Ruam dan bintik-bintik merah dah menguasai seluruh badan Amanda.. Siangnya dia dah mula meragam.. merengek serba tak kena. Bila di rumah menjaga anak sendirian.. Google lah tempat rujukan. juga bersembang dengan kenalan di handphone.. whatsapp, Line, Kakao Talk, wee chat dan facebook la yang utama.
Rujukan pertama dari kenalan blogger : Blog Supermak
Kebetulan baby Irfan juga baru kebah dari demam campak jenis ruam juga. Tak cukup dengan baca di entri kak Yan, kami bersembang di whatsapp pula.. Terima Kasih kak Yan sudi melayan ... Terima Kasih juga pada bff Latifah Bee dan juga Zuniza yang memberi petua berdasarkan pengalaman.. juga kawan-kawan facebook Terima Kasih.
Possing dekat luar rumah.. baru lepas memujuk dia .. sebab menangis tak kena gaya.. duduk tak mahu.. apatah lagi baring .. lagi lah tak mahu
Gambar .. macam biasa tak berapa nak cantik.. Tapi masih boleh nampakkan ruam campak memenuhi seluruh badan Amanda.. Tengah harinya mula nampak ruam di kaki. Selesai kerja rumah dan makan tengah hari saya keluar, niat di hati nak bawa dia ke klinik, dapatkan calamine lotion, dan juga cari air kelapa. Tapi malangnya klinik tutup, Rehat.. lama betul rehatnya sampai jam 7.30pm baru buka.. itu pun sampai jam 9.30pm sahaja. Ahad cuti. Anak-anak saya serasi dengan ubat di klinik tu.. bila klinik tu tutup tenggelam punca nak ke klinik mana pula.. Farmasi pun tutup, tak pula tahu sebab, biasanya Ahad yang tutup.
Singgah di sini beli air kelapa. Tempat biasa beli, tak nampak stok buah kelapanya.. dah habis agaknya atau mungkin hari tu memang dia tak ada stok buah kelapa muda, yang tinggal air tebu dan laksa buyung saja.. Mujur jumpa kedai uncle ni tepi jalan juga.. tak jauh dari tempat biasa beli air kelapa tu. Isi air kelapa original 60ml dalam botol Amanda, selebihnya bungkus ikat tepi... untuk abang dan kakak.
Jenuh juga nak habiskan 60ml tu... dia tak nak minum.. mungkin rasa lain.. yerlah biasanya minum susu je.. tiba-tiba rasa air pelik kannn..
Nampak juga berubahan pada Amanda pagi Ahad semalam.. Muka dia dah bersih dari ruam-ruam tebal.. Belakang badan yang merah-merah bertompk pon dah semakin berkurangan.. tak pasti lah mungkin sebab air kelapa atau bedak sejuk yang saya lumurkan satu badan dia.. sebab tak dapat cari calamine lotion.. Apa pun syukur Alhamdulilalh... ruam semakin berkurangan di muka , leher dan badan dah sembuh.. tinggal ruam di kaki dan 1 luka besar di tepi lutut kanan dia.. tak tahu nak kata luka apa.. Asalnya saya perasan dari hari Rabu.. kecil saja tapi semakin hari semakin besar... semakin merebak dan berair.. mujur semalam dah kering sebab dah lumur satu badan dengan bedak sejuk.
Bila tengok dengan mata nampak besar sangat luka ni.. dah macam melecur. Abangnya dulu pun pernah kena.. tak tahu punca dari mana... tapi lepas dapat ubat dari klinik yang selalu bawa anak-anak bila sakit, 2 3 hari.. dah kering dan terus baik tanpa tinggalkan parut..
Doakan Amana sembuh sepenuhnya ya.. Sampai sudah tak dapat daun mambu.. sebab seharian hari minggu di rumah... tak dapat juga celamine lotion... atas alasan yang sama seperti di atas.. pakai bedak sejuk aje lah.. tapi kena pegi klinik juga kalau luka di lutut dia tak sembuh..
5 comments:
moga amanda cepat sembuh .. demam pun muncung itik tetap ada yeee
Takut juga melihat ruam itu secara dekat.
mula2 risau sgt.. tgk rupa dia penuh ruam merah... takut xsembuh.. mujur hilang lps minum air kelapa sikit.
dah baik ke belum ni... cepat2 baik la ye...
dah baik zie.. tapi cirit birit pulak.. kata bee.. biasa.. so.. layan jelan.. selalu2 tukar diapes.. dan ema bli diapers murah.. rugi pakai yg mahal sebab dia kerap poo poo. tp sekarang dh kurang sikit.. sikit la..
Post a Comment