Malamnya Amanda tidur seperti biasa sedar 2 - 3 kali untuk menyusu.. macam biasa juga tanpa gangguan lain... tapi paginya masih terasa panas lagi kepala dan badan dia.. Siangnya Amanda sukar untuk lena dengan nyenyak. Hari rabu pulak tu hari abang dan kakaknya sekolah.. Rutin harian saya menghantar dan menjemput abang dan kakak ke sekolah. Amanda kena bawa juga lah.. Petangnya abang ada kelas silat ( latihan tadika ) Saya terus ke rumah kawan lama di Perumahan Awam Kamunting, kira beraya juga lah... tak sempat beraya lagi dengan dia.... Sampai 5.30pm ambil abang dan terus pulang..
Bermulanya dia demam malam....
Petang ke malam je mula rasa badan dia panas, kepala pun panas. Lepas jelum-jelumkan dengan air ramasan daun lidah buaya ( aloe vera) kurang sikit panasnya. Hari Jumaat paginya saya mula perasan perubahan pada Amanda. Nampak tompok merah-merah di pipi, dahi.. belakang kepala ke leher. Mulanya ingatkan ruam biasa. Mungkin sebab cuaca. Lepas mandi saya sapukan bedak seperti biasa. Mulanya ruam memenuhi badan dia dan.. dia merengek serba tak kena. Tapi petang Jumaat tu saya sempat lagi ke rumah mak, bawa mak membeli belah di Tesco. Dengan anak-anak, Ya.. anak-anak saya 3 orang. Gambar tiada. sebab saya tak menang tangan. Amanda saya gendong di depan, sambil tolak wild chair mak. Troli anak sulung Izz yang tolak bersama Syasya. Kecoh juga lah nak handle keadaan tu. Mujur Amanda tak meragam. Owh.. ya di rumah mak saya sapukan dia tepung ubi, sebelum ke Tesco. Petua mak kalau anak ruam, sapukan tepung ubi je, jangan sapukan bedak.
Purubahan pada kulit dia.. ada satu bintik berair di tepi lutut kanan. Selain ruam mula memenuhi seluruh badan.
Continue : Part 2
No comments:
Post a Comment