Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Sunday 21 July 2013

Cuti Sekolah Awal : Raya Aidilfitri

Salam Ramadhan Al-Mubarak.  12 Ramadan 1434H

Pejam celik. Pejam celik. Bangun sahur --- Berbuka... kejap je masa berlalu, hampir 2 minggu berpuasa. Lagi 2 minggu nak raya. Ada yang dah siap-siap persiapan hari raya. Tapi saya sekeluarga belum buat pilihan tema... juadah... raya di mana? Hum... semua masih belum dalam perancangan lagi.

Ramadhan kali ini suami saya berniaga di Batu Kurau, seronok berniaga di Bazar Ramadhan. Mencari rezeki untuk persiapan hari raya nanti. Tapi tak lah hari-hari saya di sana untuk membantu, kesian baby kadang-kadang terlena dalam stroller.

Ini pose dari dua beradik di 8 Ramadhan. Nakal ni. Lasak kemain ke sana sini tak reti duk diam. Moga-moga besar nanti jadi anak yang soleh ye sayang...

Okey berbalik pada tajuk: Cuti Sekolah Awal

Merujuk pada laporan Berita Harian semalam 20 Julai 2013, Kementerian Pendidikan membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sehimgga 3 hari sempena aidilfitri yang dijangka akan di sambut pada 8 Ogos ini. Berikutan itu, bagi seklah negeri yang hujung minggunya  Jumaat dan Sabtu, boleh mula citi hari raya bermula Ahad 4 Ogos 2013, manakala sekolah di negeri yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad, cuti bermula Isnin 5 Ogos 2013.

Berikutan itu, cuti sekolah sempena Aidilfitri dan cuti pertengahan penggal kedua adalah bersamaan 2 minggu, sehingga 17 atau 18 Ogos 2013.

Berita lanjut DI SINI

Jadi boleh lah berkira-kira hari, cuti anak-anak sekolah panjang. Nak ke sana, ke sini... dah jadi TREND hari raya nak menziarah dan kunjung-mengunjung sanak saudara. Ada yang jumpanya setahun sekali je. Sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tugasan serta tanggung jawab masing-masing.

Bila cerita bab cuti raya, mula la memikirkan nak beraya di mana.. kan... Bagi yang dah mengamalkan sistem giliran ni setiap kali raya tak payah gaduh-gaduh.. Redho je.. beraya sebelah keluarga mana pun. Bagi saya dua-dua special.. dua-dua best. Sebabnya, rumah saya... rumah mak saya.. rumah mertua.. memang tak jauh. Kiranya rumah saya di tengah-tengah ( lebih kurang laaa. ) ke utara rumah mak.. ke selatan kampung halaman suami.. (di ibaratkan sahaja..) Jadi dua-dua dekat tak payah gaduh-gaduh nak kemana.. raya di mana.. Tapi mesti ikut giliran macam biasa, selang setahun, pagi raya di mana.. pusing-pusing balik ke rumah jugaa..

Cuma dalam perancangan nak berjalan-jalan ke selatan, menziarah pusara arwah ayah di kampung halaman ayah di Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Banyak tempat lagi nak menyinggah tu.. Insyaallah.. persiapan lengkap ke sanalah destinasi di tuju.

Sampai di sini dulu.. Selamat menjalankan ibadah puasa.... Dah dekat jam 7pm. saya nak siap-siapkan juadah berbuka. Pesanan dari saya :  Jangan sibuk memikirkan  persiapan hari raya.. sehingga terlupa 10 malam terakhir Ramadhan. Lailatul Qadar. Semga ibadah kita di bulan yang mulia ini akan di terima Allah swt. Amin...

5 comments:

Hidayah said...

tadi pun dayah dah mula bincang pasal raya nak berjalan ke mana umah sedara belah mana nak pi dulu hehemood raya dah sampai..

lama dah tak ke batu kurau..

last pergi kecik kecik dulu..

:)

Bellezza Bunga Matahari said...

hum... kannnn.. ema pon mood raya dah mai ni.. duk bincang n suami bila nak p shoping ni abang oiii.. kikiki

EjamOthman said...

seronok betul budak sekolah bercuti raya tahun ni...mesti byk jumlah duit raya yg berjaya dikumpul nanti..

Bee said...

tak sabaq nak raya hehehehe

Bellezza Bunga Matahari said...

bila dgr lagu raya kat radio time wak kete.. lagi la raya nak raya tu dah sampai.. tapi masih lom shping raya.. duk sibuk kemas umah sehari-hari wat sikit.. byk habuk.. byk sawang jugaa.. wahahah.... lama xbuat.