Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Thursday, 17 January 2013

Sarapan depan lettop


Hahaha.. tajuk saja dah nampak sangat memang di depan lettop saje lah pagi-pagi ni...


Pagi ni kemain susah lagi anak-anak nak bangun pagi, dah berkali-kali cuba kejutkan tapi tak bergerak-gerak dari tempat tidur. Sudah la tempat tidur Syasya dengan bau achem dia, (sejak mengandung kali ni hidung ni sangat sensitif pada bau-bauan) puas saya kejut liat juga dua beradik ni nak bagun. Merengek bagai dua beradik tu pagi ni. Nak mandi pun masih merengek, dari gosok gigi, mandi, nak pakai baju tetap merengek-rengek tak sudah-sudah.

Bila dah siap turun bawah aje terus cergas, sebab nak berebut-rebut nak masuk kereta duduk seat depan. Semua tak menyempat, at last kena marah, dua-dua duduk seat belakang.. (saya yang terseyum sorang-sorang)

Nak cepat punya hal sebab jam dah dekat pukul 8.20am masih di rumah lagi langsung terlupa roti yang saya sapu maentega mix sri kaya kegemaran anak-anak. Nasib baik la di tabika ada menyedian minum pagi untuk kanak-kanak sebelum mula belajar, sarapan di sediakan pada jam 10.30 pagi pula.

Dan akhirnya, roti tadi tu saya lah yang makan sambil-sambil melayari internet, intai-intai blog kawan-kawan ape cer hari ini, lama sudah saya tak menyempat nak buat entri baru, bukan kekeringan idea tapi tak punya kesempatan waktu..

Selamat pagi semua ya, Salam Khamis hari ini 17 Januari 2013. Sekejap aje kan dah 17 haribulan. Masa tu berlalu bergitu pantas dalam kiat sedar dan tak sedar, semoga hari-hari yang kita lalui adalah hari yang membahagiakan kita untuk hari esok.. Semoga Allah memberikan kesihatan pada kita semua untuk menempuh hari-hari yang mendatang..

Buat yang beragama Islam, Mulakan dengan Bismillahhirohmanirrahim, langkah permulaan sebelum keluar rumah mulakan dengan kaki kanan, dan senyuman manis di bibir selalu.. Wassalam..

No comments: