SEJARAH
Terdapat mitos yang menyatakan perkataan "caesarean" berasal dari "Caeser" seorang pemerintah dari negara Rom. Beliau di katakan telah dilahirkan melaui kaedah caesarean section ini. walau bagaimanapun kebenaran cerita ini telah di ragui kerana ibunya Aurelia Cotta masih hidup selepas melahirkan beliau. Ini kerana pada zaman itu kelahiran caesarean section di lakukan sekiranya ibu berada dalam keadaan yang kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk meyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukanlah untuk meyelamatkan ibu.
Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama di catatkan pada 1882. Walau bagaimana sekalipun terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti.
Mengapa ibu memerlukan Caesarean Section' ?
Laporan mengenai bersalin melaui kaedah caesarean deliveries menyatakan, 50% darinya adalah di rancang, manakala 50% lagi adalah emergency caesarean. Oleh itu, Elective Caesarean diperlukan untuk :
- Kandungan kembar
- bayi dalam kedudukan songsang di mana kepala di atas atau bayi dalam keadaan melintang
- plasenta menghalang salur kelahiran
- ibu mengidap darah tinggi yang serius.
- mempunyai sejarah komplikasi kelahiran yang sebelumnya. (yang ini seperti keadaan saya sekarang)
Bila Emergency Caesarean' di perlukan ?
- untuk mengelakkan komplikasi ketika bersalin, contohnya bila bayi terjerut oleh tali pusatnya atau bayi di kuatiri akan lemas dalam kandungan.
- bukaan serviks tidak memadai.
- kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran normal
Prosedur kelahiran Caesarean Section'
- Ibu mesti berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan
- Menjelang prosedur, jururawat akan membantu ibu memakai pakaian khas dan mencukur bulu pubis.
- Kateter getah akan di masukkan kedalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing.
- saluran intravena juga akan di masukkan.
- Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bawah abdomen selepas ibu di bius.
- bahagian bawah uterus juga akan di potong,prosedur inilah yang dinamakan LSCS (Lower Segmen Caesarean Section) yang mana bahagian bawah di bedah
- Air ketuban, atau cecair amnion akan di pecahkan.
- Seterusnya bayi akan di keluarkan melalui uterus.
- Tali pusat akan di kepit dan di potong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.\
- Seterusnya bayi akan di serahkan pada doktor pediatrik.
- Pakar perbidanan pula akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
- Uterus mula di jahit pada dua lapisan bergitu juga abdomen akan di jahit pada dua lapisan
- Selepas prosedur selesai, ibu akan di pindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan seterusnya.
- Selepas 4jam proses pembedahan ibu akan di beri air masak untuk percubaan pertama selepas berpuasa, jika tidak muntah barulah di beri susu sebagai pelapik perut.
Secara umumnya masa yang di ambil ketika kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit, selebihnya adalah pada lain-lain prosedur pembedahan.
Biasanya selepas pembedahan ibu pasti akan mengantuk dan memerlukan rehat. Bahagian bawah dari pinggang ke hujung kaki juga masih akan kebas. Ibu akan diberikan ubat penahan sakit apabila ibu mula sedar. Selepas selesai pembedahan, ibu perlu tinggal di wad bersalin selama 3 hari, untuk pemantauan pertama dan selepas 3 hari juga pelekat pada bahagian luar kulit akan di buka oleh doktor dan di periksa luka dan abdomen ibu. Apabila sudah sedar sepenuhnya, ibu akan merasakan bahagian otot-otot badan mula kendur, tapi jangan risau.. keadaan akan pulih selepas 6 minggu. Ibu yang bersalin caesar juga di galakkan mengurut secara tradisional bagi memulihkan tenaga juga mengembalikan bentuk badan, tetapi tidak di galakkan berurut di bahagian perut (rahim) kerana luka dalaman masih belum betul-betul pulih sepenuhnya.
Sebaiknya selepas 1 hari ibu di galakkan untuk mencuba bagun sendiri dengan berpaut pada katil, tetapi tidak terlalu gelojoh. Mulakan dengan pergerakan perlahan-lahan untuk cuba bangun, kemudian duduk, dan cuba berjalan perlahan-lahan untuk kebilik air. Jika perlu bantuan, beritahu jururawat yang bertugas. Bila mula berjalan selepas cubaan bangun dari katil mungkin badan akan di bengkokkan, tapi harus cuba tegakkan badan bila berjalan, ini adalah untuk mengelakkan luka di bahagian pembedahan melekat. Pemakaian seluar dalam pula, cuba pakai yang lebih tinggi dari pusat dan harus dari kain dan getah yang lembut untuk megelakkan terkena pada tempat luka. Ibu perlukan rehat yang bayak dan tidak dibenarkan mengangkat benda yang berat selain dari bayi, dan perlu berhati-hati. Untuk minggu pertama ibu tidak di galakkan mandi, hanya perlu melembabkan diri dengan span lembut, ini adalah untuk mengelakkan luka terdedah pada air. Ibu boleh mandi seperti biasa selepas pulang dari hospital dan luka boleh dicuci, tetapi harus di ingat tidak dedahkan luka pada air terlalu lama, selepas mandi luka perlu segera di keringkan, untuk percepatkan proses baik pulih luka luaran. kadang kala luka akan menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu. Jika berlarutan bolehlah dapatkan krim untuk di sapu pada bahagian luka di farmasi. (saya guna krim Har-One) Biasanya luka luaran akan sembuh sepenuhnya dalam 6 minggu selepas pembedahan. Selama tempoh ini ibu tidak di galakkan untuk bergerak aktif.
Mitos 1
Sekali ibu yang melalui pembedahan LSCS ini, yang mempunyai masaalah bersalin normal, akan melalui kaedah LSCS ini untuk kelahiran seterusnya. Tapi tidak di galakkan kelahiran yang ramai, hanya 3 kali kelahiran sahaja, untuk mengelakkan risiko yang lebih tinggi pada ibu dan bayi.
Fakta
Pada zaman dahulu insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan caesarean, ini telah menyebabkan luka menjadi lebih parah dan risiko berlakunya pendarahan apabila mencuba bersalin normal pada kelahiran seterusnya. Di sebabkan itu lah apabila telah melaui kaedah kelahiran caesar untuk kelahiran pertama dan akan melaluinya lagi untuk proses kelahiran akan datang. tapi kini kaedah pembedahan caesarean di lakukan melintang di bawah rahim untuk mengelakkan pendarahan rahim dan risiko kehilangan darah yang banyak sewaktu proses pembedahan. Untuk kelahiran kedua selepas kelahiran pertama secara Caesarean, ibu di galakkan untuk bersalin normal melalui faraj , jika keadaan ibu dapat berbuat demikian sahaja. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, ibu akan dinasihatkan untuk bersalin secara Elective Caesarean kerana risiko parut lama caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan caesarean lalu. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin secara normal setelah melalui caesarean pertama atau ke dua adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi yang berkaitan bayi dan ibu adalah 10% ke 30% apabila pendarahan mula berlaku. Dan bila sudah lebih 3 kali kelahiran secara Caesarean, ibu akan diberi nahihat agar tiub laluan persenyawaan akan di ikat bagi mengelakkan ibu hamil lagi bagi menurangkan risiko bayi dan ibu pada masa akan datang.
Mitos 2
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal berbanding bersalin normal.
Fakta
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin normal dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sihat dan mengamalkan 'pelvic floor exercise' senaman kagel selepas bersalin.
Mitos 3
Sebelum bersalin, ibu mengandung boleh di jangka untuk bersalin normal atau sebaliknya melalui caesarean.
Fakta
Beberapa kajian telah menunjukkan adalah kurang tepat untuk menjangkakan sesetengah saiz punggung tertentu adalah sesuai untuk kelahiran bayi. Kaedah 'ultrasound mempunyai 10% ke 20% kurang tepat dalam menjangkakan berat bayi dalam kandungan. Oleh itu, kebanyakan doktor mendapati kesesuain seseorang ibu untuk bersalin secara normal adalah melaui ujian makmal.
Saya berharap segala isi yang terkandung dalam entri kali ini dapat di kongsi pada ibu-ibu yang juga melahirkan bayi secara kaedah Caesarean Section. Info ini telah di olah oleh saya untuk lebih di fahami dan juga berdasarkan pengalaman saya melahirkan 2 orang anak secara Caesarean dan sebagai persediaan pada saya yang akan merasainya sekali lagi buat kali terakhir kandungan pada 16 April 2013 nanti.
1 comment:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips persediaan sebelum bersalin untuk ibu hamil anak pertama.
Post a Comment