Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Friday 25 January 2013

Mewarna

Sepetang tadi hujan,... pagi tadi ke sekolah pun hujan.. tapi Alhamdulillah walaupun hujan anak mudah bagun pagi sekarang ni.. tak perlu berkali-kali kejutkan. Kalau last year and 1st week sekolah mula alahai kemain liat lagi nak bangunnyer. Ini semua sebab bagi minum jus IQ MEMORY BOOSTER <-- boleh klik sini
Pagi tadi : Sejuk kata dua beradik ni
Balik sekolah tengah harinya cikgunya tukjukkan hasil mewarna di tadika. Boleh tahan cara abang  Izz mewarna, tapi perlu tunggu ~hehe.. Kalau tak tunggu pasti dia buat comot tu satu hal, cara mewarnanya tu berserabut, ikut dan dia aje lah. Yang adik pula boleh juga mewarna, tapi suka buat warna warni.. Alahai adik...

Hasil di Tabika: Yang kanan tu Abang punya, Yang kiri tu Adik la..
Balik je rumah kemain bersemagat la mula-mula nak mewarna, dengan baju sekolah tak buka, tak nak mandi tak nak makan tengah hari.. Tapi lepas kena marah ~hehehe.. baru kemas balik yang mana sepah tu..

Petang pun cuaca hujan, bila hujan Astro pun tak boleh tengok, jadi apa lagi mulakan la aktiviti mewarna. Mula-mula penuh bersemangat, tapi kena tunggu la. Ibunya kena la jadi tukang asah pensil warna tu.

Permulaan Pertama
Hampir siap
Nampaknya Izz yang dapat siapkan dulu.. Adik tu nyibuk aje.. Sebenarnya dia geram, dia punya tak siap lagi, padahal dia yang mula mewarna dulu. Tapi jenuh la tunggu dia (adik) nak siapkan, lengoh tanganlah, penatlah, nak asah pensel warnalah, macam-macam alasan nak tunggu dia. Abang pun sama juga , tapi dia boleh buat cepat, asalkan tunggu. Bagi semangat tu sudah tentu, tapi kalau bab sembang, nak dapat hadiah aje, siap berangan lagi dia menang. 

Peace : Siap juga akhirnya
Sikit je lagi nak habis pun macam-macam keluar dari mulut dia ni, letih melayan. Esok pagi di pertandingan macam mana kerenahnya pun belum tahu lah.. Ini nak siap kan 1 pun punya la susah. Dulu pernah juga masuk pertandingan mewarna, tapi masing-masing tak dapat hadiah juara ke, ke dua ke atau ketiga, walau saguhati,.. Dapat free gift aje lah.. semua dapat. Sebabnya, yang adik tak larat nak warnakan sampai habis, katanya penat nak sambung kat rumah, alahai adik.. time tu pasrah ajelah nak pula dia peserta last sekali yang hantar, Izz pula warna sampai habis, tapi kurang menyerlah, tak terang warnanya tu, sebab dia tak tekan. dan lagi pun ada anak-anak lain yang lagi cantik hasil warnanya.. (Belum ada rezekilah tu .. ) So, keputusanya tunggu esoklah..

p/s: hum.. letih.. time menulis ni pun kat luar nun masih hujan, tadi dah reda sekejap tapi hujan semula,.. anak-anak pun dah lena. Nak tidur juga..esok bangun awal nak masak apa belum fikir lagi untuk tapau.


2 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

mcm mana gi mewarna kat rakan muda hari tu?? best tak?? ke...panas?? hehe..

Bellezza Bunga Matahari said...

panas tu dah mmg cuacalah kan.. tapi sungguh ema xthu mkn di sediakan. so apa yg ditapau tu xterusik.. heheh.. tempat mewarna tu ok dh mula2 tu kat tepi koridor squash cort. tapi at last di tukar kat dlm.. dah la air cond on.. pastu ibubapa n guru xleh tggu kat situ.. ada gak yg nangis.. hum.. mmg nk buat entri ttg tu tapi.. hahah lom ada peluang.