makan pun tak tentu time, 100% perhatian ibu pada baby Amanda aje.
Mujur saya rasa saya dah kuat, dah sihat boleh bebas bergerak kesana kemari,.. cuma saya tak try memandu je lagi. Sementara adik ipar meneman di rumah lapang sikit dada saya, boleh menolong masak, hantar kakak dan abang ke tabika. Bawa saya dan baby Amanda ke klinik untuk cucuk ambil darah. Suami? Ade.. tapi dia kerj kerja, tak dapat dah nak teman saya dan bawa baby Amanda ke klinik. Sebab dari sebelum bersalin lagi suami saya dah cuti, sebab saya masuk wad awal sehari sebelum pembedahan "ceasar". 10 hari juga suami saya cuti. Sebab tu lah dia minta adiknya temankan saya di rumah semasa dia kerja. Berpantang sendiri tanpa bantuan org tua memang sukar juga, tapi apakan daya,.. ibu saya juga tak sihat, dia juga perlu perhatian. Dia boleh bergerak sendiri untuk berdikari uruskan diri sendiri dah cukup baik. Mertua saya pula ada, tapi dia perlu beri perhatian pada baba mertua saya kerana sering tak sihat, sakit orang tua. Jadi tak nak menyusahkan sesiapa saya berpantang sendiri di rumah.
Berbalik kepada baby Amanda. hari pertama keluar wad, saya dan baby Amanda adalah hari ke-4 Amanda. Iaitu hari Jumaat petang. Jadi esoknya Sabtu jururawat melawat tak dapat datang, Ahad baru datang melawat saya dan baby, kata jururawat tu baby Amanda "kuning". Dia minta kami suami isteri bawa baby Amanda ke klinik. Bila dapat bacaanya. terkejut saya 203.1 , tersangat lah tinggi. bacaan normal 150 dan kebawah.
Jadi bermula la aktiviti ke KKIA :
Lega sikit dua hari selepas cek up, turun sikit kuning dia. tapi sikit sangat belum boleh seronok lagi.. saya tak amalkan apa-apa kecuali susukan dia susu badan saja. Sebab saya yakin dengan susu badan sepenuhnya akan turunkan kuning Amanda, tapi saya lupa.. saya makan jus untuk ibu bersalin yang ada macam-macam khasiat untuk pulihkan rahim, semua tu mungkin panas.
Sekejap turun, sekejap naik.. saya pun tak tahu mana silapnya.. bermacam-macam ikhtiar saya dah buat, susukan baby Amanda tak pernah missed. Syukur pada Allah swt juga rezeki baby Amanda, susu saya banyak.
Untuk hari ni saya cuba petua seorang kenalan, ibu kawan anak saya di tadika. Dia beri saya "daun pisang awak" untuk lapik tempat tidur baby Amanda, saya ada juga singgah kedai untuk beli kucai untuk mandikan dia tadi, juga agar-agar untuk direndam semalaman untuk buat mandi esok pagi. Kalau bab mandi-mandi.. petua luaran saya ikutkan saja. Tak nak dak suap mulut dia bagai-bagai. Kuatir memudaratkan dia dan tiba-tiba kuning dia naik mendadak lagi.
Esok baby Amanda ada appointment dengan doktor, jam 2 petang. Nurse tu pesan tak payah pergi makmal untuk suntikan, terus je ambil nombor dan ke bilik doktor. Tunggu lah apa kata doktor esok. Harap-harap semuanya baik.

Hari pertama : 22 April 2013 usia baby Amanda = 7 hari
Bacaan : 203.1
Masa ni terkejut betul, tak sangka tinggi betul kuning dia. Sebab masa discaj tu doktor yang periksa Amanda dah bagi tahu Amanda bebas kuning. Jadi hati pun berbunga-bunga.. ingtkan apa yang saya amalkan ketika mengandung menjadi.. Kerana Amanda tak ada kuning. Tapi sangkaan saya meleset.
Hari kedua : 25 April 2013 usia baby Amanda = 10 hari
Bacaan : 197.9
Bacaan : 197.9
Lega sikit dua hari selepas cek up, turun sikit kuning dia. tapi sikit sangat belum boleh seronok lagi.. saya tak amalkan apa-apa kecuali susukan dia susu badan saja. Sebab saya yakin dengan susu badan sepenuhnya akan turunkan kuning Amanda, tapi saya lupa.. saya makan jus untuk ibu bersalin yang ada macam-macam khasiat untuk pulihkan rahim, semua tu mungkin panas.
Hari ketiga : 27 April 2013 usia baby Amanda = 12 hari
Bacaan : 203.4
Bacaan : 203.4
Keputusan yang paling mengejutkan saya ketika ini... langsung saya uplod gambar baby Amanda di facebook. Ramai kenalan facebook bagi petua, sebelum ni pun ada juga. Saya fikir mungkin kuning Amanda naik selepas saya beri dia titisan jus anggur hitam. Tapi itu semua kemungkinan sahaja.. sepatutnya saya perlu beri dia susu badan sahaja..
Saya beli Mandian herba ini untuk ikhtiar mandikan baby Amanda, sebelum ni dah mandikan dia dengan daun dukung anak, tapi tak ada perubahan sangat.
Hari keempat : 28 April 2013 usia baby Amanda = 13 hari
Bacaan : 201.3
Balik dari klinik saya tak bedung dia.. sebab ada kenalan yg bagi tahu jangan di bedung baby yang kuning, lagi lena dia tidur kalau di bedung. Ada logik juga... jadi biarkan dia lena macam ni selepas menyusu, tak cukup susu badan puting ori. Minum susu perahan pulak dalam botol. Mujur dia pandai minum botol. Sama je kut dia rasa puting botol dengan bress kut.. Heheheh.. Avent terbaik.
Hari kelima : 29 April 2013 usia baby Amanda = 14 hari
Bacaan : 198.7
Bacaan : 198.7
Sekejap turun, sekejap naik.. saya pun tak tahu mana silapnya.. bermacam-macam ikhtiar saya dah buat, susukan baby Amanda tak pernah missed. Syukur pada Allah swt juga rezeki baby Amanda, susu saya banyak.
Untuk hari ni saya cuba petua seorang kenalan, ibu kawan anak saya di tadika. Dia beri saya "daun pisang awak" untuk lapik tempat tidur baby Amanda, saya ada juga singgah kedai untuk beli kucai untuk mandikan dia tadi, juga agar-agar untuk direndam semalaman untuk buat mandi esok pagi. Kalau bab mandi-mandi.. petua luaran saya ikutkan saja. Tak nak dak suap mulut dia bagai-bagai. Kuatir memudaratkan dia dan tiba-tiba kuning dia naik mendadak lagi.
Esok baby Amanda ada appointment dengan doktor, jam 2 petang. Nurse tu pesan tak payah pergi makmal untuk suntikan, terus je ambil nombor dan ke bilik doktor. Tunggu lah apa kata doktor esok. Harap-harap semuanya baik.
Thursday, 25 April 2013
Orang Baru Dalam Keluarga Kami
Hari ni dah hari yang ke 10 saya berpantang, 10 hari juga usia bayi saya. Baru hari ni saya dapat mencuri sedikit masa untuk entri. Sebab, Dari hari saya discaj sampai lah hari ni, saya sibuk melayan baby, dah rehatkan badan .. pergerakan saya juga agak sukar, kerana melahirkan secara caesarean. Tapi Alhamdulillah hari ni semakin pulih, pembuangan juga lawas, pergerakan juga lebih aktif dari sebelumnya.
Kenalkan bayi comel saya, perempuan.. seberat 3.2kg
Baby Amanda Raisya:
Baby Amanda baik sangat, tak meragam, baik di wad ramai baby lain nangis... dia, tetap lena di buai mimpi. Nangis lapar susu pun sikit je suara yang keluar. Balik rumah pun sama tak meragam sangat. Kata kawan saya yang berpengalaman 3 orang anaknya menyusu badan, bayi memang tak meragam. Saya seperti ibu baru pertama kali menyusu badan. Memang ini pertama kali saya menyusu anak sepenuhnya tanpa campur susu fomula.
Gambar di atas ketika di hospital.
Kenalkan bayi comel saya, perempuan.. seberat 3.2kg
Baby Amanda Raisya:
![]() |
| Sayang Ibu.. |
Gambar ni beberapa minit selepas kelahiran Baby Amanda Raisya, dan selepas suami saya qamad kan dia. Waktu ini saya tak mampu nak bergerak, masih berpuasa, terbaring atas katil menanti 6 jam lagi untuk mula minum air selepas proses caesarean.
![]() |
| 1 day in hospital Taiping |
![]() |
| Selepas nyusu |
![]() |
| Possing sikit, baru nak buka mata |
![]() |
| Lena lagi.. |
Gambar di atas ketika di hospital.
Wednesday, 20 March 2013
Sekali Lagi Dia Berani, Hero Ibu
Hari ni sekali lagi lagi dia cabut gigi sendiri.. selang 7 hari je dari gigi pertama yang gugur ... SINI tapi kali ni Izz cabut gigi di tabika. Masuk aje kereta dia senyum, tunjuk gusi yang dah kosong tu.. Gigi, dia simpan dalam beg. Sebab, nak tanam kat rumah dekat-dekat dengan gigi yang mula-mula luruh tu.
![]() |
| Hero Nakal IBU : Dhia Izz Hail |
Ngeee... buat tatapan abang nanti bila dah besar.. semoga abang akan ingat bila gigi abang mula luruh. Hari Isnin cuti sekolah ni ibu bawa abang ke klinik gigi ok. Untuk pemeriksaan gigi abang.
Thursday, 14 March 2013
Cabut Gigi Sendiri di Rumah & Ini Gigi Pertama Izz yang Gugur
Hari ni ada Maljis Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan Mewarna peringkat Tabika Kemas Dun Kamunting. Yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Banyak juga hadiah, dari hadiah anak-anak yang menang mewarna, juga hadiah cabutan bertuah untuk ibu bapa yang hadir. Tuahnya hari ni pada suami saya, sebab dapat Voucher RM100 untuk membeli belah di Pasaraya Giant. Hum.. berbaloilah juga.. kan... dan adik si anak dara saya sorang ni dapat tempat ke-19. si abang??? hum.. tak berpihak pada dia.. tapi Tahniah buat Tabika Kemas abang dan adik ada 4 ke 5 orang yang menang.
Balik dari majlis tu lah Izz ada mengadu gigi bawahnya longgar. Saya biarkan saja.. sebab ingat tak sirius.. cuma pesan pada dia "jangan usik" sangat.
Tapi.. gigi tu kan milik dia.. dalam mulut dia.. jadi dia asyik juga usik-usik gigi tu.. sepetang ni memang kerja dia main-main dengan gigi tu. Mulanya ingatkan sempatlah nak cabut gigi tu di klinik, sebab saya tak berapa berani nak cabut sendiri.. takut dia yang menjerit nanti.. Tapi akhirnya.. gugur juga gigi abang Izz ni. Dia sendiri main, dia sendiri yang longgarkan, dan... dia sendiri yang cabut. ~Hehehehe~
Ngeeeeeeeee ... fresh, gigi baru gugur dari gusi abang. Abang belum pun 6 tahun, tapi gigi pertama abang dah pun gugur 1. Hari ni umur abang 5 tahun, 9 bulan dan 20 hari. ~ hehe..
Senyuman dari abang saat pertama gigi abang tak ada.. Tengok yang atas sebelah tu pula, gigi tu pun dah lama juga bertukar warna ke kelabu, tak lama lagi semacam gigi tu pula yang nak gugur nanti.
Ni pula senyuman abang masa umur dalam 15 bulan. Masa ni gigi abang belum pun tumbuh penuh lagi..
Apa pun, ibu harap nanti gigi abang akan cepat tumbuh yang baru, pesan ibu buat abang tadi (try psyco dia)
- "Lepas ni tinggal lah botol susu abang tu.. sebab abang minum botol la gigi abang cepat rosak dan luruh."
- "Selalu-selalu lah gosok gigi dengan dengan betul, jagan nak makan ubut gigi tu sebab sedap kan... ha lepas ni guna la ubat gigi ibu dengan abah yang abang kata pedas tu."
- "Lepas ni tak boleh dah cabut gigi di rumah nak cabut gigi kena pegi klinik."
Ada pula jawapan abang..
- "Semalam memang abang minta susu dalam cawan pun.. ibu yang tak dengar. bukan abang minta dalam botol pun.."
- "Abang memang tak makan dah pun ubat gigi tu.. adik yang selalu makan.... pastu picit banyak-banyak "
- blurr.... than jawab "OK" tapi tanya balik "Kenapa?"
Komen saya : Tak Pernah pun nak salah kan diri dia.. hehehe...
Tuesday, 12 March 2013
Opsss!! Tak Menjadi
Ini ha yang tak menjadinya.. "Opss Berhenti Nyusu Botol" Dalam entri tahun lepas KLIK SINI ada saya traning kan budak-budak berdua ni minum susu dalam cawan. Mula-mula susah juga,
Sebab masing-masing memang dah terbiasa minum dalam botol susu. Sedap Nyonyot agaknya.
Sambil - sambil landing depan TV layanzzzzzzzz
Lepas tu mesti lena.
Tengok .. kan dah lena Abang Izz ni. Abang.... abang, tak berapa minggu je lagi abang dah 6 tahun.
Dan sebelum abang 6 tahun abang akan dapat adik lagi sorang.
Tapi abang tetap abang & "Ngimau Musyuk" abang bila nak tido, dan juga botol susu.
Tu tak habis tu dah lena, nanti dah terjaga dari lena sambung balik susu tu.
Sambil layan astro ceria 611.
Ada petua tak nak bagi anak-anak tinggal botol susu ni??
Ada petua tak nak bagi anak-anak tinggal botol susu ni??
Friday, 25 January 2013
Mewarna
Sepetang tadi hujan,... pagi tadi ke sekolah pun hujan.. tapi Alhamdulillah walaupun hujan anak mudah bagun pagi sekarang ni.. tak perlu berkali-kali kejutkan. Kalau last year and 1st week sekolah mula alahai kemain liat lagi nak bangunnyer. Ini semua sebab bagi minum jus IQ MEMORY BOOSTER <-- boleh klik sini
![]() |
| Pagi tadi : Sejuk kata dua beradik ni |
Balik sekolah tengah harinya cikgunya tukjukkan hasil mewarna di tadika. Boleh tahan cara abang Izz mewarna, tapi perlu tunggu ~hehe.. Kalau tak tunggu pasti dia buat comot tu satu hal, cara mewarnanya tu berserabut, ikut dan dia aje lah. Yang adik pula boleh juga mewarna, tapi suka buat warna warni.. Alahai adik...
![]() |
| Hasil di Tabika: Yang kanan tu Abang punya, Yang kiri tu Adik la.. |
Balik je rumah kemain bersemagat la mula-mula nak mewarna, dengan baju sekolah tak buka, tak nak mandi tak nak makan tengah hari.. Tapi lepas kena marah ~hehehe.. baru kemas balik yang mana sepah tu..
Petang pun cuaca hujan, bila hujan Astro pun tak boleh tengok, jadi apa lagi mulakan la aktiviti mewarna. Mula-mula penuh bersemangat, tapi kena tunggu la. Ibunya kena la jadi tukang asah pensil warna tu.
![]() |
| Permulaan Pertama |
![]() |
| Hampir siap |
Nampaknya Izz yang dapat siapkan dulu.. Adik tu nyibuk aje.. Sebenarnya dia geram, dia punya tak siap lagi, padahal dia yang mula mewarna dulu. Tapi jenuh la tunggu dia (adik) nak siapkan, lengoh tanganlah, penatlah, nak asah pensel warnalah, macam-macam alasan nak tunggu dia. Abang pun sama juga , tapi dia boleh buat cepat, asalkan tunggu. Bagi semangat tu sudah tentu, tapi kalau bab sembang, nak dapat hadiah aje, siap berangan lagi dia menang.
![]() |
| Peace : Siap juga akhirnya |
Sikit je lagi nak habis pun macam-macam keluar dari mulut dia ni, letih melayan. Esok pagi di pertandingan macam mana kerenahnya pun belum tahu lah.. Ini nak siap kan 1 pun punya la susah. Dulu pernah juga masuk pertandingan mewarna, tapi masing-masing tak dapat hadiah juara ke, ke dua ke atau ketiga, walau saguhati,.. Dapat free gift aje lah.. semua dapat. Sebabnya, yang adik tak larat nak warnakan sampai habis, katanya penat nak sambung kat rumah, alahai adik.. time tu pasrah ajelah nak pula dia peserta last sekali yang hantar, Izz pula warna sampai habis, tapi kurang menyerlah, tak terang warnanya tu, sebab dia tak tekan. dan lagi pun ada anak-anak lain yang lagi cantik hasil warnanya.. (Belum ada rezekilah tu .. ) So, keputusanya tunggu esoklah..
p/s: hum.. letih.. time menulis ni pun kat luar nun masih hujan, tadi dah reda sekejap tapi hujan semula,.. anak-anak pun dah lena. Nak tidur juga..esok bangun awal nak masak apa belum fikir lagi untuk tapau.
Tuesday, 27 November 2012
Anak-anak dah boleh tinggal botol susu..
Saat-saat yg paling dinanti-nantikan oleh diri sendiri. Memang saya tak sangka anak-anak dah boleh tinggalkan botol susu di musim cuti sekolah ni. Semestinya cabaran yang sangat susah mulanya untuk berhentikan sepenuhnya punyusuan botol anak-anak ni.. Manakan tidaknya.. si abang dah 5 tahun.. buka sekolah awal Januari 2013 nanti dah masuk 6 tahun.. si adik pula 4tahun.. tahun depan 5 tahun. see.. see.. dah besarkan bagi budak yang meyusu botol?
Mulanya susah juga saya nak aturkan minum susu diaorang berdua ni. Tapi peluang terbaik masa cuti sekolah ni diambil untuk bersarapan bersama-sama saya.. Biasanya saya sarapan di jalanan ( dalam kereta/kedai nasi lemak kawan saya) aje.. Anak-anak pula sarapan di tadika. Walaupun pembantu tadika ada sediakan menu sarapan untuk anak-anak tadika tetapi biasanya saya akan belikan juga budak berdua ni kuih-muih atau nasi lemak atau juga roti. (Atas permintaan .. bila dah selalu beli dah jadi terbiasa) Balik saja dari tadika, sesampainya depan pintu rumah.. mulalah minta susu. Tak nak makan nak susu dulu. Kalau cuti sabtu dan ahad anak-anak taknak pula sarapan terlebih dadulu, pagi-pagi susu botol juga yang diminta.
Paling susah nak tinggal botol susu si abang.. bukan adiknya. Sebab! si abang ni suka hisap botol kosong. Susu dah habis botol kosong tetap di mulut. ( buruk kan? ~hehehe~) saya dan suami puas mencuba macam-macam taktik untuk dia. tapi tak menjadi.. Selasak-lasaknya abang tu tapi hisap botol kosong tu yang tak menahan tengok gelagat dia. Tapi saya cuba dan terus cuba untuk budak berdua ni tinggalkan botol susu. Tapi taklah saya hentikan susu pula.
Betullah kata orang berpengalaman... mahu mendidik anak-anak harus dengan kata-kata dan tunjuk ajar dari kita ibubapa dengan cara yang lembut lagi halus. Saya sentiasa ingatkan kedua-duanya yang meraka dah pun besar. dan tak perlukan botol susu lagi.. ( nak pula tak lama je lagi pun saya akan melahirkan seorang lagi zuriat) yang abang akan ada 2 oranglah adik-adiknya.. si adik pula bakal menjadi kakak bukan lagi adik.
Mulanya nak biarkan si abang dulu tinggalkan botol susunya. (sebab abang tua setahun dari adik) tapi bila difikirkan nanti tak akan menjadi hasil sebab bila abang tengok adik susu botal sah-sahla... nanti dia pun minta. Jadi, dua-dua saya traning minum susu dalam cawan. Nak traning mudah saja (mujur ada idea ~hahaha~ ) minum susu bersama-sama ibu. Tapi ibunya minum Anmum Materna lah.. untuk bayi dalam kandungan ini yang sudah pun 18minggu .. (^_~) nanti saya update tentang pengalaman hamil saya kali ini dengan sebelum-sebelumnya ya.
Bye.. Bye.. botol susu...
Walaupun botol tu baru di beli, (sebab dulu mmg ibu la yang selalu tukar-tukar botol susu anak-anak ni.) tapi saya tak kisah sebab saya rasa senang hati melihat anak-anak dah tak menyusu botol lagi.. Dah besar anak-anak ibu ni... Sebenarnya bila anak-anak menyusu botol, orang yang suka membeli bermacam-macam jenis botol adalah saya juga sebanya kan banyak corak-corak menarik di pasaran kan.. ~hehehe~ aptb
![]() |
| hari ke-3 anak-anak bersarapan bersama 1 gelas susu masing. (yang mug besar kanan sekali tu ibunya lah yang punya) |
Mulanya susah juga saya nak aturkan minum susu diaorang berdua ni. Tapi peluang terbaik masa cuti sekolah ni diambil untuk bersarapan bersama-sama saya.. Biasanya saya sarapan di jalanan ( dalam kereta/kedai nasi lemak kawan saya) aje.. Anak-anak pula sarapan di tadika. Walaupun pembantu tadika ada sediakan menu sarapan untuk anak-anak tadika tetapi biasanya saya akan belikan juga budak berdua ni kuih-muih atau nasi lemak atau juga roti. (Atas permintaan .. bila dah selalu beli dah jadi terbiasa) Balik saja dari tadika, sesampainya depan pintu rumah.. mulalah minta susu. Tak nak makan nak susu dulu. Kalau cuti sabtu dan ahad anak-anak taknak pula sarapan terlebih dadulu, pagi-pagi susu botol juga yang diminta.
| gambar 2009 saat-saat ini paling di rindukan.... |
Paling susah nak tinggal botol susu si abang.. bukan adiknya. Sebab! si abang ni suka hisap botol kosong. Susu dah habis botol kosong tetap di mulut. ( buruk kan? ~hehehe~) saya dan suami puas mencuba macam-macam taktik untuk dia. tapi tak menjadi.. Selasak-lasaknya abang tu tapi hisap botol kosong tu yang tak menahan tengok gelagat dia. Tapi saya cuba dan terus cuba untuk budak berdua ni tinggalkan botol susu. Tapi taklah saya hentikan susu pula.
Betullah kata orang berpengalaman... mahu mendidik anak-anak harus dengan kata-kata dan tunjuk ajar dari kita ibubapa dengan cara yang lembut lagi halus. Saya sentiasa ingatkan kedua-duanya yang meraka dah pun besar. dan tak perlukan botol susu lagi.. ( nak pula tak lama je lagi pun saya akan melahirkan seorang lagi zuriat) yang abang akan ada 2 oranglah adik-adiknya.. si adik pula bakal menjadi kakak bukan lagi adik.
Mulanya nak biarkan si abang dulu tinggalkan botol susunya. (sebab abang tua setahun dari adik) tapi bila difikirkan nanti tak akan menjadi hasil sebab bila abang tengok adik susu botal sah-sahla... nanti dia pun minta. Jadi, dua-dua saya traning minum susu dalam cawan. Nak traning mudah saja (mujur ada idea ~hahaha~ ) minum susu bersama-sama ibu. Tapi ibunya minum Anmum Materna lah.. untuk bayi dalam kandungan ini yang sudah pun 18minggu .. (^_~) nanti saya update tentang pengalaman hamil saya kali ini dengan sebelum-sebelumnya ya.
![]() |
| botol yang terkini yang dibeli |
Walaupun botol tu baru di beli, (sebab dulu mmg ibu la yang selalu tukar-tukar botol susu anak-anak ni.) tapi saya tak kisah sebab saya rasa senang hati melihat anak-anak dah tak menyusu botol lagi.. Dah besar anak-anak ibu ni... Sebenarnya bila anak-anak menyusu botol, orang yang suka membeli bermacam-macam jenis botol adalah saya juga sebanya kan banyak corak-corak menarik di pasaran kan.. ~hehehe~ aptb
Subscribe to:
Posts (Atom)