Thinking |
Sempat juga mak labu bergambar dengan pengantin yang kecil molek lagi cun.. Memang cantik, macam sepadan pula kan.. (puji sendiri..) Pengntin pun teruja nak ambil berkat, mana nak tahu rezeki menimang cahaya mata cepat. Moga-moga Allah perkenankan. Amin............
Yang ini sahaja yang dapat berjumpa.. Kaum-kaum ibu saje la.. Suami tak ada dalam gambar, kami semua sebaya, dah 29tahun untuk tahun 2013 ini. Masing-masing ada anak-anak, yang baju ungu tu Insyaallah lepas saya due bulan april ni dia pula menyusul bulan ogos nanti. Dah lama dia tunggu tu, akhirnya di beri jua rezeki oleh Allah swt. semoga dia di kurniakan cahayamata yang sihat dan comel. Amin......
Bila dapat berjumpa ni borak-borak memang tak ingat matahari terpacak, anak-anak nak apa pun ambil sendiri,.. sebab seronok sangat berbual. Berapa kali bersalaman dah konon nak beransur pulang, tapi ada saja lagi yang di tambah untuk modal bersembang. Bukan selalu..
No comments:
Post a Comment