Air pilihan saya sejak-sejak mengandung ni "air kelapa muda" .Cuaca panas macam ni memang sedap kena air kelapa muda & banyak khasiatnya air kelapa muda ni.
Lokasi : Depan Petronas Kamunting. Gerai tepi jalan, ada air kelapa dan air tebu " fresh"... dan juga Lasksa Buyung RM2.50
Setelah saya tahu khasiat air kelapa muda ni untuk ibu-ibu yang hamil dan juga bayi dalam kandungan, selalu juga la saya minta suami saya carikan air kelapa muda, nak yang fresh dari pokok, petik, belah, minum dan kalau ada isi lembut boleh di makan. hum....... sedap.... tak payah campur ais. Tapi susah nak dapat selalu la, kalau nak pun kena balik kampung suami di Batu Kurau. Tapi kadang-kadang tak dapat juga kelapa yang muda.
Dan sejak di penghujung kehamilan ni kerap juga saya minum air kelapa muda ni, gerai tepi jalan dalam gambar di atas la tempat kunjungan saya dan suami selalu. Kadang-kadang berdua, ( sambil tunggu time anak balik tabika) dan kadang-kadang bersama anak-anak. Atau bungkus ikat tepi je..
Banyak khasiat air kelapa ini sebenarnya , tapi untuk Ibu Mengandung macam saya ni, di katakan jika di amalkan pada usia kandungan di trimester yang ke-3, boleh membersihkan air ketuban di sampaing mencantikkan kulit bayi & melebatkan rambut bayi yang bakal lahir. Air kelapa juga dapat mengaktifkan pergerakan bayi dalam kandungan. Saya dah alaminya.. Bila saya minum saja air kelapa muda ni, saya rasa bayi dalam perut saya bergerak aktif sangat, kejap ke kiri, kejap ke kanan..
Berdua menikmatai air kelapa muda di tepi jalan. |
Jom ibu-ibu hamil di luar minum air kelapa muda, lepas di minum airnya makan isinya pula. Lebih sedap tanpa campuran gula.
2 comments:
tak mengandung pun suka ngee~
betul tu puanbee.. sedap air kelapa ni nak pula musim panas. memang layan sejuk kan tekak. tapi ada org2 tua kata lepas besalin xboleh pula minum air kelapa... kenapa pula ya?
Post a Comment