Tapi bila ibu yang tak sihat, tetap juga lakukan kerja-kerja rumah kan, membasuh,jemur, memasak, mengemas, pantau anak-anak di rumah.. semuanyalah. Tetap kena buat, "harus". Rehat seketika bila badan mula penat. Dalam keadaan perut yang semakin hari-semakin membesar memang rasa semua yang dilakukan macam sukar. Tapi di gagahkan juga la.. "Kalau tak buat sape nak buat kan? " Mujur suami sangat memahami.
Pagi ni memang saya bangun lewat, anak-anak sudah di bawah, (rumah teres kos rendah 2 tinggat) tapi masing-masing belum mandi, sedang menonton tv, (katoon la apa lagi) Terfikir pula oleh kepala ni sarapan, anak-anak mesti lapar, dan baby ibu dalam perut pun lapar. Pegang-pengang dahi, muka, leher, mula panas, so mandi terus. Di gagahkan juga masak nasi goreng simple, lepas tu ingin sangat nak berehat tapi nampak pula kain baju bertimbun dalam bakul, apalagi mula mendobi pula,... Balik aje suami ada belikan bahan mentah utuk masak. Memang tak mampu dah nak menyiang, basuh, dan masak.. tapi seperti selalu memang itu semua suami yang uruskan, "Terima Kasih abang" Masak pun dia walau gorengkan saja puyuh yang abang beli tadi. (memang selera kami puyuh di goreng garing) "Terima Kasih Sekali Lagi"
Bab "BATUK" pula, memang rasa perit sekali bila rasa nak batuk. Mesti kena pegang perut untuk ampu baby di dalam dan tekak pun rasa susah sangat nak keluarkan batuk tu. Lepas selesai ,perut pula rasa mengeras. (kontraksi berlaku) "Allahuakhbar". Lepas makan sikit tadi (tekak tak selera) dan minum segelas susu "Anmum Materna" saya ambil 5ml ubat batuk. Lepas tu cuba rehat. Kalau nak ikutkan takboleh rasanya makan ubat batuk ketika hamil. Takut ada kesan sampingan pada bayi. Jadi lepas tekak dah rasa berangin saya minum air masak. Dan sekarang sedang rehat sambil menulis entri ini.
Apa yang boleh dikongsi di sini adalah : Apabila demam minumlah air masak dalam jumlah yang banyak, minum sedikit-sedikit tidaklah minum sekali teguk. Kerana apabila kita demam, ia akan membuatkan tubuh badan kita menjadi cepat letih, tidak bermaya dan haus di sebabkan dehidrasi. Jadi di sebabkan itulah kita mesti minum banyak lebih banyak air masak ketika demam.
Dan ini berpatutan dengan sabda Rasulullah a.s..."Demam panas adalah serpihan dari neraka, maka sejukkan lah ia dengan air" (hadis sahih al-Bukhari dan Muslim)
Apabila berehat pula, bolehlah letakkan tuala basah di dahi dan kepala, juga boleh lapkan tuala yang basah pada dada dan bahagian-bahagian abdomen lain. Tujuannya untuk mengurangkan haba , dan rasa panas dalam badan. Ulanginya lagi jika badan masih terasa panas. Kalau bayi yang demam tersangatlah mudah untuk lapkan badannya dengan tuala basah. Sebab saiz badannya yang kecil amatlah mudah untuk tuamkan tuala basah pada kepala, dada dan bahagian belakangnya.
3 comments:
Take extra care waktu hamil agar bayi dan ibu sihat. Jgn stress n minum byk air taw...
http://hudamj.blogspot.com/2013/03/awal-bulan-hari-tu-me-belanja-mylove.html
terima kasih atas ingatn.. :) sedang mencuba dan hr ni dah sihat dr demam tapi masih ada batuk kecil dan selsema..
ema jom la bawak2 berehat , aku yg tk hamil pun demam tanda badan nak rehat ..
Post a Comment