Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Sunday, 3 November 2013

Slot Akasia TV3 Playboy Itu Suami Aku?!

Satu lagi drama tv adaptasi novel bakal di siarkan di Slot Akasia tv3.. buat kawan-kawanku yang gila drama... macam << aku >> hehehehe.. inilah drama tv3 pengganti "Love You Mr.Arrogant" yang akan tamat tak lama lagi.. Tinggal 4 episod je lagi ...  So, rasanya minggu depan di jangka akan bermulalah episod baru ini .. "Playboy Itu Suami Aku?!"


Jom-Jom tengak pelakon-pelakon drama tv3 favorite kita nieh...
-Antara pelakon-pelakon utama : Chacha Maembong, Fattah Hero Remaja, Nur Risteena, Wan Sharmila. Drama ini terbitanTemenggng Pictures dan di arahkan oleh Azmi Hatta, (tunang Elly Mazlien)

Macam best aje...  
Fatah Hero Remaja sebagai King Adrian
Nur Ristina sebagai Afrina Aulia

Sedikit sinopsis dari novel:

"Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje"

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali plyby itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja adrian Benjamin atau nama 'manja' yang diberi Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri zahida, ibu kepada King adrian semasa menlong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontar gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad ubtuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya Afisya adalah salah seorang teman wanita King Adrian.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai pengidap amnesia. Lebih malang lagi dia ridak langsung mengenali Adrian yang kini suaminya.

Terkejut besar Afina, apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu.. Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina kini telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk di buli.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, disaat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu danpergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa Afina meninggakkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah di tinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

"Playboy itu suami aku?! Biar betul!"

Nantikan drama adaptasi novel ini , setelah tamat "Love you Mr.Arrogant" nanti yer... Jom layan gambar semasa shoting sumber Instagram janejovi79, risteena dan fattah.




1 comment:

Ummi Hanie Fadzil said...

Nis mcm geli2 je tgk hero drama ni... Haha