Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Saturday 12 December 2015

Bunga Matahari Dan Aidijuma

Lama sudah blog ni terdiam membisu... Tentunya ada pelbagai cerita dan warna-warni perjalanan hidup 2015. Sekejap je dah menghampiri ending 2015 kan? humm... (sambil senyum melebar)

Nak kongsikan gambar selfie je hari ni sebagai permulaan menghidupkan kembali blog ini. #aidijuma

My Team work 

Monday 26 January 2015

2014 Memberi Kenangan Istimewa untuk Lebih Dekat Dengan Allah swt. Dan Menghargai Orang Tersayang


Assalamualikum,.. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah... Dapat lagi menikmati udara segar pagi ni, sejuk embun pagi merintik penuh atas kereta, kes semalam tak masuk kereta bawah bumbung lepas Kak Watie sekeluarga balik malam semalam. Pagi ni ngam-ngam je sampai sekolah Izz dan Syasya. Nak lari jem "kekonon" dekat sekolah Izz.  Terus jalan ke sekolah Syasya dulu. At last sangkut dekat 5 minit kat trafik light.

Alhamdulillah... tahun ini segala pengalaman tahun lepas telah mengajarku untuk lebih berdikari, lebih matag, lebih menghargai dan menyayangi... yang penting lebih dekat pada Allah swt dan percaya padaNya... dan......            lebih dewasalah. Maklumla.. tahun lepas dah masuk 3 series. Lama sangat dah tak menyentuh blogspot ni. Bukan blog je, laptop pon jarang-jarang nak buka.Smartphone (murah) je la yang mendekat dan mengeeratkan silaturrahim antara saudara-mara dan sahabat dan kawan-kawan dari laman sosial, dan juga suami yang sentiasa ada di sisi, Alhamdulillah... paling melekat 24jam si  comel Amanda Raisya ibu la.. ( 1 tahun 9bulan).
Abang, kakak, dah pandai bawa diri, tapi tak la tinggal diaorang kat rumah sendiri, pantang ibu gerak sikit, mesti ngikut ajela. 3 orang....

Macam-macam perkara yang terjadi tahun lepas, semuanya atas ketentuan Allah swt. Aku redho atas semua perkara yang berlaku...

Nak share sikit untuk tatapan masa hadapan.

Awal tahun 2014, dalam kesibukan  menguruskan Izz  melangkah  ke tahun satu, Syasya ke Prasekolah, dengan baby Amanda lagi waktu itu baru 7 ke 8 bulan, Abangku dapat tukar sementara  ke Taiping untuk menguruskan arwah mak ke Pusat Dialisis, klinik dan hospital, itupun dalam 3 bulan sahaja. Alhamdulillah cukup memadai. Sebelum ni bergilir-gilir menguruskan arwah mak dengan abang walau dia di Pengkalan Hulu, tapi isterinya di sini Simpang,Taiping, jadi dia kerap ulang alik. Dalam bulan Febuari abang kena melaporkan diri ke Pengkalan Hulu semula,  jadi arwah mak ambil keputusan untuk tinggal di Rumah Penjagaan Warga Emas. Tujuan,         mahu berteman, dari tinggal sendirian di rumah. Bila di ajak tinggal dengan anak-anak boleh la 2-3 hari, lepas tu suruh hantar balik.. Mungkin cucu-cucu ni bising mengganggu dia berehat. Biasalah budak-budak, siapa yang ada anak-anak kecil dia faham lah kerenah budak-budak.. takpayah anak ramai 2 orang sudah cukup buatkan gamat isi rumah.

Mak tak lama di Rumah Penjagan Warga Emas tu, mungkin tak serasi, dengan kesihatan mak tak berapa mengizinkan, dia pilih untuk balik semula ke rumah. Masih ingat lagi, pertengan bulan 3 tahun lepas, cuti sekolah mak mohon balik rumah. Sehari berkali-kali dia telefon meminta ambil dia pulang,.. dalam waktu itu juga, tuan rumah yang kami sewa sejak 5tahun ni, mohon kami keluar, katanya dia mahu pindah ke rumahnya semula, setelah suaminya berpencen. Di pendekkan cerita.. Mak saya ambil pulang ke rumah hujung bulan 3, habiskan bulan 3 tutup bil. Bulan 4 tak perlulah bayar. Dalam pada ibu saya berulang alik menjaga makan, pakai mak. Hati ni tak tergerak langsung nak tinggal bersama mak, lebih selesa berulang alik,.. bila hari cuti sabtu dan ahad saya bermalam di rumah mak. Saya fikir, mak perlu masa-masa untuk dia berehat tanpan gangguan.. anak-anak ni.. Mak juga sering mengadu tak lena malam, jadi saya tak mahu ganggu dia rehat waktu siang. Bila ada masa terluang saya dan mak pergi mencari rumah sewa di kawasan berdekatan rumah mak. Namun tak juga jumpa rumah untuk di sewa. hari demi hari, kesihatan mak nampak lebih uzur, kaki mak yang satu tu tak kuat lagi nak melompat dengan bantuan tongkat kaki 4, untuk turun dari rumah masuk ke kereta. Keadaan tu meyukarkan saya membantu mak masuk ke kereta untuk menghantar dia ke Pusat Dialisis seminggu 3x. Satu hari tu mak masuk wad, bermulalah hari-hari mak di hospital pula. Mak cepat penat, sukar bernafas, kata doktor paru-paru mak bengkak air, Mak tak boleh minum banyak air, disebabkan buah pinggangnya rosak. Seingat saya 21hari mak di wad, mak boleh balik.. tapi keadaan dia uzur sekali, lemah tak kuat macam selalu. Sebab mak tak sihat kami anak-anak menghantar mak semula ke Rumah Penjagaan warga Emas. Bila malam-malam mak ada orang yang memantau kesihatan dan keperluan, Setiap pagi lepas uruskan anak-anak ke sekolah, saya akan ke melawat mak, Satu hari tu penjaga di situ beritahu, malamnya mak tak lena, sukar bernafas, tak boleh berbaring. Jadi saya telefon Ambulans untuk bawa mak ke hospital.

Tanggal 1hb Jun 2014, pagi Ahad... 6.30am, mak pergi menghadap Ilahi... tanpa kami anak-anak di sisi, saya redho... mungkin mak tak nak lihat anak-anak mak sedih. Masih ingat lagi... lembik lutut ni bila sampai di katil wad pagi tu  tempat jasad mak terbujur kaku, tapi Allahamdulillah... dapat mengawal emosi dari meratap atau meraung-raung. Pengalaman perginya arwah ayah dulu ketika usia 10tahun 6bulan, (waktu itu dalam darjah 5)... Saya redho kehilangan ibubapa, saya bersyukur masih ada suami dan anak-anak juga adik beradik.

Setelah 2 minggu mak pergi, kami kemas rumah arwah, rumah yang kami sewa juga tuan rumah sudah minta kosongkan segera, jadi kami mengambil keputuan pindah kerumah pusaka peninggalan arwah ayah dan mak. Atas persetujan adik beradik. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku... Saya menjaga rumah ini, menjadi rumah tempat kami adik beradik berkumpul. Hanya saya sekeluarga yang tinggal di Taiping, Kak Ija di Selangor, AbangMazwan di Pengkalan Hulu, Jie di Penang dan adik bongsu, Akim di Jasin,Melaka. Mungkin semuanya telah tertulis, kami puas mencari rumah sewa, tapi tak juga dapat, Allah beri peluang pada saya menjaga dan menguruskan mak, tapi hati saya tak terfikir untuk tinggal bersama mak. Mencari dan mencari rumah sewa, tak juga jumpa, rupanya rumah ini juga tersedia buat kami sekeluarga.

Raya Aidilfitri 2014 pertama kami adik beradik beraya bersama, tanpa mak. Alhamdulillah kami berkumpul pagi raya di pusara mak. Walau hanya kami bertiga, Jie dan Akim tak dapat bersama tapi dah cukup buatkan aku berasa dekat bersama kakak dan abang. Malamnya, berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan doa buat arwah mak di Surau Taman Damai, Simpang.
Malam Aidiladha pula, berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa buat kedua arwah mak dan ayah di kediaman kami sekarang, rumah pusaka arwah ayah dan mak..
Membesarlah anak-anak ibu dan babah di rumah yang pernah membesarkan ibu dulu, dan mendewasakan ibu juga adik beradik ibu.. Dan tinggallah kami kenangan bersama arwah untuk masa depan kami.. Walau tak boleh berpatah balik ke masa silam, tetapi cukup memberi pengalaman dan pengajaran untuk masa akan datang.. walau dalam hati ni rasa tak puas bersama-sama mereka yang tersayang tapi saya redho Allah lebih menyayangi mereka. Tak ada gambar terakhrir pengubat rindu tapi ada pengalaman dan kenganan bersama yang segar dalam hati...

Al-fatihah buat kedua orang tuaku ...

Arwahyarham Abd Ghani bin Dahan (tarikh meninggal 8 Febuari 1995) dan Arwahyarhamah Hajjah Zainab binti Jiman (tarikh meninggal 1 Jun 2014)