Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Saturday 5 January 2013

Air Panas

Bila terkena air panas.. mula-mula kena tak rasa lagi panas berpijar tu, lepas 2-3minit akan rasa panas pedih, permukaan kulit yang terkena air panas tu mula nampak merah kemerahan. Waktu itu mulalah nak mencari sesuatu yang sejuk...

Cara Saya:

Nak cepat, mbil ketulan ais letakkan pada permukaan kulit yg terkena air panas. ( terkena percikan minyak panas pun boleh cuba cara ni.) Dari ais tadi tu akn nampak ais tu cepat betul cair, sebab kulit kita panas, kalau di biar lama boleh mengembung kulit tu ada air bisa kuman. lepas habis ais tambah lagi.. selesa rasa bila ais tu ada pada permukaan kulit yang terkena air panas tu.. tapi ais habis panas berpijar masih ada.. Oleh itu ulang lah sampai rasa pedih panas berkurangan...

 Ada petua lain :

Bila terkena saja air panas ataupun minyak panas, cepat-cepat sapukan ubat gigi berpudina.. mungkin sebab ubat gigi tu sejuk (menthol) tapi saya tak tahu cepat kebah atau tidak sebab bagi saya ubat gigi akan cepat kering..

Petua lain yang saya google"

1. Ambil sebiji telur pecahkan dan kacau dalam 1 bekas sehingga berbuih, kemudian sapukan telur itu pada permukaan kulit yang terkena air panas atau minyak panas.Gunakan kapas lembut untuk sapukan telur itu pada kulit, Insyaallah akan rasa pedih panas pada kulit akan berkurangan dan lebih selesa..

2. Segera dapatkan tepung (tak kisahlah tepung apa pun) Tuang dan lumurkan tepung tu pada permukaan kulit yang terkena air panas atau minyak panas. Rasa panas akan reda dan lebih selesa. Tepung itu akan membantu agar kulit tidak melepuh. Biarkan tepung itu, dan jangan dibasuh dengan air sehingga mendapat rawatan di klinik berdekatan.

3. Kalau tak dapat telur atau tepung bolehlah dibancuh air garam.Larutan air garam itu haruslah pekat dan likat, tidak terlalu cair. Sapukan air garam itu pada permukan kulit, dan bairkan kering, selepas kering basuh semula, dan keringkan dengan tuala, Rasa panas akan reda perlahan-lahan.

4. Bagi yang ada menanam pokok pisang bolehlah mennggunakan cara ini, Sapukan getah pelepas pisang dengan rata pada permukaan kulit yang terkena air panas atau minyak panas itu. Rasa sakit akibat melecur itu kan reda. Yang penting, jangan kenakan kawasan kulit yang terkena air panas itu pada air, kerana air akan menyebabkan kulit meleuh dan akan mengembung, dan bila pecah akan lebih sakit dan luka yang pedih.

5. Cara terakhir, gunakan sebuk kopi, sekiranya petua 1-4 dirasakan tidak berhasil atau tidak sesuai. Ambil sebuk kopi dan tempekkan atau lumurkan perlahan-lahan pada kulit yang terkena air panas atau minya panas.  Mula-mula akan terasa pedih sedikit selepas 10minit rasa sakit pedih tadi akan berkurangan, dan bolehlah tanggalkan sebuk kopi itu. Insyaallh tidak akan ada kesah melepuh atau melecur pada kulit kerana ada khasiat di sebalik kopi.

~Habis dah 5 petua yang saya google. Alamak bagi saya macam susah aje.. bila dah terkena air panas tu tak sempat dah nak cari, telur, tepung,garam, pelepah pisang, atau kopi.. bila dah terkena sendiri akan tahu rasa sakit tu,..

Yang saya cerita panjang lebar ni sebab semalam kaki saya tersimbah air panas, huhuhu.. panas berpijar.. dari mula kena dalam jam 2ptg sampai jam 4ptg rasa berpijar tu tak hilang tapi boleh surut sekejap-sekejap sebab saya guna ais batu, dan tuala sejuk bekas ais batu tu saya balutkan kaki.. Memang nampak la kulit merah-merah, sampai terlena saya menahan sakit tu, bila sedar masih ada lagi rasa panas berpijar.. saya tetap letakkan ais batu.. Selesa.. Rasa panas hilang bila ais ada di permukaan kulit yang terkena air panas tu,
teori saya yang sejuk akan menghilangkan rasa panas. Alhamdulillah bila bangun pagi kaki saya tak melepuh atau kembung yang ada air bisa (kuman). cuma nampak merah-merah dan kulit kasar, kesan air panas tu.          

Ihsan google
Kalau saya lambat ambil tindakan, rasanya kaki saya akan melepuh macam gambar tangan ni kan? heee.. sakit tu... lambat nak surut, kulit pula perlu banyak rawatan baru sembuh, dan  kulit nak cantik pasti lambat.

6 comments:

KHAIRUL AMRAN said...

Guna ubat gigi tu doctor tak bagi. Saya pernah kena air panas. Bila bawak ke klinik, terus kena marah dengan doktor sebab saya letak ubat gigi.

Bellezza Bunga Matahari said...

owh.. mujur saya xguna ubat gigi tu kan..sb saya rasa xlogik. tapi mmg suami saya suruh guna ubat gigi.. tapi saya xthn sgt sakit, panas, pedih... sb tu guna ais batu.. selesa.. mmg xrasa la sejuk ais tu.. rasa digin dan selesa aje.. kaki pun xmelepuh/melecur cuma ada kesan merah2 bekas kena air panas tu..

ada lagi 1 petua org kata guna kicap.. ?? saya fikir lagilah xlogik.. :)

Ummi Hanie said...

salam,

wahh banyak tips rupanya ya...

yg sy tahu utk terkena minyak panas jer...

terima kasih ;)

Ummi Hanie said...

sy bias aguna ubat gigi kalau terken aminyak pansa, mmg berkesan jugalah.. taklah menggelembung kulit

admin said...

terima kasih petua yang di kongsikan.. dulu pernah terkena air panas letak dengan colgate atau garam je =D

Bellezza Bunga Matahari said...

urm.. kira berkesan juga la kalo letak ubat gigi.. tapi mungkin berkesan kalau permukaan kulit yg kena tu kecil kalau besar letak ubat gigi pastu p spital tu yg doc marah agaknya.. ema punya luka besar.. smpai sekarang merah lagi.. kulit kering dan gatal2.. tapi mujurla xmengbung kuit tu.. kalau x lagi tambah sakit lah.. :)