Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Monday, 25 February 2013

Taiping Bandar Hujan

" Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit LarutGunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandarnya merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. "

Hari ni dari mula keluar rumah jam 3.15pm, dalam perjalanan hantar abang ke kelas tuisyen.. sampai la sejam selepas tu, (sempat saya masuk Pasaraya Giant) hujan tak henti dan tak juga reda. Sampai le dah di rumah ni. 

Dalam perjalanan ke Kamunting
Lebih lebat lagi.. selepas abang dah masuk ke kelas tuisyen. On the way ke Giant pula.

Dari simpang kiri Giant, nak ke Taman Palma ambil abang. 
Lebat sungguh. Seluruh Bandar Taiping, Kamunting, hujan lebat. Suami saya yang di Bagan Serai pun katanya hujan lebat. Biasanya kalau hujan di Taiping, Kamunting tak hujan,.. Selalu sangat dah... dari rumah saya keluar ke Taiping. Tiba-tiba hujan lebat ... dalam perjalanan sampai tempat tertentu hujan baru renyai-renyai, balik rumah cerah, baru nak mendung.. lepas tu baru hujan.. Hujan dari bukit kan..

4 comments:

Mama4hero said...

LAMA x balik Taiping..sejak tok&tokwan da xde..huhu..lebatnye ujaN..

Bellezza Bunga Matahari said...

owh asal tiping jugak erk.. kikiki.. best kat tiping ni.. tapi sebenarnya ema lebih suka merantau.. hahah~pulak kan? tapi suami ema le.. nk sgt blk duk taiping hum dekat.. mudah, tempat sendiri tanah tumpah darah, heheh..

seb suka merantau.. sesekali blk taiping syok.. tapi hari2 di taiping jadi biasa.. mula la nk melancung pulak... ;)

Mama4hero said...

ngee..last balik pun x igt thn bile..kg hubby kt parit buntar.bertemu jodoh kt mlake..la ni duk mlake

Bellezza Bunga Matahari said...

owh parit buntar. sempadan penang dah tu.. jauh gak dr taiping tu. ;)