Friday, 30 November 2012
Segmen Review Sesama Blogger
Salam, buat semua pembaca yang sudi membaca di blog saya.
Berbaloi juga Puan Bee adakan Segmen review Sesama Blogger ni, bolehlah saya ambil peluang ni sebaik mungkin untuk beramah mesra dengan blogger-blogger diluar sana yang lebih mengenali Puan Bee di alam blogger ini. Salam perkenalan buat semua dari saya Si Cantik Matahari. ~ hehehe~
Saya masih baru lagi dalam dunia blogger ni, rasa minat nak berblogger tu hadir kerana sahabat saya, sahabat yang seperti adik beradik saya iaitu Puan Bee sendiri. Blog saya mula di wujudkan pada pertengahan tahun lepas, dengan bantuan dari Puan Bee sendiri yang sudi meluangkan masa beliau untuk saya. Mulanya kami berhubung melalui facebook dan bila berpeluang pulang ke kampung beliau datang kerumah saya bersama-sama membantu saya membina blog untuk saya.
Mulanya blog saya ini di buat untuk suka-suka, jadi semua yang saya rasa nak kongsikan cerita saya akan update entri, tapi pada waktu itu saya tak pandai (belum mahir) lagi nak letak komen pada entri-entri di blog orang lain. Mungkin saya belum mahir ketika itu.. sampai satu ketika blog saya kena "hack" lalu dunia blogger saya lupakan .. dan meyepikn diri..
Kemudian saya sangat teruja dengan contes yg dianjurkan oleh denaihati.com, bermula dari situ saya risik-risik semula dengan Puan Bee agar boleh saya wujudkan blog yang berwajah baru. Terhasil lah blog warna kuning si cantik matahari ini.. hasil dari saya bersama Puan Bee.
Blog saya adalah blog personal, saya kongsikan tentang pengalaman saya dari Kehidupan Harian, Anak-anak, Keluarga, Kecantikan, Kesihatan, Makanan, Melancung, dan pelbagai.. apa saja yang terlintas difikiran oleh saya..
Okey, saya perkenalkan siapakah disebalik Si Cantik Matahari...
Nama : Zaini Dhalemma Abd Ghani
Lebih mesra : Ema
Umur: 28 tahun 4bulan
D.O.B: 30 Julai 1984
Status: Berkahwin, mempunyai 2 orang cahayamata yang
Pertama: Dhia Izz 5 tahun
Kedua : Syasya 4 tahun
Ketiga : Comming soon ~hehehe~ sedang menempuh alam kehamilan, Insyaallah due 29 April 2013
Tentang pilihan Bunga Matahari pula.. bunga matahari ni memang bunga kesukaan saya dari kecik-kecik dulu.. sehinggakan ada seorang rakan saya gelar saya matahari. Dan sampai sekarang bunga matahari tetap pilihan pertama. Pernah cuba juga nak tanam pokok bunga matahari ni tapi.. dengan tangan saya nampaknya dia tak mahu hudup.. so, simpan bunga plastik aje..
Tentang blog Puan Bee pula, saya rasa ia adalah blog mesra pengunjung, sebab macam-macam cerita tentang Puan Bee, keletah anak-anaknya, pendidikan, pelajaran, pengalaman, info semasa, toturial, kesihatan, produk, dan perbagai lagi.. Saya rasa beliau lebih kepada "Kekeluargaan" , "Kehidupan" dan "Keperibadian" beliau sendiri.
Saya sangat-sangat kagum dengan beliau, sungguh saya tak sangka kawan dari higusan dulu yang saya kenal dah sehebat bergini dan sangat dikenali dalam dunia blogger. "Puan Bee The Best". Harap Puan Bee akan teruskan usaha dan minat beliau dalam dunia blogger dan semoga beliau sihat sejahtera juga bahagia bersama anak-anak, suami dan keluarga tercinta. Love u 4 ever Bee.. dan tak lupa semoga berjaya untuk contes iphone5 gajet impian itu ya.
Untuk Lensablogger.com pula, saya masih baru mengenali blog ini, tetapi setelah saya intai-intai seharian, bagi saya ia blog yang "The Best" juga.. segala informasi terkini terkandung didalamnya.. juga terselit tentang pengalaman-pengalaman beliau sendiri.. juga saya suka gambar-gambar yang beliau paparkan.. sangat-sangat cantik dan... ada gambar bunga matahari yang sangat besar dalam entri Pelik, Unik Dan Menarik Sepanjang Jalan Ke Cameron Highland. I Like.
Tag :
"Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com , Pondokkecil.com , Servis Tempahan Design , Anarm.net , PaPaMifz.com dan Ciklaili.com "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
dengan penuh harapan akan dapat ramai kwn2 lagi.. :)
hai awak,
selamat berkenalan dari saya.. puanbee memang terbaik
salam perkenalan juga.. :)
hai , terima kasih ya ema .. step seterusnya , link ni letak kat blog aku ..dah okay dah ni .. tk perlu tag lah memandangkan blog baru berusia 2-3 hari :)
owh tQ beb.. :)
all d best n gd luck dear
TQ :)
Gud luck!
good luck awak :)
TQ all.. wish 4 me.. :)
Salam kenalan sekali lagi Ema... :)
and welcome to blog world...
salam berkenalan. saya juga beginner dalam blog nie. jemput singgah blog saya ^_^
http://hudamj.blogspot.com
ok Huda.. Tq singgah2 blog saya.. cuti2 sek hujung tahun ni xsempat nk berbolgging..
Post a Comment