Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 20 February 2013

Kafien dan Ibu mengandung ;

Masih dalan cerita ibu mengandung..

Hari ini usia kandungan saya 30 minggu 3hari. Bekas suntikan ATT pun masih terasa sakit lagi, tapi boleh la angkat tangan perlahan-lahan .. Tapi rasanya kalau ada yang terlanggar bahu ni memang beraduh lagi la. Nak tarik pintu kereta pun tak lepas lagi, kena guna tangan kiri, pegang stering pun tak boleh lasak sangat.

Okey, nak kongsi tentang minuman berkabonat. sejak kandungan saya masuk 5bulan, lebih kurang 22 ke 24 minggu saya rasa teringin nak minum sarsi (berkabonat) . Mula-mula sekali. Lepas 2 ke 3 minggu nak lagi sarsi, kemudian selang seminggu, nak lagi sarsi. Dan akhirnya dalam seminggu sekali mesti nak beli sarsi. Anak-anak apa lagi, memang suka la minum juga. Benda ada depan mata kan.. " Air Gas " bahasa pasar yang memang semua dah tahu, dan memang perkataan itulah yang di gunakan pun.

Boleh pulak si sesumpah ni jilat tin F&N Sarsi ni kan..?
Semalam saya beli lagi sebotol F&N Sarsi 1.5liter. Ada promosi pulak RM2.80 aje. Bila dapat minum.. waaa. lega, terasa kepuasannya. Nak pula minum sejuk di tambah ais. Anak-ank pula seorang dua gelas la. ~Kemain... Dan.... tiba-tiba

Terfikir oleh otak ini bahaya tak Sarsi walau tak sekuat Coke. Asal berkabonatkan.. haruslah ada kesannya pada tubuh badan, nak pula saya mengandung. ??? TOING TOING TOING HaHaHaHaHa.. mulalah tepuk dahi tanya hati. ... dan lepas tu terus google kandungan dalam minuman berkabonat.

di beli semalam, 
Saya semacam ketagih pula nak minum Sarsi ni, sebelum ni memang saya minum minuman bergas, cuma tak kerap, dan suka bertukar-tukar perisa. Cuma kali ni rasa ketagihnya tu menjadi-jadi, pergi aje mini market nampak sarsi saya mesti ambil 1, dulu minuman wajib saya beli di mini market adalah soya, sekarang dah bertukar. Jadi saya pun google punya google rupanya minuman bergas ini tinggi kandungan kafein.

Alamak!! apa yang dah saya buat???

Saya punyalah ikut nasihat doktor dan jururawat supaya tinggalkan kopi dan teh yang punya kandungan kafein yang tinggi yang tak elok untuk kesihatan bayi dan juga saya sendiri, tetapi saya boleh pula minum minuman berkabonat yang juga punya kandungan "kafein". ???
~sekali lagi tepuk dahi tanyalah hati.. apa yang telah saya buat. ?? ~
Mengeluh tak bersudah, jadi jalan yang terbaik tinggalkan tabiat buruk ini, kandungan saya pun dah 30 minggu tak lama aje lagi tempoh matang untuk melahirkan.

Semoga semuanya selamat, saya dan bayi saya. Walaupun saya minum sarsi , tapi saya tidak lah minumnya setiap hari, tapi kalau dah beli 1 botol 1.5liter tu, memang kerap lah minum. sampai habis lah jawabnya, berkongsi bersama-sama anak-anak dan suami.

Mujur pergi klinik 3 hari lepas HB saya ok. 11.0 lega, kalau tak biasanya 10.0 dan dah 3 kali hb 9.0, memang nampak cair warna darah masa jururawat ambil sample darah untuk di uji di makmal. Susu memang saya tak tinggal, 2 gelas sehari saya akan ambil Anmum Materna. Sama juga makanan diet seimbang yang lain. Buah-buahan memang saya tak tinggal cuma.... sayur. kadang-kadang    ~aHakss.

Bahaya kafein untuk ibu mengandung ;


  • Kafein adalah deuretic yang bermaksud, ia berperanan menarik cecair dan kalsium di antara kedua-dua badan anda dan bayi anda. Kafein bukan sahaja terdapat di dalam kopi tepati kefien juga terdapat dalam sebarang teh, minuman ringan atau minuman berkabonat, juga coklat. ~ aHakss!! 
Keburukan Kafein ;
  • Tidak mengandungi zat dan sebarang makanan.
  • Boleh menjejaskan mood
  • Sukar tidur secara berjadual.
  • Menyerap zat besi dalam badan dan bayi (ibu hamil)
  • Menyebabkan ketagihan.
Nasihat doktor dan jururawat buat ibu hamil ;
  • Pengambilan kafein yang berlebihan iaitu 2 atau 3 cawan atau mungkin lebih lagi,  boleh meyebabkan keguguran atau kelahiran bayi pramatang. 
Langkah-langkah mengurangkan pengambilan kafein ;
  • Bagi penggemar teh seperti saya, haruslah berhati-hati dalam memilih teh-teh herba yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Walaupun terkandung herba dan khasiatnya untuk kesihatan dalam teh tersebut, seharusnya kita mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kata orang-orang berpengalaman, teh tadi boleh di campur dengan cengkih, kayu manis, atau jus buah-buahan. Dan yang pasti rasanya lebih sedap. Saya suka teh yang sudah siap campuaran buah-buahan seperti blueberry, strawberry atau cengkih. 
"Secara kesimpulannya, pakar kesihatan menyarankan kafein boleh di ambil ketika hamil, namun pengambilannya perlu di hadkan bagi mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang. Pemakanan diet seimbang amat baik untuk menuteralkan semula apa yang di makan atau minum. Lebihkan minum air masak adalah yang terbaik. Juga pengambilan susu ketika mengandung, untuk menambahkan kalsium, kerana kafien di katakan akan menyerap kalsium dlam badan dan bayi."

Jadi saya sendiri sudahpun menepuk dada tanya hati, apa yang terbaik umtuk saya dan bayi saya. Mujur saya ketagih sarsi berkabonat, jika coca-cola? yang lebih tinngi kafein dan bahan-bahan tanbahan makanan dan perisa yang boleh mereputkan gigi dan sebagainya..  

Selamat tinggal sarsi.... (buat sementara waktu.... boleh minum tapi tak sekerap ini, mungkin )

Tunggu entri tentang kandungan coca-cola pula ya.
Bahaya-bahaya.. semuanya tak baik untuk kesihatan.


8 comments:

Unknown said...

apa2 pun sis bila berlebihan memang tidak bagus, take care ya

Bellezza Bunga Matahari said...

alhamdulillah.. buat masa ni boleh kawal da.. xpandang da air berkabonat.. ;)

Unknown said...

tak sedap la tk pekena kopi sehari secawan ahaks.

Bellezza Bunga Matahari said...

hahaha masalah tu.. bagi penggemar kopi kan.. aku kopi ni suka juga nk pula yg pekat n pasti cukup rasa.. tapi dulu lebih suka coffe mix atau nescafe.. huhuhu xthn aroma dia.. tapi lama dah la xminum.. rasa sejak ngndung ni mmg xde kopi/nescafe kat dapur tu..

ALoNa CintamaniszLite said...

Leh jer nk layan tekak masa ngandung ni tp kena hati2 ler sbb masa ngandung ni ler senang nk dpt kencing manis, darah tinggi wlaupun hari2 biasa kita takde pun penyakit tu, mmm..

Bellezza Bunga Matahari said...

hum.. kan kak. sb ema pk takut tetiba ada kencing manis kang parah.. dah mak pun pengidap diabetis. walaupun masa kndungn 24minggu dah minum air gula (MGTT) seb baik normal. 7.0

noura axna said...

kciannye. .huhu. .mmang le xble mnum smue 2 lg2 yg hb low mcm sya ni. .hb xpnh tggi dr 10 . .hb 7 pon pnh dpt tau. .hehe. .kopi,teh,coklat mmang xble mnum. .tp smlm tringin plak nk mnum air strawberi(brkarbonat). .2 yg search psal ni. .haha

Bellezza Bunga Matahari said...

yer naoura.. boleh minum.. to xsesuai la.. hehehhe bak kata kak alona.. boleh je malayan selera tekak time megndung ni.. cuma jgn amalkan.. hehehhe....
alhamdulillah ank saya sudah 12bulan 3hari hari ni.. membesar dgn sihat dan aktif