Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday 6 February 2013

Mula Mengira Pergerakan Bayi

Biasanya Jururawat Masyarakat yang akan menentukan bila mula untuk mengira pergerakan bayi dalam kandungan ini. Sebenarnya dari awal kehamilan pun Jururawat Masyarakat lah yang menguruskan semua hal-hal kesihatan ibu mengandung. Jika perlu, baru rujuk doktor. Jadi pada usia kandungan saya ke-28 iaitu 7bulan, saya mula di terangkan perlunya mengira pergerakan bayi saya.

Anak sulung  6 tahun, anak ke-2  5 tahun. Jadi sememangnya tak ingat dah cara-cara nak kira pergerakan bayi ni, lagi pun dulu... masa mengandung anak pertama, asyik salah saja catitkan pergerakan bayi. Nak pula tak ada orang dekat untuk buat rujukan, nak tanya malu. Dan tak pula tertanya dek mulut ni bila berjumpa ibu-ibu hamil lain di klinik, dapat jururawat yang baik dan lembut dia akan tegur dengan baik, dapat yang macam tak ikhlas saja melayan, ... bercakap pun sinis-sinis sahaja.

Bila hamil anak kedua pula,.. buat-buat pandai sendiri lah.. asalkan dalam 1 hari tu ada merasa pergerakan bayi tu esoknya tanda lah.. atau pun biar aje 3 atau 4 hari lepas tu baru buka buka tanda saja. Nak pula bila mula bersembang dengan ibu-ibu yang berpengalaman, semuanya bagi tahu,   "tanda saja, asal ada bayi tu bergerak". Itu kata meraka.

Yang sebenarnya semua tu SALAH! Memang SALAH!
  • SALAH yang pertama. Tak mahu bertanya bila tak faham.
  • SALAH yang kedua. Tak ambil sirius.
  • SALAH yang ketiga. Dengar cakap orang.
Tulisan biru tu  contoh yang telah di ajarkan pada saya
Jadi bila saya dah pasti , yang anak dalam kandungan saya sekarang adalah anak bongsu, jadi inilah pengalaman terakhir saya untuk merasai nikmat ibu hamil. Peluang hamil adalah saat-saat yang paling berharga, dan ibu yang hamil juga mudah mengumpul pahala pada saat hamil.

Jadi bila saya di beritahu saya sudah boleh mula mengambil catitan pergerakan bayi saya, dengan penuh kesungguhan rasa ingin tahu saya cara-cara yang betul untuk mengira pergerakan bayi.

Mari berkogsi:
  • Pergerakan bayi di kira pada jam 9.00 hingga 9.00 malam. Tempoh di beri selama 12 jam. 
  • Pengiraan bermula apabila bayi mula membuat pergerakan, gerak, gerak,gerak dan gerak. Bermakna dia menendanglebih dari 2x dalam 1 masa. Kemudian dia berhenti. Peregerakan tadi dikira 1x.
  • Kemuadian bayi akan mula bergerak lagi, mungkin berbeza, terasa bahagian kiri atau kanan perut menjol, dalam beberapa saat dan kembali pulih. (waktu ini kita akan merasa sedikit sakit akibat pergerakan bayi tadi) Peregerakan kali ke-2 akan dikira 2x. 
  • Dan seterusnya,.. mungkin berbeza rasa, waktu, pengalaman dan pergerakan bayi. (hanya kita yang tahu rasanya bila ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak dalam perut kita.
  • Mulalah mengira sehingga cukup 10x pergerakan dalam tempoh 12 jam tadi. Sekiranya merasakan bayi memang tidak bergerak, mungkin dia bergerak tapi tak cukup 10x, sebagai contoh dari jam 9.00 pagi aktif tetapi selepas itu bayi tidak bergerak lagi sehingga jam 9.00 malam. Haruslah ke hospital dengan segera.
Dulu saya tak pandai pun nak kira, dan juga salah tafsir cara pengiraan. Apa yang saya kira bila bayi saya menendang saya mula mengira berapa kali pergerakan yang dia buat. cukup 10x adalah dalam 2 atau 3 kali pergerakan yang bergerak dan henti, saya akan tanda.

Penting sebenarnya mengira pergerakan bayi dalam kandungan ni, jadi jangan ambil ringan bab-bab mengira pergerakan bayi dalam kandungan. Perkara yang tak di ingini berlaku adalah kehamilan pra-matang pada usia 28 minggu ke 30 minggu. Atau mungkin kematian bayi dalam kandungan adalah lebih menyedihkan. nauzubillah..

"Ya Allah engkau peliharalah bayi dalam kandungan ku ini sehingga dia selamat di lahirkan. Sesungguhnya saat kelahirannya amat kami nantikan."

Pengajaran:

Malu bertanya sesat jalan.

11 comments:

Anonymous said...

Salam sis...saya baru je disuruh nurse kira pergerakan baby sebab dah 28 minggu... nak tanya, kalau baby sedu, dia gerak banyak kali x henti...tu kira 1 gerakan ke??? Nurse kat klinik garang sangat, sy nak tanya pun takut... huhuhu~~~

Bellezza Bunga Matahari said...

baby sedu? macam rasa getaran tu erk? asernya bukan sedu tu.. itu tgn babyi yg bergetar.. xcaya peel dia tu akan terbawa2 bila dia dah di lahirkan.. tidur baby nmpak lena tapi sesekali tgn dia akan bergetar. xpasti pulak kenapa. asernya itu tak di kita pergerakan baby.. cuba rasa gerakkan dia bila dia mula gerak... gerak.. dan gerak lagi.. yg tu baru kita 1x.
hehehe dah macam pakar nahihat pula kiki.. ape pon terima kasih jgengah blog saya.. alhamdulillah baby saya pun dah 3bulan 1/2. catit betul2 tau pergerakan baby tu..

Anonymous said...

tangan menggeletar??? yeke??? heheh~~~ kdg2 heran jgak apasal dia selalu sangat tersedak, padahal bukan dia makan pun kat dalam... heheh~~~
sekarang ni dh mula kira pergerakan mcm yg awak ckp tu, tp asyik lupa nak catit, padahnya tak tau brapa kali dia gerak, tapi agak2 sampai la 10... hihihi~~~

Unknown said...

Pergerakan terhenti hampir 3 jam. Adakah ini normal? Risau.

Anonymous said...

Tolong terus ke hospital... Jgn pandang remeh sbb kita x tau mcm mn keadaan dalam...

Anonymous said...

Tolong terus ke hospital... Jgn pandang remeh sbb kita x tau mcm mn keadaan dalam...

Anonymous said...

Tolong terus ke hospital... Jgn pandang remeh sbb kita x tau mcm mn keadaan dalam...

Anonymous said...

Tolong terus ke hospital... Jgn pandang remeh sbb kita x tau mcm mn keadaan dalam...

Cheta Eita said...

Baru je mula mengira pergerakan baby..ni anak yg ketiga...tapi kekadang tu termiss gak..maklumlah sibuk ngan kakak2 nya... Hehe...

Unknown said...

Faham dah , haha , tapi saya , waktu anak saya nak bergerak , pagi dan tengah malam memang aktif gila . Kalo petang dan malam senja tu mcm slow sikit la . Hurm , mudahan la anak dalam kandungan saya tu tak ada permasalahan .

Unknown said...

Mudahan lah anak dalam kandungan tak menjadi apa2 . Moga sihat sentiasa , cukup dengan sifat bila lahir . Amin .