Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday, 9 January 2013

Selsema





Satu keluarga terkena virus selsema. Sakit tekak, batuk-batuk.. saya ke klinik pagi tadi tekak dah bengkak. Yang paling tak menahan, bila ada cecair jernih yang sentiasa keluar dari hidung.

Adik tidur malam batuk-batuk. Batuk kering pula tu. Tak boleh lena saya di buatnya, lepas batuk aje menagis.. kena panggil dia tidur bersama.

Virus mula di bawa babah.. heheh entah mana dia kena, balik kerja malam ahad lepas dia kena selsema, katanya badan pun rasa tak sedap semacam nak deman semula. Lepas tu kena pada abang Izz, kemudian adik Syasya, baru semalam saya pula. Sudah lah mengandung kali ni hb saya semakin menurun, selalu saja rasa nak pitam bagai, dada rasa berdebar-debar, panas rasa naik ke kepala.. ambil masa rehat duduk diam-diam baru ok.. tapi memang kena kipas la.. kalau tak rasa berpeluh letih macam baru saja merentas desa..

Dugaan.. kali ni empat beranak kena selsema tapi babah tetap kerja, untuk mencari rezeki keluarga.. harap-harap kami sekeluarga cepat sembuh ya.. Amin.. (doa-doa kan bersama ...)

Petua hilangkan selsema :-

Untuk Dewasa



1. Ambil beberapa batang sireh. (Daun siseh tidak digunagan sebaliknya batangnya yang akan meneluarkan ledir.)

2. Hancurkan batang tadi untuk dapatkan lendirnya, kemudian lendir itulah yang harus di sapukan pada hidung.

3. Ulang beberapa kali sehingga cecair yang keluar dari hidung akan berkurangan..

Untuk kanak-kanak atau bayi

1. Ambil seketul kunyit hidup, kemudian asahkan kuyit tadi pada permukaan kasar. contuk belakang buntut pasu yang di basuh bersih atau belakang buntuk selung batu.. (jangan asah dalm lesung batu, kerana di kuatiri kesan-kesan pedas cili masih ada pada permukaan dalam lesung tu..)

2. Cara yang sama, sapukan kunyit tadi pada batang hidung bayi atau anak-anak yang kena selsema. Ulang sehingga nampak kering air hidung yang meleleh, Insyaallah..

Nak lagi mudah pegi klinik ambil ubat, tapi kadang-kadang tak berapa cepat kesan ubat ni.. kan.. :)


p/s: hidung saya masih meleleh air jernih ni. pedih ya amat rasanya..

3 comments:

admin said...

semoga cepat sembuh, saya juga abru sembuh dari demam, selesma dan batuk.. terlampau makan banyak durian =D

Bellezza Bunga Matahari said...

Tq.. dah lega sikit.. tapi batuk ada lagi.. :) sana byk durianj lagi yer.. yum yum..

admin said...

masih banyak lagi, masa jalan-jalan di tamu KB berlambak durian di tepi jalan