Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday, 25 September 2013

Berhati-hati Warga Taiping, Dengan Ahli Zhulian INI...



Kejadian ini memang benar-benar berlaku.. Tak tahulah nak kata semua ahli-ahli ZHULIAN macam dia ni.. si perdaya warga emas OKU pula... post ini dari facebook abang saya.

Dalam jam 2 petang semalam.. 24/9/2013 mak saya telefon saya, beritahu yang dia sendirian di rumah.. dan rasa seperti telah di pukau.. Saya tak cakap banyak.. hanya mendiam kan diri.. mendengar apa yang mak saya cuba di sampaikan...

Sebelum mak saya hubungi saya dia telah hubungi abang saya dulu.. Saya memang tahu sebelum kejadian ini.. kira-kira 2 minggu yang lepas.. ada mak saya beri tahu kawan lamanya datang kerumah membawa, seorang kawan "Ahli Zhulian" .. dan orang itu.. memperkenalkan dirinya yang bernama Marliah seorang ahli Zhulian dan telah meninggalkan dua jenis prduk Zhuliannya di rumah mak saya.  1. ZHULIAN HOMSWEET - pemanis pengganti gula.  2. Serbuk pencuci Ultra Pekat - XTRA WASH






Barang-barang atau produk  ini tak salah ya... yang bersalah si Ahli ZULIAN yang bernama JAMALIAH yang memandu ketera HONDA ACCORD  berwarna putih AHP 8292.

Semalam, si ahli Zhulian ini datang lagi kerumah mak saya bersama seorang rakannya.. yang lain.. dan apa yang mereka bincangkan tidak dapat di ketahui..  kata emak saya.. sungguh ramah mereka melayan emak yang bersendirian di rumah, siap ke dapur lagi membuat air.. dan memberi emak minum jus buah-buahan dari produk Zhulian juga, yang tak pasti produk apa.. kata emak rasanya masam-masam seperti jus Durian Belanda "Soursop". Sambil-sambil minum mereka memujuk emak saya menaggalkan rantai leher dan akhirnya mereka berjaya memujuk emak saya menaggalkan rantai leher yang di pakai emak, tujuannya untuk mengajak emak menjadi ahli, oleh kerana mak tidak mempunyai wang tunai..

Untuk pengetahuan.. mak saya seorang OKU.. kehilangan sebelah kaki kanannya akibat kemalangan.. kakinya terpaksa di potong separas paha, setelah luka memasukkan besi pada bahagian yang patah tidak sembuh, kerana emak saya mengidap Diabetis.

Emak saya
Apa yang nak saya kongsikan di sini.. silalah berhati-hati dengan wanita bernama MARLIAH ini, atau JAMALIAH info dari komen facebook  yang mengenali suspek ini mungkin melalui jenis kenderaan dan no pendaftaran. Kalau terjumpa.. jaganlah termakan pujukan dia.. cubalah alihkan pandangan atau elakkan dari dia...

Dan PERINGATAN juga buat sesiapa sahaja .. silalah berhati-hati dengan mereka-mereka yang datang  kerumah atau terjumpa di mana-mana.. mereka adalah tetamu tanpa di undang.. bukan hanya tumpuan pada ahli Zhulian.. tapi mereka-meraka yang berbisness MLM ini. Jangan termakan pujuk rayu meraka yang sentiasa memaksa itu.... tujuan mencapai target meraka.. so, meraka yang kaya.. kita yang kena tipu... berputih mata..

No comments: