Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Saturday, 5 October 2013

Cheesekut Resepi Mudah Dan Senang

Bagaikan di landa demam CHEESEKUT... bila tengak kawan buat dan post gambar cheesekut mula la teringin.. Sape peminat tegar cheese sure tangkap leleh la......... ~termasuk lah saya.. (^_~)

Haa... Meh sini saya share resepi mudah dan paling senang .. semudah A B C.. Jom Try..

Bahan-bahan mudah untuk sediakan Cheesekut
No 1 : Cream Cheese.. saya guna Tatura sebab masa ke kedai bakery dalam peti ais dia ada jenama tu je..  Cream cheese ni guna jenama apa pon boleh.. tapi banyak blog yang dah update entri Cheesekut ni guna jenama PHILADELPHIA KRAFT.

No 2 : Cream Cracker Hup Seng cap Ping Pong resepi asalnya guna Deluxe Cracker Hup Seng.. lebih sedap guna yang tu.. sebab ada rasa lemak-lemak masin.. mix dengan cheese dapat 1 lagi rasa masam..  tapi sebab saya ke mini market berdekatan rumah ni saja.. tak dapatlah jumpa Deluxe Cracker tu...

No 3 : Susu Pekat Manis dan Susu Rendah Lemak.. Susu pekat ni pun terpulanglang nak guna jenama apa pun.. sama juga dengan Susu yang sebelah tu.. resepi asal guna Fresh Milk. tapi saya lebih suka Lo-Fat.. tapi 1st time beli jenama Magnolia ni.. (^_~) Ambil apa yang hadooo depan mata je.

Untuk topping. Boleh ubah ikut citarasa dan pilihan. Resepi asal tak ada topping pun..  
Topping tak letak pun takpe, tapi saya suka ada hiasan.. lagi pun benda memang ada stok dalam almari dapur tu... mudah je. Tak payah nak beli lagi..
No 1 : Milo hehehe semua tau yg tu milo.. kannnn
No 2 : Nestum. Hancurkan ya.. biar jadi serbuk seperti milo.. guna blander  je yang kecil tu untuk blend bahan kering
No 3 : Chocolate Chip. boleh la pilih atau tukar yang lain ikut suka.. dan selera masing-masing...


Cara-cara menyediakan Cheesekut Mudah


1. Mula-mula.. putarkan cream cheese.. 250g. Saya beli cream cheese Tatura tu 500g, jadi agak-agak separuh saya putarkan sampai kembang..
2. Lepas tu masukkan setengah tin susu pekat. Ikut selera masing-masing kalo suka manis.. lebihkan susu pekat tu.. nak mudah lepas dah mix dua-dua bahan tu cuba rasa dulu adunan tu.
3. Bila rasa dah ok,.. adunan dah sebati.. nampak warna pun dah bertukar.. tambahkan dua ke tiga sudu susu Lo-Fat tu.. putarkan lagi smapai adunan nampak tak pekat.. dan tak cair...  sedang-sedang.. Kalau ikut betul-betul resepi Insyaallah jadi...

Celupkan dulu biskut kedalam susu Lo-Fat tu..  sesaat dua.. Tak perlu lama.. nanti biskut terlalu lembik.


Mula lah menyusun biskut dalam bekas.. lapiskan dengan adunan cream cheese tadi selapis demi selapis, di selang selikan dengan biskut.. Penuhkan ruang bekas dengan biskut sebelum sapukan cream cheese. Tak ada gambar lah pulak.. terlupa nak snap. Sebab terlalu khusyuk menyusun.. melapis..

Dah siap dengan topping MILO

Yang ni pula topping nestum 
Bekas yang ni mix topping nya.. MILO dan Nestum
250g cream cheese dengan setengah tin susu pekat tu saya dapat buat 3 bekas ini sahaja. 2 bekas kecil 4'x4' dan 1 bekas 7'x4 1/2' . Mula-mula bajet punyalah banyak sediakan bekas.. kih kih kih.. alih-alih dapat 3 bekas je.. jadilah .. permulaan. Sedap nanti boleh buat lagi sebab masih berbaki cream cheese, susu pekat, susu Lo-Fat.. semua ada lagi lah..

Oh! Hampir terlupa, lepas dah siap hias.. tutup bekas tu kemudian simpan dalam peti ais. Biar semalaman.. Baru potong-potong, dan bolehlah makan.. Mudahkan.. takperlu bakar ataupun kukus.

Taraaaa.... 


Inilah hasilnya.... Sedapnya hingga menjilat jari... dan bibir.. ecey.. ceyy... hik hik hik... Tapi makan sikit-sikit ulang-ulang memang sedap lah. Rasanya masam-masam manis.. kalau sekali hadap mesti mulalah rasa muak. Tapi komen saya tentang Cheesekut ni... Sedaplah.. Kombinasi yang sangat-sangat sedap .. Biskut tu dengan cream cheese..  kena selera.. Bolehlah jadi juadah petang....

Selamat Mencuba!!

16 comments:

Puan Bee said...

nanti try gak la .. hik2 nampak best ..

Bellezza Bunga Matahari said...

bukan best je.. memeng sedap lah Puan Bee. nak lak peminat cheese ni..

ALoNa CintamaniszLite said...

wahh..ema dh try buat ye..

akak ni kena tunggu anak2 balik baru nak try buat. sbb...kalo akak buat skang..alamatnya, akak ngan abang jer yg makan...maka hilang laa diet akak, :p

Bellezza Bunga Matahari said...

sedap kak.. xpe try la raya haji nanti... :) ema dah 2x buat.. abis licin...

Ummi Hanie Fadzil said...

tak tahan tengok cheese! teman antu cheese.keh3x

Lin Azlina said...

ngah usha resepi sebab nk try buat sok..nk cari bahan2 dulu

nana zarina said...

Rugi tak cuba.memang sedap.saya penah cuba guna biskut merrie sbb masa tu cari deluxe cracker xde. Sedap jugak..dia gebu.
www.villavitaminibu.blogspot.com

Hasnieda Mohamad said...

banyak variasi rupanya cheesekut ni yer... harus cuba nih

Iza Teratak Usang said...

Assalam.
Baru balik dari beli bahan2 keperluan cheesekut

nurul H.A.J.A.R. mahyudin said...

tqvm...nak cuba lah...senang sangat...

Hasnieda Mohamad said...

Sedapnyaaaa.... tapi sayangnya saya alah laktosa.... sedihhh...

ChoQbaDak said...

Dalam bnyk dok mcqri, yg nie paling ku nmpak jalan.huhuuu. Yess, boleh start buat!! Thanks ;)

JommSihatDanCantik.blogspot

Bellezza Bunga Matahari said...

TQ pada yg sudi terjah blogspot saya.. ^_~

elycazol said...

Salam itu aje ke bahan
?

Bellezza Bunga Matahari said...

ha ah.. sis simple je bahan2nya tu.. aduh entri lama ni... terliur pulak.. lama dah xbuat chesskut..

Aisyah Ghazi said...

Hello admin. I dh try dh your recepi ni. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah, makan semua kata suke and sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<