Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Saturday 19 January 2013

500 Ribu Ringgit Milik Jozan, Tahniah!



Tahniah buat Jozan... Tahniah! Tahniah! Tahniah!.. Saya memang peminat mereka, tapi tak lah sampai minat tu tergila-gilakan mereka berdua. Saya, suami dan anak-anak memang sukakan gelagat dan ketetah gabungan Zizan dan Johan ni. Memang tak pernah menghampakan, mesti gelak punya.




Finalis Maharaja Lawak Mega 2012 yang tak menghampakan peminat semua. Semua terbaik dari yang terbaik. JOZAN,JAMBU,SHIRO,BOBOI dan SAYWHO. Semua finalis tak menghampakan semalam. Sampai saya sendiri melekat saja depan tv.

Pada awal kemunculan Zizan berseorangan dengan watak U-start Engine, saya sangkankan Johan masih belum sihat sepenuhnya untuk ke Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir. Kemunculan Johan membuatkan seluruh penonton auditorium menjerit. Saya juga di rumah tersenyum senang hati. Ingatkan Zizan sendiri lagi dan peluang juara tipis agaknya kalau Zizan sendirian lagi. Tapi walau Zizan sendiri karektornya yang lucu tetap tak menghampakan peminat.



Walaupun kesihatan Johan tak berapa mengizinkan, tetapi Johan tetap tak menghampakan peminat dan pasangannya Zizan untuk berada pada Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir. Kemenagan mereka pasti tak menghampakan Johan dan menjadi hadiah paling istimewa buat meraka berdua.

Lebih kurang bergini ucapan Johan:

"Terima Kasih pada Zizan yang mengekalkan Jozan sentiasa berada di atas sepanjang ketiadaan saya dan terima kasih pada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya dan mengizinkan saya keluar wad untuk malam ini"

Adei!.. memang terbaikkan Jozan? Memang gementar semasa Dato`AC Mizal nak umumkan Juara, antara dua Jozan dan Jambu. Dua2 punya personaliti tersendiri untuk menghiburkan peminat. Dua2 bermula dengan Consonan "J". Air mata gembira Zizan dan Johan yang bersujud gembira membuatkan saya tumpang gembira. Kerana saya rasa mereka berdua memang layak. Sejak dari Maharaja Lawak lagi saya menyangkakan Jozan yang akan juara tetapi kemenagan berpihak pada Sepah. Jadi inilah kemenagan yang bermakna buat Jozan...

Program tv yang santai dan mencuit hati kami sekeluarga, dari "Raja Lawak" ke "Super Spontan" , "Maharaja Lawak" dan "Maharaja Lawak Mega" tak pernah kami sekeluarga lepaskan peluang menonton bersama. Kalau yang tak berapa lawak tu faham-faham aje lah sunyi sepi terkedu masing-masing depan tv tu.. Punch line tak sampai agaknya.. hehehe..

Apa pun tahniah buat finalis Maharaja Lawak Mega 2012, dan mereka semua adalah juara. lawak yang berjaya mencuit hati semua peminat.

Senarai penuh kedudukan finalis MLM 2012 semalam 18 Januari 2013:-

Juara : JOZAN (membawa pulang wang tunai 500 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Naib Juara : JAMBU (membawa pulang wang tunai 250 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Tempat ke-3 : SHIRO (membawa pulang wang tunai 150 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Tempat ke-4 : BOBOI (membawa pulang wang tunai 50 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Tempat ke-5 : SAYWHO (membawa pulang wang tunai 15 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)


Tahniah! buat semua pemenag...

p/s: lena semalam tido..

2 comments:

Unknown said...

dasyat kan hadiah dia . hadoi ..

Bellezza Bunga Matahari said...

mmg dasayat la bee. kongsi 2 sorang 250ribu.. huhuhuhu.. ribu2 tuh!!.. 1 kemenagan utuk juara.. sb dia rang ni xpernah juara.. kan