Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 30 January 2013

Ringgit Malaysia


Duit!! Matawang, tanpa duit tak boleh nak milik apa-apa? Benarkah? Tanpa duit yang banyak semua hasrat dan keinginan tak akan tercapai? Benarkah? Tanpa duit kita akan di landa kemiskinan... Benarkah?

Ada betulnya kan?.. nak kemana-mana pun sekarang harus berduit, nak makan, pakaian, perjalanan, belajar, "keinginan" itu yg utama.. keperluan juga perlu duit.. adei... leh pecah kepala memikirkan kalau tak berduit.. semua nak duit zaman sekarang ni.. tanpa perancangan teliti.. Alamatnya.. berpeluh sebelum bersenam.. HaHaHaHa..

Udah ler jangan di layan..

Zassssss.... 

Friday 25 January 2013

Mewarna

Sepetang tadi hujan,... pagi tadi ke sekolah pun hujan.. tapi Alhamdulillah walaupun hujan anak mudah bagun pagi sekarang ni.. tak perlu berkali-kali kejutkan. Kalau last year and 1st week sekolah mula alahai kemain liat lagi nak bangunnyer. Ini semua sebab bagi minum jus IQ MEMORY BOOSTER <-- boleh klik sini
Pagi tadi : Sejuk kata dua beradik ni
Balik sekolah tengah harinya cikgunya tukjukkan hasil mewarna di tadika. Boleh tahan cara abang  Izz mewarna, tapi perlu tunggu ~hehe.. Kalau tak tunggu pasti dia buat comot tu satu hal, cara mewarnanya tu berserabut, ikut dan dia aje lah. Yang adik pula boleh juga mewarna, tapi suka buat warna warni.. Alahai adik...

Hasil di Tabika: Yang kanan tu Abang punya, Yang kiri tu Adik la..
Balik je rumah kemain bersemagat la mula-mula nak mewarna, dengan baju sekolah tak buka, tak nak mandi tak nak makan tengah hari.. Tapi lepas kena marah ~hehehe.. baru kemas balik yang mana sepah tu..

Petang pun cuaca hujan, bila hujan Astro pun tak boleh tengok, jadi apa lagi mulakan la aktiviti mewarna. Mula-mula penuh bersemangat, tapi kena tunggu la. Ibunya kena la jadi tukang asah pensil warna tu.

Permulaan Pertama
Hampir siap
Nampaknya Izz yang dapat siapkan dulu.. Adik tu nyibuk aje.. Sebenarnya dia geram, dia punya tak siap lagi, padahal dia yang mula mewarna dulu. Tapi jenuh la tunggu dia (adik) nak siapkan, lengoh tanganlah, penatlah, nak asah pensel warnalah, macam-macam alasan nak tunggu dia. Abang pun sama juga , tapi dia boleh buat cepat, asalkan tunggu. Bagi semangat tu sudah tentu, tapi kalau bab sembang, nak dapat hadiah aje, siap berangan lagi dia menang. 

Peace : Siap juga akhirnya
Sikit je lagi nak habis pun macam-macam keluar dari mulut dia ni, letih melayan. Esok pagi di pertandingan macam mana kerenahnya pun belum tahu lah.. Ini nak siap kan 1 pun punya la susah. Dulu pernah juga masuk pertandingan mewarna, tapi masing-masing tak dapat hadiah juara ke, ke dua ke atau ketiga, walau saguhati,.. Dapat free gift aje lah.. semua dapat. Sebabnya, yang adik tak larat nak warnakan sampai habis, katanya penat nak sambung kat rumah, alahai adik.. time tu pasrah ajelah nak pula dia peserta last sekali yang hantar, Izz pula warna sampai habis, tapi kurang menyerlah, tak terang warnanya tu, sebab dia tak tekan. dan lagi pun ada anak-anak lain yang lagi cantik hasil warnanya.. (Belum ada rezekilah tu .. ) So, keputusanya tunggu esoklah..

p/s: hum.. letih.. time menulis ni pun kat luar nun masih hujan, tadi dah reda sekejap tapi hujan semula,.. anak-anak pun dah lena. Nak tidur juga..esok bangun awal nak masak apa belum fikir lagi untuk tapau.


Wednesday 23 January 2013

IQ Memory Booster

Kecemerlangan Minda Merintis Kejayaan!
Memperkenalkan produk makanan tambahan yang laris di pasaran untuk minda anak-anak kita sebagai peneraju masa hadapan. IQ MEMORY BOOSTER yang pertama di pasaran, di perbuat daripada gabungan makanan SUNNAH yang di sebut dalam Al-Quran dan juga Hadis, serta bahan-bahan yang terbukti keberkesanannya melalui sains dan taknologi iaitu :
  • Kurma
  • Kismis
  • Madu asli
  • Za'faran
  • Habbatus Sauda
  • Estrak Gingko
  • Pati Delima
  • Pati Buah Tin 
  • Pati Oren
  • Pati Buah Zaitun
  • DHA & Taurina
  • Vitamin A, B3, B5, C,
  • Apple Cider
Kelebihan diperkaya dengan DHA, Taurina dan Vitamin B Complex

> DHA : Penting untuk kebaikan sistem otak, jantung, hempedu, mata dan sistem kardiovaskular.
>TAURINA : Bertindak sebagai hormon pengantara saraf yang melindungi dan menstabilkan sel membran otak.
>VITAMIN B COMPLEX : Membantu menyihatkan sistem imun, mengurangkan tekanan dan merawat kelesuan serta merupakan keperluan kepada urat saraf. Memberi kecerdasan badan membantu membina tenaga dari makanan yang di makan, sekaligus membantu sistem penghadaman dan meningkatkan kecerdasan otak.

Mengikut kajian "Mengapa para pelajar tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran meraka?" Salah satu sebabnya kerana lapar. Apabila lapar mereka tidak bertenaga dan mula kehilangan daya tumpuan, daya ingatan dan kecerdasan juga lemah. Oleh itu IQ MEMORY BOOSTER akan membantu meningkatkan kecerdasan fizikal serta memberi tenaga bagi meningkatkan daya tumpuan dan ingatan minda untuk mencerna dan mengolah segala maklumat yang di terima. Memberikan kecerdasan kepada otak untuk berfikir dan mengingat adalah penting untuk para pelajar lebih kemerlang.


  • Peraturan menggunakan IQ MEMORY BOOSTER :


Di ambil 1 sudu besar pada sebelah pagi dan malam. Bersama segelas air putih (masak)
Gunakan sudu plastik kerasa sudu besi stainless steel tidak sesuai kerana ia akan menghasilkn asid yang akan mengurangkan khasiat madu asli.

Untuk mendapatkan IQ MEMORY BOOSTER ini sila like page facebook saya di sebelah untuk keterangan lanjut. Tak rugi jika memiliki sebotol IQ MEMORY BOOSTER ini di rumah.

Sebotol RM48 WM
            RM58 EM
            $30 BRUNEI









Saturday 19 January 2013

500 Ribu Ringgit Milik Jozan, Tahniah!



Tahniah buat Jozan... Tahniah! Tahniah! Tahniah!.. Saya memang peminat mereka, tapi tak lah sampai minat tu tergila-gilakan mereka berdua. Saya, suami dan anak-anak memang sukakan gelagat dan ketetah gabungan Zizan dan Johan ni. Memang tak pernah menghampakan, mesti gelak punya.




Finalis Maharaja Lawak Mega 2012 yang tak menghampakan peminat semua. Semua terbaik dari yang terbaik. JOZAN,JAMBU,SHIRO,BOBOI dan SAYWHO. Semua finalis tak menghampakan semalam. Sampai saya sendiri melekat saja depan tv.

Pada awal kemunculan Zizan berseorangan dengan watak U-start Engine, saya sangkankan Johan masih belum sihat sepenuhnya untuk ke Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir. Kemunculan Johan membuatkan seluruh penonton auditorium menjerit. Saya juga di rumah tersenyum senang hati. Ingatkan Zizan sendiri lagi dan peluang juara tipis agaknya kalau Zizan sendirian lagi. Tapi walau Zizan sendiri karektornya yang lucu tetap tak menghampakan peminat.



Walaupun kesihatan Johan tak berapa mengizinkan, tetapi Johan tetap tak menghampakan peminat dan pasangannya Zizan untuk berada pada Maharaja Lawak Mega 2012 Akhir. Kemenagan mereka pasti tak menghampakan Johan dan menjadi hadiah paling istimewa buat meraka berdua.

Lebih kurang bergini ucapan Johan:

"Terima Kasih pada Zizan yang mengekalkan Jozan sentiasa berada di atas sepanjang ketiadaan saya dan terima kasih pada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya dan mengizinkan saya keluar wad untuk malam ini"

Adei!.. memang terbaikkan Jozan? Memang gementar semasa Dato`AC Mizal nak umumkan Juara, antara dua Jozan dan Jambu. Dua2 punya personaliti tersendiri untuk menghiburkan peminat. Dua2 bermula dengan Consonan "J". Air mata gembira Zizan dan Johan yang bersujud gembira membuatkan saya tumpang gembira. Kerana saya rasa mereka berdua memang layak. Sejak dari Maharaja Lawak lagi saya menyangkakan Jozan yang akan juara tetapi kemenagan berpihak pada Sepah. Jadi inilah kemenagan yang bermakna buat Jozan...

Program tv yang santai dan mencuit hati kami sekeluarga, dari "Raja Lawak" ke "Super Spontan" , "Maharaja Lawak" dan "Maharaja Lawak Mega" tak pernah kami sekeluarga lepaskan peluang menonton bersama. Kalau yang tak berapa lawak tu faham-faham aje lah sunyi sepi terkedu masing-masing depan tv tu.. Punch line tak sampai agaknya.. hehehe..

Apa pun tahniah buat finalis Maharaja Lawak Mega 2012, dan mereka semua adalah juara. lawak yang berjaya mencuit hati semua peminat.

Senarai penuh kedudukan finalis MLM 2012 semalam 18 Januari 2013:-

Juara : JOZAN (membawa pulang wang tunai 500 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Naib Juara : JAMBU (membawa pulang wang tunai 250 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Tempat ke-3 : SHIRO (membawa pulang wang tunai 150 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Tempat ke-4 : BOBOI (membawa pulang wang tunai 50 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)

Tempat ke-5 : SAYWHO (membawa pulang wang tunai 15 ribu ringgit dan trofi sumbangan Astro)


Tahniah! buat semua pemenag...

p/s: lena semalam tido..

Thursday 17 January 2013

Makaroni Ayam Kari

Masakan malas tengah hari tadi. 1 menu je, janji kenyang.. Tiba-tiba je selera ni ke macaroni, sebab teringat daging ayam cincang ada lagi dalam peti sejuk tu. Lepas ambil anak-anak balik tabika singgah mini market kat depan taman perumahan tu dulu beli makaroni. Tapi tak ada pulak. Tanya kedai sebelah pun tak ada juga. Hum... Alamatnya tak jadi balik, keluar balik terus ke kamunting pula.. hehehe kalau dari awal-awal tadi lepas ambil anak terus ke kamunting kan lebih baik.. 

Dapat makaroni terus balik ler.. Mulakan operasi memasak, tak sampai 1/2jam pun siap. 



Dapat lah semangkuk..

Resepi pun mudah main campak-campak je..
  • Makaroni 500g di bahagi 2. (agak-agak sendiri je)
  • Cuci kemudian rebus. (nak cepat)
  • Sementara makaroni di rebus, di blender 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih, saya campur sekali sesudu rempah kari ayam dan sesudu teh serbuk cili. (nak mudah sebati)
  • Panaskan minyak dalam kuali. dalam 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan blander tadi.
  • Bila dah pecah minyak masukkan daging kisar.
  • masukkan garan dan penambah perisa.. kacau sampai masak. Agak-agak tak cukup rasa tambah sedikit-sedikit daram dan perisa, kalau suka boleh tambah perahan limau kasturi.
  • Masukkan daun kari yang di potong halus. Untuk dapat kan haruman/aroma kari.
  • Tos kan makarori yang dah siap di rebus, masukkan dalam kuali tadi, kacau-kacau sedikit dalam api perlahan, agak-agak sebati tutup api. (Jangan lama nanti makaroni hancur.)
  • Siap. Boleh hidangkan dah..
Mudah je.. kan saya dah kata main campak-campak je.. Saya bukan profesional.. Asal sedap tekak boleh terima anak-anak bertambah. Lagi 1 yang penting kenyang..

Malam ni pun makan yang simple juga. Tapi memang tak makan nasi la hari ni.. buakan diet.. asal nasi je diet kan.. hahah.. makan sesuatu yang kenyang juga lah.

Sarapan depan lettop


Hahaha.. tajuk saja dah nampak sangat memang di depan lettop saje lah pagi-pagi ni...


Pagi ni kemain susah lagi anak-anak nak bangun pagi, dah berkali-kali cuba kejutkan tapi tak bergerak-gerak dari tempat tidur. Sudah la tempat tidur Syasya dengan bau achem dia, (sejak mengandung kali ni hidung ni sangat sensitif pada bau-bauan) puas saya kejut liat juga dua beradik ni nak bagun. Merengek bagai dua beradik tu pagi ni. Nak mandi pun masih merengek, dari gosok gigi, mandi, nak pakai baju tetap merengek-rengek tak sudah-sudah.

Bila dah siap turun bawah aje terus cergas, sebab nak berebut-rebut nak masuk kereta duduk seat depan. Semua tak menyempat, at last kena marah, dua-dua duduk seat belakang.. (saya yang terseyum sorang-sorang)

Nak cepat punya hal sebab jam dah dekat pukul 8.20am masih di rumah lagi langsung terlupa roti yang saya sapu maentega mix sri kaya kegemaran anak-anak. Nasib baik la di tabika ada menyedian minum pagi untuk kanak-kanak sebelum mula belajar, sarapan di sediakan pada jam 10.30 pagi pula.

Dan akhirnya, roti tadi tu saya lah yang makan sambil-sambil melayari internet, intai-intai blog kawan-kawan ape cer hari ini, lama sudah saya tak menyempat nak buat entri baru, bukan kekeringan idea tapi tak punya kesempatan waktu..

Selamat pagi semua ya, Salam Khamis hari ini 17 Januari 2013. Sekejap aje kan dah 17 haribulan. Masa tu berlalu bergitu pantas dalam kiat sedar dan tak sedar, semoga hari-hari yang kita lalui adalah hari yang membahagiakan kita untuk hari esok.. Semoga Allah memberikan kesihatan pada kita semua untuk menempuh hari-hari yang mendatang..

Buat yang beragama Islam, Mulakan dengan Bismillahhirohmanirrahim, langkah permulaan sebelum keluar rumah mulakan dengan kaki kanan, dan senyuman manis di bibir selalu.. Wassalam..

Wednesday 9 January 2013

Selsema





Satu keluarga terkena virus selsema. Sakit tekak, batuk-batuk.. saya ke klinik pagi tadi tekak dah bengkak. Yang paling tak menahan, bila ada cecair jernih yang sentiasa keluar dari hidung.

Adik tidur malam batuk-batuk. Batuk kering pula tu. Tak boleh lena saya di buatnya, lepas batuk aje menagis.. kena panggil dia tidur bersama.

Virus mula di bawa babah.. heheh entah mana dia kena, balik kerja malam ahad lepas dia kena selsema, katanya badan pun rasa tak sedap semacam nak deman semula. Lepas tu kena pada abang Izz, kemudian adik Syasya, baru semalam saya pula. Sudah lah mengandung kali ni hb saya semakin menurun, selalu saja rasa nak pitam bagai, dada rasa berdebar-debar, panas rasa naik ke kepala.. ambil masa rehat duduk diam-diam baru ok.. tapi memang kena kipas la.. kalau tak rasa berpeluh letih macam baru saja merentas desa..

Dugaan.. kali ni empat beranak kena selsema tapi babah tetap kerja, untuk mencari rezeki keluarga.. harap-harap kami sekeluarga cepat sembuh ya.. Amin.. (doa-doa kan bersama ...)

Petua hilangkan selsema :-

Untuk Dewasa



1. Ambil beberapa batang sireh. (Daun siseh tidak digunagan sebaliknya batangnya yang akan meneluarkan ledir.)

2. Hancurkan batang tadi untuk dapatkan lendirnya, kemudian lendir itulah yang harus di sapukan pada hidung.

3. Ulang beberapa kali sehingga cecair yang keluar dari hidung akan berkurangan..

Untuk kanak-kanak atau bayi

1. Ambil seketul kunyit hidup, kemudian asahkan kuyit tadi pada permukaan kasar. contuk belakang buntut pasu yang di basuh bersih atau belakang buntuk selung batu.. (jangan asah dalm lesung batu, kerana di kuatiri kesan-kesan pedas cili masih ada pada permukaan dalam lesung tu..)

2. Cara yang sama, sapukan kunyit tadi pada batang hidung bayi atau anak-anak yang kena selsema. Ulang sehingga nampak kering air hidung yang meleleh, Insyaallah..

Nak lagi mudah pegi klinik ambil ubat, tapi kadang-kadang tak berapa cepat kesan ubat ni.. kan.. :)


p/s: hidung saya masih meleleh air jernih ni. pedih ya amat rasanya..

Saturday 5 January 2013

Air Panas

Bila terkena air panas.. mula-mula kena tak rasa lagi panas berpijar tu, lepas 2-3minit akan rasa panas pedih, permukaan kulit yang terkena air panas tu mula nampak merah kemerahan. Waktu itu mulalah nak mencari sesuatu yang sejuk...

Cara Saya:

Nak cepat, mbil ketulan ais letakkan pada permukaan kulit yg terkena air panas. ( terkena percikan minyak panas pun boleh cuba cara ni.) Dari ais tadi tu akn nampak ais tu cepat betul cair, sebab kulit kita panas, kalau di biar lama boleh mengembung kulit tu ada air bisa kuman. lepas habis ais tambah lagi.. selesa rasa bila ais tu ada pada permukaan kulit yang terkena air panas tu.. tapi ais habis panas berpijar masih ada.. Oleh itu ulang lah sampai rasa pedih panas berkurangan...

 Ada petua lain :

Bila terkena saja air panas ataupun minyak panas, cepat-cepat sapukan ubat gigi berpudina.. mungkin sebab ubat gigi tu sejuk (menthol) tapi saya tak tahu cepat kebah atau tidak sebab bagi saya ubat gigi akan cepat kering..

Petua lain yang saya google"

1. Ambil sebiji telur pecahkan dan kacau dalam 1 bekas sehingga berbuih, kemudian sapukan telur itu pada permukaan kulit yang terkena air panas atau minyak panas.Gunakan kapas lembut untuk sapukan telur itu pada kulit, Insyaallah akan rasa pedih panas pada kulit akan berkurangan dan lebih selesa..

2. Segera dapatkan tepung (tak kisahlah tepung apa pun) Tuang dan lumurkan tepung tu pada permukaan kulit yang terkena air panas atau minyak panas. Rasa panas akan reda dan lebih selesa. Tepung itu akan membantu agar kulit tidak melepuh. Biarkan tepung itu, dan jangan dibasuh dengan air sehingga mendapat rawatan di klinik berdekatan.

3. Kalau tak dapat telur atau tepung bolehlah dibancuh air garam.Larutan air garam itu haruslah pekat dan likat, tidak terlalu cair. Sapukan air garam itu pada permukan kulit, dan bairkan kering, selepas kering basuh semula, dan keringkan dengan tuala, Rasa panas akan reda perlahan-lahan.

4. Bagi yang ada menanam pokok pisang bolehlah mennggunakan cara ini, Sapukan getah pelepas pisang dengan rata pada permukaan kulit yang terkena air panas atau minyak panas itu. Rasa sakit akibat melecur itu kan reda. Yang penting, jangan kenakan kawasan kulit yang terkena air panas itu pada air, kerana air akan menyebabkan kulit meleuh dan akan mengembung, dan bila pecah akan lebih sakit dan luka yang pedih.

5. Cara terakhir, gunakan sebuk kopi, sekiranya petua 1-4 dirasakan tidak berhasil atau tidak sesuai. Ambil sebuk kopi dan tempekkan atau lumurkan perlahan-lahan pada kulit yang terkena air panas atau minya panas.  Mula-mula akan terasa pedih sedikit selepas 10minit rasa sakit pedih tadi akan berkurangan, dan bolehlah tanggalkan sebuk kopi itu. Insyaallh tidak akan ada kesah melepuh atau melecur pada kulit kerana ada khasiat di sebalik kopi.

~Habis dah 5 petua yang saya google. Alamak bagi saya macam susah aje.. bila dah terkena air panas tu tak sempat dah nak cari, telur, tepung,garam, pelepah pisang, atau kopi.. bila dah terkena sendiri akan tahu rasa sakit tu,..

Yang saya cerita panjang lebar ni sebab semalam kaki saya tersimbah air panas, huhuhu.. panas berpijar.. dari mula kena dalam jam 2ptg sampai jam 4ptg rasa berpijar tu tak hilang tapi boleh surut sekejap-sekejap sebab saya guna ais batu, dan tuala sejuk bekas ais batu tu saya balutkan kaki.. Memang nampak la kulit merah-merah, sampai terlena saya menahan sakit tu, bila sedar masih ada lagi rasa panas berpijar.. saya tetap letakkan ais batu.. Selesa.. Rasa panas hilang bila ais ada di permukaan kulit yang terkena air panas tu,
teori saya yang sejuk akan menghilangkan rasa panas. Alhamdulillah bila bangun pagi kaki saya tak melepuh atau kembung yang ada air bisa (kuman). cuma nampak merah-merah dan kulit kasar, kesan air panas tu.          

Ihsan google
Kalau saya lambat ambil tindakan, rasanya kaki saya akan melepuh macam gambar tangan ni kan? heee.. sakit tu... lambat nak surut, kulit pula perlu banyak rawatan baru sembuh, dan  kulit nak cantik pasti lambat.