Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday 29 April 2013

Bila Baby Amanda Kena Kuning, Ibu Dalam Berpantang Pun Entah Kemana..

Susah hati ini.. memang susah hati. Hari-hari keluar kena pegi klinik untuk cucuk ambil darah baby, kesian anak ibu. Hari ni dah hari yang ke-14 sayang... tapi kuning baby Amanda Raisya ibu masih dalam bacaan yang tinggi. Badan ibu pun tak terurus, tah kemana mandi daun ubatnya... segala set bersalin pun tak dapat nak guna lagi, makan pun tak tentu time, 100% perhatian ibu pada baby Amanda aje.

Mujur saya rasa saya dah kuat, dah sihat boleh bebas bergerak kesana kemari,.. cuma saya tak try memandu je lagi. Sementara  adik ipar meneman di rumah lapang sikit dada saya, boleh menolong masak, hantar kakak dan abang ke tabika. Bawa saya dan baby Amanda ke klinik untuk cucuk ambil darah. Suami? Ade.. tapi dia kerj kerja, tak dapat dah nak teman saya dan bawa baby Amanda ke klinik. Sebab dari sebelum bersalin lagi suami saya dah cuti, sebab saya masuk wad awal sehari sebelum pembedahan "ceasar". 10 hari juga suami saya cuti. Sebab tu lah dia minta adiknya temankan saya di rumah semasa dia kerja. Berpantang sendiri tanpa bantuan org tua memang sukar juga, tapi apakan daya,.. ibu saya juga tak sihat, dia juga perlu perhatian. Dia boleh bergerak sendiri untuk berdikari uruskan diri sendiri dah cukup baik. Mertua saya pula ada, tapi dia perlu beri perhatian pada baba mertua saya kerana sering tak sihat, sakit orang tua. Jadi tak nak menyusahkan sesiapa saya berpantang sendiri di rumah.

Berbalik kepada baby Amanda. hari pertama keluar wad, saya dan baby Amanda adalah hari ke-4 Amanda. Iaitu hari Jumaat petang. Jadi esoknya Sabtu jururawat melawat tak dapat datang, Ahad baru datang melawat saya dan baby, kata jururawat tu baby Amanda "kuning". Dia minta kami suami isteri bawa baby Amanda ke klinik. Bila dapat bacaanya. terkejut saya 203.1  , tersangat lah tinggi. bacaan normal 150 dan kebawah.

Jadi bermula la aktiviti ke KKIA :

Hari pertama : 22 April 2013 usia baby Amanda = 7 hari 
Bacaan : 203.1

Masa ni terkejut betul, tak sangka tinggi betul kuning dia. Sebab masa discaj tu doktor yang periksa Amanda dah bagi tahu Amanda bebas kuning. Jadi hati pun berbunga-bunga.. ingtkan apa yang saya amalkan ketika mengandung menjadi.. Kerana Amanda tak ada kuning. Tapi sangkaan saya meleset.



Hari kedua : 25 April 2013 usia baby Amanda = 10 hari
Bacaan : 197.9

Lega sikit dua hari selepas cek up, turun sikit kuning dia. tapi sikit sangat belum boleh seronok lagi.. saya tak amalkan apa-apa kecuali susukan dia susu badan saja. Sebab saya yakin dengan susu badan sepenuhnya akan turunkan kuning Amanda, tapi saya lupa.. saya makan jus untuk ibu bersalin yang ada macam-macam khasiat untuk pulihkan rahim, semua tu mungkin panas.


Hari ketiga : 27 April 2013 usia baby Amanda = 12 hari
Bacaan : 203.4

Keputusan yang paling mengejutkan saya ketika ini... langsung saya uplod gambar baby Amanda di facebook. Ramai kenalan facebook bagi petua, sebelum ni pun ada juga. Saya fikir mungkin kuning Amanda naik selepas saya beri dia titisan jus anggur hitam. Tapi itu semua kemungkinan sahaja.. sepatutnya saya perlu beri dia susu badan sahaja.. 

Saya beli Mandian herba ini untuk ikhtiar mandikan baby Amanda, sebelum ni dah mandikan dia dengan daun dukung anak, tapi tak ada perubahan sangat.


Hari keempat : 28 April 2013 usia baby Amanda = 13 hari
Bacaan : 201.3

Balik dari klinik saya tak bedung dia.. sebab ada kenalan yg bagi tahu jangan di bedung baby yang kuning, lagi lena dia tidur kalau di bedung. Ada logik juga...  jadi biarkan dia lena macam ni selepas menyusu, tak cukup susu badan puting ori. Minum susu perahan pulak dalam botol. Mujur dia pandai minum botol. Sama je kut dia rasa puting botol dengan bress kut.. Heheheh.. Avent terbaik.



Hari kelima : 29 April 2013 usia baby Amanda = 14 hari
Bacaan : 198.7

Sekejap turun, sekejap naik.. saya pun tak tahu mana silapnya.. bermacam-macam ikhtiar saya dah buat, susukan baby Amanda tak pernah missed. Syukur pada Allah swt juga rezeki baby Amanda, susu saya banyak.

Untuk hari ni saya cuba petua seorang kenalan, ibu kawan anak saya di tadika. Dia beri saya "daun pisang awak" untuk lapik tempat tidur baby Amanda, saya ada juga singgah kedai untuk beli kucai untuk mandikan dia tadi, juga agar-agar untuk direndam semalaman untuk buat mandi esok pagi. Kalau bab mandi-mandi.. petua luaran saya ikutkan saja. Tak nak dak suap mulut dia bagai-bagai. Kuatir memudaratkan dia dan tiba-tiba kuning dia naik mendadak lagi.

Esok baby Amanda ada appointment dengan doktor, jam 2 petang. Nurse tu pesan tak payah pergi makmal untuk suntikan, terus je ambil nombor dan ke bilik doktor. Tunggu lah apa kata doktor esok. Harap-harap semuanya baik.

Thursday 25 April 2013

Orang Baru Dalam Keluarga Kami

Hari ni dah hari yang ke 10 saya berpantang, 10 hari juga usia bayi saya. Baru hari ni saya dapat mencuri sedikit masa untuk entri. Sebab, Dari hari saya discaj sampai lah hari ni, saya sibuk melayan baby, dah rehatkan badan .. pergerakan saya juga agak sukar, kerana melahirkan secara caesarean. Tapi Alhamdulillah hari ni semakin pulih, pembuangan juga lawas, pergerakan juga lebih aktif dari sebelumnya.

Kenalkan bayi comel saya, perempuan.. seberat 3.2kg

Baby Amanda Raisya:


Sayang Ibu.. 
Gambar ni beberapa minit selepas kelahiran Baby Amanda Raisya, dan selepas suami saya qamad kan dia. Waktu ini saya tak mampu nak bergerak, masih berpuasa, terbaring atas katil menanti 6 jam lagi untuk mula minum air selepas proses caesarean.

1 day in hospital Taiping
Selepas nyusu
Possing sikit, baru nak buka mata

Lena lagi..
Baby Amanda baik sangat, tak meragam, baik di wad ramai  baby lain nangis... dia, tetap lena di buai mimpi. Nangis lapar susu pun sikit je suara yang keluar. Balik rumah pun sama tak meragam sangat. Kata kawan saya yang berpengalaman 3 orang anaknya menyusu badan, bayi memang tak meragam. Saya seperti ibu baru pertama kali menyusu badan. Memang ini pertama kali saya menyusu anak sepenuhnya tanpa campur susu fomula.

Gambar di atas ketika di hospital.

Friday 12 April 2013

Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi Untuk PRU13

Lebih mudah sekarang untuk kita menyemak tempat mengundi dengan perhidmatan yang telah di sediakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya ). Anda boleh membuat semakan melalui sms (khidmat pesanan ringkas), telefon dan secara online.

Suruhanjaya Pilihan Raya
Warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas, menetap di mana-mana bahagian Pilihan Raya di Malaysia serta tidak hilang kelayakan telahpun di berikan Hak untuk mengundi dalam pilihan raya sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab mengikut undang-undang Malaysia yang telah di tetapkan.

Apabila pendaftaran telah di buat anda bolehlah menyemak status pendaftaran melalui 2 cara yang telahpun di tetapkan.


  1. Semakan pendaftaran melalui talian : 03-8885 6565
  2. Semakan pendaftaran melalui khidmat pesanan ringkas (sms) dengan menaip : SPR<jarak>SEMAK<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
  3. Semakan pemilihan melalui laman web : www.spr.gov.my
Mudahkan. Jadi tunggu apa lagi? Saya Pilih Mengundi.

Saya Pilih Mengundi

Kenali Perubahan Pada Kulit Ketika Mengandung

Usia kandungan hari ini 37minggu 5hari.
Di hujung-hujung kehamilan ni, saya mula perasan perubahan pada diri saya, leher saya mula nampak hitam, kusam. Hairan sangat, macam mana boleh berlaku? Bila cuba di tonyoh ketika mandi hasilnya juga sama. Sapukan lotion pelembap dan pencerahan juga tak berubah. Kemudian bila di perhatikan keseluruhannya, baru terpangdang rupanya ketiak juga kusam, hitam. Aduss.. apa dah jadi ni... tak pernah sebergitu rupa. Buruk sekali bila bahagian ketiak kusam. 

Oleh kerana tak nak terlalu memikirkan perkara remeh, lagi pun terselindung saya abaikan saja.. Harap-harap selepas bersalin nanti semuanya akan berubah seperti sedia kala.. 

Imej google
Tapikan salah hormon ke? Atau sekadar perubahan ketika Mengandung?

Atau sering di katakan orang-orang yang berpengalaman yang mengaitkan dengan perubahan berlaku ada kaitan dengan jantina bayi yang di kandung?
Hasil Research yang saya termui : Oleh Dr.Haleena @ Yun Hsuen Lim, doktor pakar sakin puan dan perbidanan dari KL Fertility & Gynaecology Centre Kuala Lumpur.

Perubahan hormon yang di alami sepanjang kehamilan juga menyebabkan kulit juga akan mengalami tempiasnya. Lazimnya ada pendapat yang menyatakan wajah dan kulit sesetenagh wanita hamil akan bertambah berseri-seri, dan ada juga yang sebaliknya menjadi kusam dan tidak bermaya. Ketahuilah keadaan ini bergantung pada gen dan jenis kulit setiap individu. Perubahan yang -ve mungkin akan mencemaskan ibu hamil kerana ia akan merubah bentuk fizikal asal. ( wajah dan kulit ) Walaubagaimanapun, ada yang menyatakan perubahan ini akan hilang sebaik sahaja  selepas kelahiran dan bukan bersifat kekal. Di sebab kan itu ibu-ibu bersalin di galakkan menjalani tempoh berpantang dengan sebaik-baiknya. Tujuan untuk memulihkan badan, memperbaik pulih tisu-tisu kulit yang kusam atau rosak.

Topeng Kehamilan / Chloasma
Pasti ada sebahagian daripada anda yang sedar terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari dengan cara memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu lotion pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF-15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi.

Anda juga pasti akan perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payudara. Semua perubahan itu di sebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu,tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan normal seperti sebelum kehamilan.

Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula merenggang menjadi garisan kecoklatan atau kemerah jambuan,(ia bergantung pada warna dan jenis kulit seseorang) Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payudara. bagi mengurangkan masaalah ini, di dagalakkan menyapu lebih banyak lotoin Vitamin E bagi memastikan ia lembab, minum lebih banyak air untuk mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur pulih dan pudar menjagi garisan putih keperakan. ( inilah yang di katakan selulit, masalah juga ni )

Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetenagn wanita, garirasan ini sudah sedia ada sebelum hamil lagi, tetapi kehadirannya tidak jelas dalam warna yang samar-samar, tapi bila perut semakin membesar, warna garisan ini akan jelas kelihatan. Tiada apa-apa yang perlu di lakukan atau di bimbangi, kerana garisan ini akan perlahan-lahan pudar dengan semulajadi selepas kelahiran bayi dan akan muncul semula jika kehamilan terjadi lagi.

Jerawat Dan Bintik-bintik
Di sebabkan oleh perubahan hormon kehamilan,sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik di wajah, sama ada hitam atau putih. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelembab yang bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat  seperti Retin-A, Accuntate dan Tetracycline(sejenis antiboitik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.

Spider Naevi / Spider Veins
Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil yang  bercabang keluar, kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh di lihat di wajah, bahagian leher, dada dan lengan. Perubahan ini berlaku kerana kesan peningkatan aliran darah di bahagianberkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan risau dengan perubahan sebergini kerana selepas melahirkan ia akan beransur pudar.

Varicose Veins
Berkemungkinan ada di kalangan ibu yang mengalami masalah urat biru,atau hijau kebiruan terutama di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan sirius. Bagi mengatasi atau mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu-satu masa. Pakai stokin khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala semasa rehat dan tidur. Pada ketika ini juga bahagian kaki kelihatan mula membengkak, dapatkan nasihat doktor yang memeriksa perihal kandungan bagi mendapatkan nasihat lanjut atau ubat untuk mengurangkan bengkak yang pada masa yang sama dapat membantu mengatasi haemorrhoids.

Seri Kehamilan
Perubahan inilah yang di nanti-nantikan! heheh... Ketika mengandung, aliran darah di bahagian kulit akan meningkat. jadi,lebih banyak sebum atau kinyak di hasilkan lalu menjadikannya berminyak. Hasilnya, kulit wajah kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.

Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit ketika mengandung. Semakin bayi membesar,semakin perut ibu mengembang. Malah, kulit di bahagian perut turut meregang. Keadaaninilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkankulit menjadi kering dengan kerap meyapukan krim pelembab agar ia kekal hidrat.

bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang di alami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakin lah bahawa ini adalah perubahan biasa dalam tempoh kehamilan. Ia di kenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara semulajadi selepas bersalin. Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor sekiranya kegatalan bertambah teruk. Sesetengah jenis ubat boleh di ambil untuk melengakan simptom yang di alami.

Secara ringkasnya di sini.. segala perubahan yang berlaku ketika mengandung adalah bersifat sementara. Ia akan pulih seperti sedia kala setelah bayi selamat di lahirkan. Jadi saya pun tidaklah perlu terlalu memikirkan perubahan yang terjadi pada diri saya sekarang. Dan berharap ia akan hilang nanti. Petuanya untuk pastikan ianya hilang. Amalan dalam berpantang dan berurut kemudian scrub dan mandian untuk menghaluskan semula kulit-kulit yang rosak. 







Wednesday 10 April 2013

Di Kuala Gula Sanctuary Resort


Sempat lagi.... memang sempat, walau dah bulat perut dengan muatan yang sarat 36minggu. Masih aktif juga.. walau kadang- kadang terasa berat perut ni. Tapi di gagahkan juga sebab saya rasa saya kuat. Untuk baby apa pun Ibu tetap kuat. Nak pula pegi makan angin kan... mesti lah seronok. Tak banyak gambar sebab mood untuk bergambar kurang, dan lebih banyak berehat di bilik menikmati suasana kuala.

Saya ke sana bersama suami,anak-anak dan keluarga Ipar. (abang suami) Jadi 2 buah kereta. Masing-masing balas dendam tak lepas hajat memancing dan tak dapat check in room minggu cuti sekolah sebab full. SINI Jom tengok gambar yang mana ada dan sempat snap.. (^_^)


 
Perjalanan ke Kuala Gula, dari Simpang Empat, Semanggol. Memang perjalananya nampak jauh.. sebab jalan lurus kehadapan, kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Tapi memang realiti lah.. kalau kira baru nak ke satu destinasi tu kita rasa jauh sangat. Lambat betul nak sampai. Kan...  Setuju?


Sempat snap. Menghilangkan jemu menanti bila nak sampai.. bila nak sampai...


Yes! dah pun sampai depan pintu gerbang Kuala Gula Sanctuary Resort. Hari biasa, memang tak ramai la. Bila cuti sekolah atau cuti umum... ramai la yang berkunjung, challet juga terhad siapa cepat dia dapat.

Sibuk-sibuk... betul-betul sibuk, siapkan alatan memancing, yang budak-budak pun tumpang sibuk. 


Senyum pon tak ikhlas Syasya tu.. sebab bukan dia nak santai dengan ibu kat sini.. sibuk kat luar tu nak berlari-lari sebab dapat tanah lapang.. Kalau di rumah asyik kena kurung je lah, tak berpeluang la nak main kat luar. Tak akan ibu lepas, bahaya, kenderaan lalu lalang depan rumah bukan nak nampak budak-budak yang tak tahu undang-undang macam anak-anak ibu ni.

Aleesya: Anak buah saya yang dah macam anak saya, sebab saya yang mengasuh dia dari umur 2bulan. Yer maknyer bekerja. Abis memanjang je dia ni.. siap tangan lagi.. buat gaya habis. Ni pun budak banyak akal juga ni..

Boleh possing je la mak buyung ni di tengah-tengah joran.. pengang je la.. tak ada minat pulak nak memancing. Dulu masa baru mula-mula belajar pegang joran. semangat juga.. Yang seronoknya dapat baling, dan tarik balik. Tapi tak pernah dapat ikan pun. Sangkut sampah ada lah... 


Siap pacak 4 joran.. tapi tak kena sekor pun, semangat je mula-mula sampai terus pasang siap.


Tangkapan pertama yang berjaya, oleh biras saya Kak Imah. Ikan Siakap. Berat anggaran 600g gitu ler..  Sesudah magrib ni, terus ambil 1 joran yang siap pacak tadi bawa ke sini, Rezeki dia terus mata kail mengena Ikan Siakap ni.

Syasya dan Aleesya sibuk nak merasa pengang ikan yang tengah melompat-lompat tu. Padahal takut tu. Saje nak main-main.. Masa ni dah dapat 3 ekor ikan. Ikan Siakap, Ikan Duri, Ikan Gelama.


Tunggu ayam BBQ masak untuk makan malam. Masa ni berdua laki bini dating depan challet, anak-anak sibuk tunggu maklang, paklangnya memancing. Gambar ayam dan time makan tak ada yer. Sebab sedang sedap sangat makan. Mak buyung makan untuk dua orangkan, berselera sampai nak bangun pun tak larat.

Lepas kekenyangan, kemas-kemas semua, malamnya cuba berjaga juga.. tunggu joran... hehehhe tapi hasilnya suami saya ada dapat seekor anak ikan pari je. Tangkapan untuk malam hingga subuh tak ada hasil. Tapi saja seronok ambil angin luar, di tepi kuala sambil kunyah kuaci dan kacang. Saya masuk tidur dalam jam 2-3 pagi macam tu la... Tidur pun tak berapa lena. Teringat bantal di rumah.

Suasana pagi terbitnya matahari. Betul-betul depan pintu challet ni. Mana burung-burung semua dah terbang, mula-mula nmpak ada banyak je, bila ambil kamera nak tangkap gambar terus semua terbang bersepah.


Yang saya buatkan anak panah tu, Restoran Terapung Makanan Laut Kuala Gula, hum... sedap masakan di situ... ada kawan saya beri tahu menu "ketam lembut" sedap betul. Tapi tak pula saya cuba. Tapi saya suka Satey ayam di situ sedap betul, juga kepah,dan sudu, rupa sudu tu macam kepah juga tapi panjang sikit. Dah pelayan tu yang beri tahu nama makanan tu sudu.. jadi sudulah.. heheheheh...

Jalan-jalan waktu pagi sebelum tunggu sarapan dari pihak resort siap. Air surut ni yang nampak atas lumpur tu anak-anak ikan belacak, dan anak-anak ketam. Ketam apa tak pasti pula. Warna badannya hitam berkaki merah.

Ameer Harith: anak buah saya, abang pada si Aleesya, senyum melebar dia dapat ikan duri.. besar jugak la.. tengok jer la saiz ikan tu ,sampai melintuk joran tu tampung berat ikan tu. Ikan Duri, ada juga yang kata Ikan Belukang.


Dapat pose dengan joran pon jadi ler kan.. masa ni dah cheak out.. tapi belum puas memancing.. cuba dan cuba.. sebab time ni air pasang naik lebih tinggi parasnya dari sebelum-sebelumnya.


Yang ni adengan memujuk anak bujang ni.. ada sesat pulak gambar ni, si Izz ni merajuk sebab dia tak dapat kumpul bayak kulit siput yang halus tu.. bukan ada siput pun.. kulit aje.. yang di tumpang umang-umang. Sepupu dia dapat banyak, dia dapat sikit.. kena pulak ejek.. hum... hangin ler dia.. tak puas hati.. ~hehehe budak-budak..


Possing dari mak buyung depan Cinta Hati.. sebelum balik... 


Secara ringkasanya,.... seronok juga bercuti di Kuala Gula ni.. Selain boleh memancing dan menenangkan fikiran, boleh juga merasa pelbagai masakan-masakan laut. Sedap-sedap belaka.. dan semuanya segar.

JOM TEROKAI PERAK





Friday 5 April 2013

Ke Kuala Gula Lagi.. (Perak)


Saya nak bertolak ke Kuala Gula ni... Merehatkan minda.. tenangkan fikiran.. sambil memancing.. Hah!! saya memancing. Huhuhu...  Bayak kali dah mencuba, tapi bosan tunggu lama-lama.

Dah kesini pun Sabtu lepas, Tapi kami lewat sikit.. penuh Challet tu. Jadi kami menjamu selera di Restoran Terapung. Semua menu makanan laut. Hum... Sedap.. Terbaik.. Dan harga berpatutan.

Dua keluarga.. Bersama abang ipar, isteri dan 4 orang anak meraka. Makan ramai-ramai seronok boleh berebut-rebut sambil ketawa. Semuanya 4 dewasa, 1 Remaja dan 5 kanak-kanak.

Mak Buyung kekenyangan... Habis licin pinggan. Sedapnyer... bila teringat semula.. Tak pe malam ni pegi makan  lagi.





Thursday 4 April 2013

Tercapai Hasrat untuk Scan 4D

Semalam saya dan suami ke Columbia Asia Hospital-Taiping. Dengan 1 tujuan, untuk scan baby dalam perut ni, yang dah berusia 36minggu 2hari.

Terima Kasih Abang....
Sebab tunaikan hasrat Ma nak scan 4D. Semuanya yang terakhir ni... lepas ni tak dapat dah nak merasa lagi. Pengalaman yang terakhir mengandung,pengalaman terakhir scan baby juga.. tapi kalau scan 4D, ini yang pertama kalinya dan juga yang terakhir... akan menjadi 1 memori yang terindah bersama-sama (kiter berdua aje... Love You Abang... For Ever & Ever....)

Inilah baby saya :

Hidung jambu. Ibu, Abah, Kakak, Abang semua hidung jambu.. mana nak datang mancungnya.. kan.. hehehe.. ape pun sangat teruja nak sambut kelahiran baby nanti.

Ini aje yang dapat doktor tu snap, susah betul nak dapat gambar baby.. sebab tangan kanan dia sentiasa di mulut. Macam-macam posisi Ibu cuba ubah, sebab nak dapatkan gambar muka baby, tapi sekejap je baby ubah tangan, lepas tu letak balik di mulut. Lagi pun kata doktor tu, dah lewat sangat pun nak scan nya.. sebab dah 36minggu. Baby pun dah besar... muatan penuh dalam perut ni. Berat baby di anggarkan 3kg. tunggu la keluar nanti sama-sama kita tengok berapa berat dia.. 1st time ni anak dalam kandungan mencecah 3kg. Abang dengan kakak dulu tak sampai 3kg. Tengok aje pipi dia... kemain labuh lagi..

Hum.. mesti ada yang tertanya-tanya jantina baby kan....

Heheheh... tak lama je lagi nak sambut kelahiran dia... tunggu 16 April 2013 ni ya... Insyaallah bila dah discaj mungkin Jumaat 19 April 2013, saya update entri. Itu pun kalau ada masa terluang.

Sebelum scan 4D ni pun saya dah scan di KKIA, 2 orang doktor dah beri tahu saya jantina baby... tapi macam tak berapa yakin.  Ada orang-orang lebih berpengalaman teka yang lain dari doktor scan. Sebab tu saya tak berapa yakin. Bila dah scan 4D sememangnya keputusannya tepat. Jelas sekali nampak anunya..

Tujuan scan memudahkan kita memilih pakaian dan assesori bayi.. jadi tak lah teragak-agak bila nak shopping barang bayi..

Info: kalau nak scan baby paling baik pada usia 24minggu ke 32minggu.