Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday, 26 November 2012

Menu Isnin ~mood baru balik dari rumah Mak

Hari ni masak yang mudah-mudah aje.. sebab mood nak rehat-rehat..(padahal banyak kerja nak dibuat kat rumah ni). 3 malam bermalam dirumah mak cukup-cukup banyak dah rehat berbanding dirumah sendiri. Tapi apapun "mak" yang utama. Nak pula dgn keadaan mak sekarang, yang kena pantau selalu.. jadi bila ada peluang cuti mesti la balik tidur/bermalam kat rumah mak.

Melalut suda dari topik asal.. hehehe kan....?
Sebelum ni memamg tercari2 juga bayam merah, sebab khasiatnya.. sedah tentulah tiggi zat besi.. baik untuk tambah darah, nak pula saya kalau mengandung aje.. masti ada masalah kurang warna darah.. (bahasa doktor HB) hb saya selalu turun ke 10 atau 9. Sebab saya xberapa suka makan hati ayam/lembu atau kerang jadi saya pilih "bayam merah".

Tapi bayam merah ni tak berapa nak merah lah, sebab warna sup xberubah kemerah-merahan sangat seperti selalu.. Tapi apapun sedap... Anak-anak pon memang suka makan sup.. kalau sayur saya katakan pada meraka makan sayur untuk kesihatan, bila sihat boleh belajar dan boleh cepat pandai.. (terpaksa.. kalau tak taknaknya makan. Itu pon memilih sayur.
Ini saje lah menu simple hari ini.. Ikan goreng dengan sup bayam merah.. lupa nk snap pic sambal belacan.

Selamat menjamu selera dengan menu anda juga ya.. Saya dan anak-anak dah kenyang.. Alhamdulillah rezeki hari ini..  Malam nanti belom tahu menu apa.. (^_~)

2 comments:

Bee said...

masa mengandung memang macam2 ragam hee

Bellezza Bunga Matahari said...

yg xbest tu .. nurse kat klinik tu leh tau kalo kita mkn ubat ka xmkn ubat yg dia bg tuk tmbah darah tu.. aku dah xminat nak makn ubat tu sb tu la cuba cara lain tuk bg hb tu naik juga..