Dulu aku selalu dengkikan dia... mana taknya, apa yang dia nak bagi aku semua dia dapat. Tak dapat dari mak, dia dapat dari kakak atau pun abang. Kami tak ada ayah... Ayah kami dah lama pergi meninggalkan kami sekeluarga.. masa tu aku baru masuk darjah 5. Belumpun cukup 11 tahun. Dan dia... baru 4bulan...
Dialah adik bugsu aku.... sirius, aku memang dengki dengan dia... Dululah... Mak marah macam mana sekali pun kat dia... tapi bila mak dah sejuk mesti dia mesti akan bodek mak.. Itulah yang aku kata dia nak apa dia akan dapat. Kehidupan dia dari sekolah aku nampak mewah sangat... Yang aku paling ingat.. masa dia tingkatan dua dia dah dapat handphone. Tak kata kat dia juga.. sebab zaman dah berubah.. tak macam zaman aku tingkatan dua.. mana ada budak pakai handphone... zaman aku tingkatan dua handphone cikgu pun macam bekas air minuman yang bentuk handphone tu la.. hik hik hik... Bab handphone yang dia pakai.. aku tengok dari tingkatan dua sampailah dia tingkatan lima.. entah berapa biji handphone dah dia guna.. hilang.. dapat baru.. rosak pun dapat baru tak pun 2nd hand.. Dari yang murah.. sampai yang mahal dan canggih ketika itu pun dia pernah dapat.. tapi entah kemana semua tak tahulah...
Tingkatan lima dia dapat notebook.. satu-satu benda yang aku nak sangat-sangat dari aku study dulu.. tak juga dapat. Tapi dia dapat.. mak belikan untuk dia.. kata mak dia nak sekolah.. beli pun berguna untuk dia.. Eeeeeeee... jelesnya aku ketika itu.. Tapi dapat jugalah aku pinjam. main game.. heh heh heh.... dan berfacebook. Tapi sebelum dia SPM.. notebook dia dah hilang.. tak dapat di kesan.. Senangnya dia.. kannnn mudah dapat mudah juga hilang... Bab handphone usah cakap lagi lah.. memang sentiasa hilang berganti baru.. zaman aku mula-mula pakai handphone tak ada orang nak belikan pun.. beli sendiri.. topup pun sendiri.. sebab tu aku dengki dengan adik bongsu aku.. Ada lagi... Motor pun dia dapat.. lesen lagi.. mak juga yang bayarkan.. Adik bongsu kannnn. Mungkin laaa... Tapi motor dia tak jaga.. dah tersadai.. tak boleh jalan.
Dulu aku memang dengki dengan dia.. tapi dengki-dengki aku kat dia pun hubungan kami adik beradik masih baik. Okey la.. adakala aku marah.. memang aku marah dia sungguh-sungguh.. tapi ada juga kemesraan kami berdua. Boleh di bawa berbincang dan bersembang. Dan ketawa bersama..
Walau dia banyak buat salah.. tak di mata aku pun .. di mata mak, abang .. kakak .. ataupun sesiapa pun.. Tapi aku nampak juga sikap kematangan dia.. Ya.. sungguh aku dah nampak kematangan dia. Walau adakala aku was-was.. sebab dia pandai bermain kata-kata. Tapi aku nampak dia jujur.. dari perbuatan dia.. Sebab tu aku sayang dia ketat-ketat.. Dialah satu-satunya adik yang aku ada.. waktu kecil dia banyak dengan aku.... Walaupun dulu aku pernah rimas dengan dia.. Mana taknya aku nak ke sekolah ada aktiviti koko pun kena bawa dia.. tak kira petang atau pun hari sabtu..
Tapi sekarang dia tak ada depan mata... Entah apa dia buat kat sana aku pun tak tahu... Doakan yang baik-baik aje untuk dia.. Disaat orang lain gembira... menikmati hari-hari dengan senyuman.. ketawa.. kepuasan.. entah apa lah dia buat.. aku tak tahu... .... ...
Sayang kamu ketat-ketat dik.. kuatkan semangat. Sebab kamu anak lelaki.
1 comment:
adiknya skang kat mana, ema??
Post a Comment