Perkongsian pengalaman.. kenangan anak-anak.. resepi.. percutian..

Wednesday, 12 June 2013

Baby Tidurnya Tak Betul-Betul Lena..

Sejak 2 3 menjak ni baby tidurnya tak berapa lena di siang hari. Susu dah bagi, perut dah di usap minyak telon, kaki, tangan dan belakang badan dah di urut-urat dgn minyak jonsons baby bedtime. Tapi tidurnya sering terjaga... baru je lelap tak sempat 5min dah jaga.. bila 2 3 kali macam tu.. dia akan mengamok la.. trus nangis, kaki kemain lagi tendang.

Mungkinkah  tak cukup susu dan perut tak kenyang?

Pertama kali ni saya bagi susu badan sepenuhnya pada Raisya. Mula la otak ni berfikir-fikir. Perlukah bagi dia susu fomula macam abang dan kakaknya dulu? Fikir punya fikir.. saya singgah kedai juga beli la Anmum 0-6bulan pack 200g. Bagi dia cuba. Habis 2oz yang saya bancuh. Lena lah sekejap. Sempat la saya masak di dapur, tak sempat nak makan dia dah bangun.. dah merengek-merengek manja dalam babycot dia. Bila saya gendong bagi susu badan pula... lagi dia isap, macam selalu... dah puas dia semacam nak lena... bila letak semula dalam babycot tu.. lenanya sekejap juga.. puas dodoi bagai.. lenanya tetap sekejap je. yang lebih merengek manja.. Kadang-kadang saya biarkan juga dia merengek gitu.. tapi kalau tak di layan terus menagis kuat. Bila angkat, gendong dia.. senyap je.... bulat je mata. Geram juga kadang-kadang tu.  Kedapur pun saya dukung dia. Anak kan.. siapa tak sayang.. nak pula dia yang bungsu. Lagi dia meragam lagi susah hati ni.



Tengoklah perangai dia menagis manja-manja.

"Alahai sayang.. lenguh dah lengan ibu ni jadi bantal kamu". Nak di peluk aje.. bila letak dia sedar. susah hati pulak bila dia macam ni, sb tak tahu punca. Biasanya bayi akan tidur 1 ke dua jam selepas menyusu kan? Malam pun susah nak lena juga.. Tapi bila dah tutup lampu semua Alhamdulillah lena, sekali je dia sedar nak menyusu dalam jam 3pagi atau 4pagi.

Sekarang pon tengah beriba dia.. ( sayang Amanda Raisya ibu ni..)


2 comments:

Unknown said...

Salam...

Haip!!! napa beli susu formula untuk Baby Amanda? kat rumah ni pun ada susu anmum satu tin yang harga rm80 tu sekali dengan 2 kotak susu anmum sample, klinik bagi. akak ada try bagi irfan masa baru lahir dulu coz masa tu susu tak berapa nak ada, tapi irfan tak nak nyusu botol, so selamat...tak perlu nak guna susu formula.

Baby kerap terjaga adalah normal, lagi amanda masih kecik, ema pun baru abis pantang, normal bagi akak tu. Irfan pun macam tu, ema kena banyak sabar, sikit masa lagi nanti dia akan sesuaikan diri dengan keadaan. orang kata slow2...

Ini juga boleh jadi sebab baby dah boleh nengok orang dengan jelas, dah pandai senyum, so nak ada je orang kat sebelah dia, Ifan gitu, tinggal je nangis, nak menatap muka mak je, tapi lama-lama ok sebab dia dah pandai meniarap pusing sana sini-dah banyak benda dia boleh tengok.

pasal susu tu akak rasa susu ema tu cukup untuk amanda, kalau boleh terusan penyusuan susu ibu, kita je sebenarnya fikir baby kita tak kenyang, sebenarnya perut baby kecik je, memang tak boleh nak bagi dia minum sekali banyak, nanti muntah, itu yang boleh terjadi juga tersedak susu, bahaya kalau tertelan semula muntah tu.

jangan risau asal amanda menyusu kerap macam biasa, lagi kerap lagi bagus sebenarnya.

Alhamdulillah beberapa hari lagi Irfan nak masuk 6 bulan dah, rasa nak melompat-lompat seronok sebab berjaya dengan penyusuan eksklusif selama 6 bulan..horayyy!! haahaa pertama kali kot. abang2nya dulu susu botol jek huhuhu.

See..Irfan yang badan besar gini boleh nyusu ibu sepenuhnya, akak rasa amanda lagi boleh dapat lebih dari apa yang irfan dapat.

Jangan stress ema, sentiasa berfikiran positif, sentiasa cakap dengan baby semasa nyusukan dia, berfikiran positi, cakap dalam hati "InsyaALLAH susu aku cukup untuk Baby Amanda Raisya selama 2 tahun, aminnn". akak selalu cakap macam tu dalam hati.

bila tetiba rasa susu macam takde, akak terus cakap, insyaallah susu ada. eheheee...walaupun duduk tak diam hahhaa.

Apa pun happy breastfeeding, percayalah anak2 yang menyusu breastfeeding ni bagus, daya tahannya kuat, irfan alhamdulillah tak pernah demam walau lepas kena injek, dan tidak pernah ada alahan pada kulit.

Apa pun terpulang pada ema, tapi akak galakkan teruskan penyusuan susu ibu, jangan campur, ema duk dirumah, bila2 masa ema boleh susukan dia. insyaALLAH.

Maaflah komen akak kalau ada yang buat ema terasa atau kecik hati ye, sekarar berkongsi pengalaman dan pendapat.

salam,

www.yanmieonline.com

Bellezza Bunga Matahari said...

TQ kak yan.. wahahahha panjang lebar. kalau betul lah bagai di kata baby nak perhatian n nak sesuaikan diri dgn keadaan.. alhamdulilalh xla risau sgt.. sb ni 1st bagi susu badan sepenuhnya.. dan.. 1st ngadap baby 24jam.. sb duku kerja. xp sgt susu badan, yg tahu beli susu fm je.. pastu hantor nagsuh.. tapi ada betul gak la kakyan.. amanda xdemam la masa cucuk 1bulan. my be seb susu badan kah? ema try je la susu fm ritu 3x dah la 1hari 1x. yg lebihnya mmg bf. lagi pun tgk dia dh selesa dgn bf. baiklah ema akan try dia bf sepenuhnya.. :)