Dulu masa PRU13 berlansung semua orang tak melepaskan peluang uplod gambar jari masing-masing yang berdakwat biru. Menandakan yang mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Facebook, twitter, instagram, Blog, semualah.. Tapi di sini bukan nak cerita tetang PRU13 lagi.
Nak kongsi cerita "jerebu" yang sedang melanda Malaysia kini.. rata-rata pengguna facebook, twitter, instagram sibuk memuat naik gambar-gambar berkenaan jerebu di tempat masing-masing. Termasuklah saya. Keadaan jerebu sudah melanda Perak. Beberapa buah sekolah di Perak juga telah di tutup kerana bacaan IPU melebihi paras tidak sihat.
Berdasarkan berita dari Sinar Harian 25/6/2013 hari ini. Sehingga jam 5 petang semalam, Tanjung Malim mencatatkan IPU 152 sementara Seri Manjung merekodkan bacaan tertinggi di Perak iaitu 171. Selain dua kawan itu, tiga lagi lokasi turut di senaraikan mengalami gangguan jerebu iaitu di Jalan Tasek dan SK Pegoh (Ipoh) serta Kampung Air Putih (Taiping).
Berita Lanjut DI SINI
Ini laporan semalam.. Tapi pagi ini Bukit Larut Taiping pun dah di telan jerebu. Petang semalam nampak kelam-kelam juga Bukit Larut tu... Saya sempat ambil beberapa keping gambar pagi tadi keadaan Jerebu di kawasan saya kamunting,Taiping.
Ini gambar pagi tadi.. agak-agak berapalah bacaan IPU nya ya?? Tapi keadaan sekarang di Kamunting dah mula mendung. Angin pun kuat juga ni, guruh di langit pun dah mula berbunyi sayup-sanyup. Nampaknya hujan nak turun ni... Info dari kawan di Klang, dah turun hujan dengan lebat. Kawan saya di Damansara juga dah update statusnya dah hujan juga di sana.. Alhamdulillah... Hujan rahmat. Saya dah 2 hari pedih hidung, selsema, sakit tekak, rasa panas, dah minum bayak air masak, mandi lebih 5x sehari tapi masih terasa bahang haba. Malam ni bolehlah tidur dengan selesa..
No comments:
Post a Comment