Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Saturday 27 July 2013

Zakat Fitrah


Yang sulung Ahmad Dhia Izz Hail 6 tahun, kedua Nur Syasya Hazira 5 tahun dan adik bungsu Amanda Raisya 3 bulan 1/2. 

Raya tahun ni kami beraya berlima. Dah terbiasa berempat. Kali ni suami bayar "Zakat Fitrah" untuk 5 orang. RM7 x 5orang bagi Negeri Perak. Alhamdulillah dah pun bayar awal-awal. Kebetulan jumpa amil yang buka kaunter di Tesco Taiping. Langsung bayar. Tak la nanti pagi-pagi raya baru kelam kabut nak bagun awal-awal pagi.. cari kaunter di masjid untuk bayar zakat fitrah. Lagi pun lebih baik bayar awal-awal dalam bulan ramadhan ini. Memudahkan agihan di buat kepada penerima yang layak mendapat hak mereka sebelum menjelang hari raya.

Kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini 1434H masih kekal sama dan  tidak berubah untuk setiap negeri. 

Sunday 21 July 2013

Cuti Sekolah Awal : Raya Aidilfitri

Salam Ramadhan Al-Mubarak.  12 Ramadan 1434H

Pejam celik. Pejam celik. Bangun sahur --- Berbuka... kejap je masa berlalu, hampir 2 minggu berpuasa. Lagi 2 minggu nak raya. Ada yang dah siap-siap persiapan hari raya. Tapi saya sekeluarga belum buat pilihan tema... juadah... raya di mana? Hum... semua masih belum dalam perancangan lagi.

Ramadhan kali ini suami saya berniaga di Batu Kurau, seronok berniaga di Bazar Ramadhan. Mencari rezeki untuk persiapan hari raya nanti. Tapi tak lah hari-hari saya di sana untuk membantu, kesian baby kadang-kadang terlena dalam stroller.

Ini pose dari dua beradik di 8 Ramadhan. Nakal ni. Lasak kemain ke sana sini tak reti duk diam. Moga-moga besar nanti jadi anak yang soleh ye sayang...

Okey berbalik pada tajuk: Cuti Sekolah Awal

Merujuk pada laporan Berita Harian semalam 20 Julai 2013, Kementerian Pendidikan membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sehimgga 3 hari sempena aidilfitri yang dijangka akan di sambut pada 8 Ogos ini. Berikutan itu, bagi seklah negeri yang hujung minggunya  Jumaat dan Sabtu, boleh mula citi hari raya bermula Ahad 4 Ogos 2013, manakala sekolah di negeri yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad, cuti bermula Isnin 5 Ogos 2013.

Berikutan itu, cuti sekolah sempena Aidilfitri dan cuti pertengahan penggal kedua adalah bersamaan 2 minggu, sehingga 17 atau 18 Ogos 2013.

Berita lanjut DI SINI

Jadi boleh lah berkira-kira hari, cuti anak-anak sekolah panjang. Nak ke sana, ke sini... dah jadi TREND hari raya nak menziarah dan kunjung-mengunjung sanak saudara. Ada yang jumpanya setahun sekali je. Sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tugasan serta tanggung jawab masing-masing.

Bila cerita bab cuti raya, mula la memikirkan nak beraya di mana.. kan... Bagi yang dah mengamalkan sistem giliran ni setiap kali raya tak payah gaduh-gaduh.. Redho je.. beraya sebelah keluarga mana pun. Bagi saya dua-dua special.. dua-dua best. Sebabnya, rumah saya... rumah mak saya.. rumah mertua.. memang tak jauh. Kiranya rumah saya di tengah-tengah ( lebih kurang laaa. ) ke utara rumah mak.. ke selatan kampung halaman suami.. (di ibaratkan sahaja..) Jadi dua-dua dekat tak payah gaduh-gaduh nak kemana.. raya di mana.. Tapi mesti ikut giliran macam biasa, selang setahun, pagi raya di mana.. pusing-pusing balik ke rumah jugaa..

Cuma dalam perancangan nak berjalan-jalan ke selatan, menziarah pusara arwah ayah di kampung halaman ayah di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Banyak tempat lagi nak menyinggah tu.. Insyaallah.. persiapan lengkap ke sanalah destinasi di tuju.

Sampai di sini dulu.. Selamat menjalankan ibadah puasa.... Dah dekat jam 7pm. saya nak siap-siapkan juadah berbuka. Pesanan dari saya :  Jangan sibuk memikirkan  persiapan hari raya.. sehingga terlupa 10 malam terakhir Ramadhan. Lailatul Qadar. Semga ibadah kita di bulan yang mulia ini akan di terima Allah swt. Amin...

Thursday 11 July 2013

Dugaan Di Awal Ramadhan : Kereta Rosak Di Tepi Jalan

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat.Selamat menjalankan ibadah puasa dan ibadah di bulan yang mulia ini..

Semalam 1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 Julai 2013, macam biasa saya hantar anak ke sekolah, ..( tapi semalam lebih awal dari biasa ) ~ehehe...  Sebab bangun awal sahur tunggu subuh, terus sampai cerah.. Lepas hantar anak balik ke rumah semula,siap-siapkan si baby. Niat hati nak ke Taiping, cari apa yang patut untuk berbuka 1st day puasa katakannnn.. Tapi perjalanan terhenti di tepi jalan... Sedikit gelabah, tapi muka belum "cuak" hahahahaaa. Control ayu lagi,....

Di sini bermulanya....
Tengah syok-syok memandu layan "mak jemah" (JOHARA PAGI ERA), turun naik flyover, stop trafik light, bla...bla...bla... masuk gear 1 jalan, masuk gear 2.. tetiba ~ rasa enjin mati.   HAH!!         berkali-kali cuma tekan minyak tak ada respon.      HAH!!    Tapi wajah masih dalam keadaan selumber... ~selumber ya ya ~  Pusing stering ke kiri biarkan kereta meluncur dan berhenti perlahan-lahan.. Air-cond on... radio duk melalak baik punya. Tapi enjen STOP! Pandang baby di sebelah sedap lena lagi.. tapi bila air-cond stop dia pon dah mula la aksi mengeliat-liat... Masih belum panic, cuba berkali-kali start enjin. Tak juga berhasil. Cuba turunkan cermin bagi udara masuk, dalam kepala macam-macam yang di fikirkan. Capai handphone, dan...tiba-tiba  berbunyi, suami saya yang call ( macam tahu-tahu je wife dia dalam masalah, Macam boleh bau je kann .. )  Tapi rupa-rupanya dia tanya kunci lori... saya tak pasti pula kunci lori ada dalam kereta. Panggilan terputus, saya cuba cari-cari kunci lori kalau-kalau ada dalam kereta. Tiba-tiba..... HAH!!    Ya Allah... dugaan apakah ini di pagi hari, kereta stop tepi jalan,nak minta bantuan suami, kunci lori milik dia pula ada pada saya...  Langsung mengucap juga lah.. sambil pandang baby yang dah mula merengek.. matahari semakin naik bahang haba kian terasa sebab dah beberapahari tak hujan.
...................................................................................................................................................................

Belum habis lagi....
Kredit telefon pulak tak cukup nak buat panggilan, hand phone satu lagi saya tinggal cas dirumah, maklumlah guna internet di hand phone memang cepat habis bateri. Mujur hand phone di tangan ni masih boleh send sms untuk suami minta dia hubungi semula. Lega bila katanya,dia ada kunci spare.  HUH!!...  Peluh mula mercik keluar, tiba-tiba adalah 3 orang hamba Allah datang, hulurkan bantuan. Mereka bekerja di Use Car berdekatan kereta saya rosak.  Cubaan pertama : tolak kereta. Mujur tempat saja berhenti tu ada lorong kecil sebelah kiri... jadi cubaan menolak kereta di lorong itu lah.. ( Kalau nak tolak tengah jalan raya bahaya juga tu..) Bila dah tolak, nampaknya tak berhasil juga, masih sama memang tak mahu hidup langsung.  Cara kedua : tunggu bantuan suami datang je lah jawabnya.... Hamba Allah yang baik hati tadi pelawa tunggu di pejabat use car tu... lega, ada kipas pun jadilah.. Baby pun baaru baik demam ( ketika itu la... )

Tak lama tunggu...
Suami saya datang, saya pun pergi mendapatkan dia, tiba-tiba entah kuasa ajaib mana ada pada suami saya tu, enjen tu boleh lak hidup dengan mudah. ~Hampehhh ... kannnnn?
Bila dah okey saya masuk dalam kereta semula, konon nak sambung perjalanan. Suami saya kehaluan lain,sebab dia punya urusan untuk sediakan alatan niaga di bazar ramadhan Batu Kurau belum selesai. Saya pun memandu macam biasa, seperti biasa, dan terfikir-fikir jugalah kenapa la sayang saya ni boleh tetiba mati enjin,... sedang berfikiran macam tu, lepas trafik light, sama macam tadi, tiba-tiba enjin mati buat kali yang ke dua kalinya... Tapi kali ini lebih bernasib baik.. sebab, lokasinya redup-redup, banyak pokok-pokok besar. Ambil posisi persis tadi perlahan-lahan berhentikan kereta tepi jalan , bawah pokok. Sms suami , sekali lagi kereta berhenti tiba-tiba.. Mood menunggu kali li nyaman sikit la.. ada angin sepoi-sepoi.. layan baby menyusu pun selesa...

Belum Ending lagi....
Suami saya terus hibungi mekanik, orang Taiping kata "pomen".  Suami saya sampai dulu sebelum pomen sampai, nak kata apalagi.. senyum jelah.... memang sakit lah kereta ni.. perlu dirawat. ( Kereta lama..tapi rasa belum uzur la... hahahahah.. Iswara 1.3 tahun keluaran 1995. Saya dahjah 5 tahun tu. Sekarang 2013, baru 18 tahun .. masih remaja kui kui kui....

Dalam hati tobat dah tak akan drive kereta ni kalau tiba-tiba dia boleh start balik.. dan mungkin akan terjadi sekali lagi dia akan mati enjin tiba-tiba lagi.... Ending cerita ni... untung suami saya ada lori, kerja menarik kereta lebih mudah bila di tarik dengan lori sahaja ke bengkel.  Yang kesian saya... kempunan nak membeli belah bagai...  angan-angan nak ke Pasar Ramadhan Kamunting sebelah petangnya tergendala.... dan baby tak semena-mena suhu badan naik semula.. panas, dan selsema... berjanjkit dari saya sendiri. Dapat pakej baru, selsema dua beranak, tapi saya berair hidung , tak boleh kawal cecair jernih yang keluar dari hidung ni, baby pula.. bila lena memang nampak lena.. tapi bila bangun ,hidungnya ada cecair yang dia belum pandai nak keluarkan...

p/s: Terima Kasih sebab sudi baca sampai habis... doakan saya dan baby sembuh ya.....  sok... sek... sok.... sek.....

Kereta juga dah siap, tadi pomen telefon dah boleh ambil.. masaalahnya tak ada sesiapa pula nak ambik kereta, tunggu suami balik la..... 

Wednesday 10 July 2013

Kasut Raya Hadiah GA Dah Sampai


 Terima Kasih Sekali lagi kepada ejamothman.com dengan sepantas kilat.. "Cheeewaaahhh".. & Pihak zalora.com juga, pantas. Hari Isnin pagi saya dapat tahu saya pemenang GA di blog milik ejamothman, tengah hari saya pm dia detail yang perlu untuk tebus hadiah, katanya petang dia oder di zalora, malamnya kasut "Has Been Shipped" esoknya Selasa jam 14:32 kasut dah deliver depan rumah.

Monday 8 July 2013

Badan Tak Sihat, Tapi Masih Boleh Tersenyum

Anak beranak badan panas, dedor-dedor je ~ Saya, baby, anak sulung Izz, dan anak ke-2 Syasya. Syasya baru je tengah hari ni balik tabika nampak dia lemah. Terus terlena dengan uniform tabika dua beradik ni. Makan pun tak nak lagi.. Nampak letih sungguh.


Kepala ni pening dan rasa sakit sangat. Toleh ke kiri dan kanan pun rasa berat macam nak terbalik. Dengan kaki tiba-tiba sakit urat, nak naik anak tangga satu satu pun mulut duk beradoi.. adoi.. Dari pagi semalam, bawa ke hari ni sakitnya. Bangun pagi pun macam nak pitam, tapi kuatkan juga bagun, mandi kejut anak-anak hantar sekolah. Balik sambung tidur sampai jam 11.30am.

Tiba-tiba hati tergerak nak buka facebook nak tengok siapa pemenang giveaway yang saya join dari blog ejamothman.com. Buka dari hanphone, kecik tak puas hati buka laptop. Baca dengan teliti satu persatu ayat, tiba di pengumuman pemenang... Huh!! tersenyum kambing la.. Dapat kasut raya la jawabnya, macam yang di inginkan. DI SINI

Saya nak ucapkan "Terima Kasih"  kepada En.Ejam, kerana memilih saya sebagai pemenang pusingan pertama. Semoga murah rezeki En.Ejam sekeluarga.

Nak tengok kasut yang saya pilih? Klik link ni http://www.zalora.com.my/Florence-Espadrilles-49197.html . Jadi la Harganya kurang 10sen dari jumlah harga yang saya menang. Jadi sebab inilah saya senyumnya sampai sekarang... walau badan sakit-sakit masih belum kebah.