Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Sunday 8 September 2013

Makanan Untuk Ibu Menyusu

Nah tu diaaa.. Kucai. Menu untuk ibu menyusu macam saya. 

Sebenarnya bukanlah dengan hanya mengambil makanan dan minuman yang di katakan dapat menambah susu badan saja yang  untuk ibu menyusu. Kadang-kadang tu sampai tak ada satu hidangan lengkap dalam diet seharian yang perlu untuk ibu menyusu. Itu yang silapnya tu. 

Saya pun tak lah pandai sangat bab-bab ibu breastfeeding ni. Inilah kali pertama saya menyusukan anak secara penuh dengan susu ibu 3 bulan pertama. Alhamdulillah, bekalan susu masih ada untuk dia. Walau sekarang saya dah topup susu fomula 1 atau 2 kali sehari dalam jadual penyusun dia. Bayi saya kini 4bulan setengah.

Kenapa saya topup susu fomula.
Alasan saya, bayi saya kuat menyusu, dalam tempoh berpantang saya gembira sangat, sebab susu banyak, dan bersyukur pada Allah rezeki anak saya kali ini. Tapi paling mencabar masa dalam bulan puasa lepas. Dan dari situ saya ajar bayi saya susu botol.. Mula-mula susah juga sebab dia tak biasa. Di akhir ramadan baru dia biasa dengan botol. Itu pun selalunya tak habis 4oz. Bagi saya, seorang suri rumah serba jawatan ni, menjaga anak kecil amat mencabar. Memang saya suri rumah sepenuh masa, tapi saya tidak berada di rumah 24jam. Kadang-kadang tengah memandu baby menagis nak susu,.. atau di tempat awam baby meragam nak susu juga.. semua saya dah lalui dalam 3 bulan pertama fully breastfeeding. Rasanya dengan botol lebih, mudah, dan cepat. 


Makanan Terbaik Untuk Ibu Menyusu :
  • Ikan Salmon - Sarat dengan lemak yang di panggil DHA, omega-3
  • Semua produk susu rendah lemak - yoghurt, susu , keju.. sumber kalsium.
  • Daging Lembu Tanpa Lemah - Kaya dengan zat besi,dan protien meningkatkan tenaga.
  • Kekecang - tertama yang berwarna gelap, kacang merah, kacang hijau.. tinggi prtien dan zat besi juga.
  • Buah Berry - sumber vitamin, mineral juga karbohidrat
  • Beras Perang -mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan fostat, kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih. 
  • Telur - Sumber vitamin D dan protien.
  • Sayur-sayuran hijau - Kucai, sawi, bayam, brokoli ... 
  • Gandum - roti atau sediakan bubur gandum.
  • Air - Minum air masak .. sumber air adalah penting untuk banyakkan susu.
Saya menulis berdasarkan research. untuk diri sendiri dan di kongsi bersama.. Sirius,.. saya tak pernah makan ikan salmon. Kata kawan saya sedap.. tak dapat saya nak ceritakan rasanya.... 






No comments: