Selasa lepas 20hb, kami ke Sg.Bakap atas urusan peribadi. Balik dari itu kami terus ke Taiping pula. Singgah makan di Taiping. ~hehehe...Pergi sampai ke
Penang tapi balik juga ke Taiping singgah makannya. Tetiba teringat nak lepaskan mengidam "Black Mountain" . Entah ye atau tidak, kata orang-orang lama... kalau semasa mengandung mengidam sesuatu tapi sampai dah bersalin tak juga dapat makan, air liur anak meleleh.. yer kan.. atau mungkin kebetulan...
|
Macam mana, menarik tak? |
Gambar tak berapa cantik sebab gambar dari telefon bimbit samsung android biasa-biasa je.. tapi boleh la dari tak ada. kannn... Teringin memang teringin dari mengandung. Tapi tak juga pergi sebab masa pergi tu kedai di bawah banggunan Larut Matang tu sedang di ubah suai. Terbayang-bayang jua lah oleh mata black mountain. oooh black mountain.. Paling suka kacang santhong.
|
Amanda gigit jari .. telan air liur |
Mula-mula bagi si kecil tu rasa.. sebab yang meleleh tu air liur dia. Sambil mulut ni berkata..
mudah-mudahan ibu bagi rasa ni.. nanti air liur Amanda tak meleleh lagi yer... Petua.
|
Sluuurrrppp... |
Jilat sampai kenyang. Wayang je si Syasya ni. Tak habis pun dia sorang. Bila dah cair, tuang dalam bekas minuman. Bawa bekal main di taman permainan. Idea ibu, sebab tak nak membazir. Bila dah tuang dalam bekas minuman tu dia juga yang minum, lepaskan dahaga dan penat bermain.
|
Sukar sangat timang-timang dia.. lepas tu dia "bluuurweeek.." ngee |
|
Anak Abah |
Abang Izz bila dah di taman permainan tak nampak rupa. Seluruh pelusuk dia teroka, memanjat puas-puas. Berlari sakan. Sebab tu tak dan nak snap curi-curi gambar dia. Balik dari taman tu, badan Amanda da mula rasa deda-deda panas. Panas keluar dari kepala bahagian yang tak tumbuh rambut, kata orang
"makan dek bantal" malamnya seluruh badan dia pula panas.
Jom sambung baca di : Amanda Demam Part 1 & 2
3 comments:
teringi nyaa ais tu beb , dah lama teringin jenis pelik2 tp tk jumpa kat sini , ada sekali kay tunjuk gambar ada buah markisah
Bkn main seronok ler budak2 kalo layan dorang main kat playground situ..
aloh.. ais kacang biaser je ni bee.. gula merah.. yg da masak jadi hitam tu.. kowt xpernah rasa... tepeng mali ooo ngeeee.. yg menarik mountain nya tuh.. dan paling suka mix jagung dan kacang santhong. terbaik...
Post a Comment